-->

25 Okt 2010

Reaksi aku ttg FestiVaL FiLeM MaLaySia-23-


Festival Filem Malaysia ke-23 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, menyaksikan fiLem MaGika menjadi FiLem tERbAik..waahh aku belum tgk filem nih.mesti bestnyer..banyak tul filem ni menggondol anugerah..tahNiah3x..manakala Pengarah terbaik jatuh pada Syamsul YusuF menerusi EvoLusi KL Drift 2..emm aku x berapa gemar sgt filem bercorak aksi dan lumba keta ni sume..tpi tahniah la utk die..umur 26 tahun dah dapat title Pengarah terbaik..patutla die terkejut besaU dan seBak..haha.



Manakala pelakon lelaki terbaik jatuh pada Bront Palare (betul ke aku eja nama die ni hehe) menerusi filem BeLukaR..best ke cite Belukar ni ek sbb heroin cite ni iaitu Daphne Iking pun dapat pelakon Harapan..aku rasa filem Belukar ni x box office pun..mungkin sebab lakonan diorang ni mantap kot..


PeLakon wanita terbaik lak dapat kat Lisa Surihani..menerusi filem LageNda Budak Setan..die mcm x percaya yg die menang..die kata terlalu awal utk menang Pelakon wanita terbaik dan die rasa rendah diri..lebih kurang cmtu laa..die kata masa dia diinterview..bagi aku kalau ikutkan dlm filem LBS tuh..Lisa mang pelakon utama..tpi die muncul x lama..separuh filem je ada Lisa..tapi mungkin keberkesanan lakonan Lisa sebagai Ayu menyakinkan para juri..mang Lisa amat sesuai sgt jadi Ayu.. =) sayang dlm drama bersiri xde Lisa..lau ada baru syok tgk..aku rasa drama bersiri LBs kat astro makin boring dan meleret-leret..huh..aku pun kurang gemar ngan heroin yg dipilih jdi watak Ayu dan Emilia tuh..mcm kureng r…bowink..huhuhu..


Ni antara keputusan FFM 23..


Poster Terbaik – Belukar
Pereka Kostum/ Busana Terbaik – Dee Hasnan Yaccob (Magika)
Penataan Seni Terbaik – Johan Lucas, John Kajang (Magika)
Lagu Tema Asal Terbaik – “Penyembuh Rindu” (Edry Abdul Halim, Magika)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don (Magika)
Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim (Magika)
Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran (Estet)
Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking (Belukar)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – norliana samsudin (Adnan Sempit)

Filem Komedi Terbaik – My Spy
Anugerah Filem dokumentari- Suatu Ketika : Lakar Senoi
Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik--Edry Halim (Magika)
Anugerah Penyunting Terbaik-Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)
Anugerah Cerita Asal Terbaik Terbaik-Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan) mang terbaik la cite LBS nih..tahniah Ahadiat Akashah..

Anugerah Lakon Layar Terbaik-Jumaatun Azmi (Haq)
Anugerah Sinematografi Terbaik-Raja Mukhriz (Niyang Rapik)
Anugerah Filem Box office-Adnan Sempit
Anugerah Khas Pelakon Veteren Wanita-Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Pelakon Veteren Lelaki-Seniman Tamam Idris.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017