-->

6 Jan 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza Penuh Kejutan

Assalammualaikum..
Ahad yang lalu telah berlangsungnya Konsert Akhir Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil dan Jihan. Manakala untuk red carpet dihoskan oleh Shahrol Shiro dan Dahlia pengacara Hlive. Dapat dilihat ramai artis baru dan lama datang ke konsert ini, banyak artis best2 yang menyanyi dalam konsert ini selain dari peserta yang bertanding. Pembukaan konsert diserikan dengan nyanyian Black dan Faizal Tahir. Awalnya terdapat sedikit gangguan siaran di tv tapi akhirnya ianya berjalan lancar. Semua peserta memberikan persembahan terbaik mereka. Saingan memang sengit antara 6 finalis ini iaitu Rahmat Mega, Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Ayai Illusi dan Mamat Exists.

Rosyam Nor dan Mamat Khalid turut menjadi juri jemputan. Bagi aku, aku paling suka dengan lagu2 dendangan Mamat Exists, lagu Salju Di Danau Rindu, Janji Padamu memang best giler, rasanya semua pun pernah dengar lagu tersebut, nostalgia sungguh hehehe. Mamat juga turut menang persembahan terbaik hasil undian penonton. Kemudian ada plak kump Spoon yang yang mendendangkan lagu popular Rindu Serindu rindunya, diikuti pula dengan kump New Boyz bersama vokalisnya Tomok menyanyikan lagu popular diorang iaitu Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang. Gilerlahh memang best, diikuti dengan kump Kristal yang menyanyikan lagu Seragam Hitam dengan 1 lagu english.

Kejutan seterusnya mestilah pada Hairul Azreen yang melamar Hanis Zalikha secara live uollss. Ramai yang cakap sweetnyer, ada gak yang x berapa suka dengan cara diorang ni, apa pun aku no komen terhadap isu ini. Kemudian masuk pula pusingan Battle yang mana 2 peserta akan berentap dalam satu lagu. Semua lagu Rap gitu, Ifa Raziah dan Haleeda menyanyi lagu Fanatik KRU, Mamat dan Fazli Zainal menyanyikan lagu Havoc, best plak tengok diorang nyanyi lagu gini hehe, lawak pun ade tapi still best gitu, manakala Ayai dan Rahmat menyanyikan lagu Kalau Aku Kaya. Pusingan Battle memang sangat menarik dan terbaik. 

Kejutan seterusnya tentulah dengan kemunculan Ratu Dangdut Amelina yg menyanyikan lagu Asyik, Rindu dan turut berduet dengan Jamal Abdillah menerusi lagu Seri Langkat. Seterusnya Jamal Abdillah menyampaikan lagu Seniman Menangis. Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn turut menjadi penonton dan kelihatan kamera suka benar zoom in diorang hehe. Nak tergelak tengok gelagat Johan yang excited giler bila Jamal Abdillah menyanyi lagu kegemarannya itu. Johan pernah buat parody lagu ni juga dulu hehe. Apapun tahniah buat Ayai kerana bergelar Juara, sememangnya suara Ayai tu sangat unik dan sedap didengar.

Naib juara milik Haleeda, tempat ketiga menjadi milik Mamat Exists, diikuti Rahmat Mega, Ifa Raziah dan Fazli Zainal. Aku yakin tak lama lagi pasti ada Gegar Vaganza musim keduanyer hehe. Apapun hope musim keduanyer biarlah LIVE tiap2 minggu baru best hehe.

2 ulasan:

  1. kemenangan ayai mmg dah di duga sbb dia sentiasa konsisten persembahannya ...

    BalasPadam
  2. Minat kat Jihan Muse - makin keletah berbicara

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017