-->

31 Jan 2017

Oh My Geum Bi - Review Drama Korea

Korean Drama Review - Oh My Geum Bi

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Oh My Geum Bi / My Fair Lady yang aku tonton baru - baru ini. Aku selalu tengok Drama ni kat TV jer kat channel KBS tu dan jarang layann cite ni kat internet. Drama Oh My Geum Bi ini release pada 16 November 2016 dan tamat pada 11 Januari 2017 serta mempunyai 16 episod. Antara pelakon yang membintangi cite ni terdiri daripada Heo Jung Eun, Oh Ji Ho, Park Jin Hee, Oh Yoon Ah, Lee Jee Hoon, Kim Dae Jong dan ramai lagi. Drama ini unik sikit bila pelakon utamanyer kanak - kanak gitu iaitu Heo Jung Eun. Tak silap aku umur die ni baru 9 - 10 tahun jer tapi dah dapat watak utama dan banyak berlakon drama - drama popular seperti Wonderful Mama, Temptation, Hyde Jekyll and Me, My Lawyer Mr Jo, Love In The Moonlight dan banyak lagi. Aku ingat lagi masa die berlakon dalam drama Wonderful Mama tu, umur die baru dalam 6 tahun camtu tapi dah pandai berlakon, petah je bercakap hehehe. Suka tengok hubungan Geum Bi dengan bapanya iaitu Mo Hwi Chul, mula2 diorang ni kerap gaduh pastu dah timbul rasa sayang antara anak dan bapa ni, sweet jer. Banyak gak babak - babak sedih dalam cite ni yang boleh buat penonton menangis gitu. 
Geum Bi ni macam ada aura positif gitu dan sesiapa yang dekat dan rapat dekat die akan turut berubah jadi positif dan baik juga contohnya macam yang berlaku pada bapa die Mo Hwi Chul, Cha Chi Soo dan juga mak kandung Geum Bi iaitu Yoo Joo Young. Awalnya memang dah yakin yang Geum Bi tu anak kandung Mo Hwi Chul tapi boleh plak ada twistnyer yang mana bapa kandung Geum Bi adalah orang lain. Tapi still hubungan anak beranak tu tak tergugat pun tapi jadi lebih rapat gitu. Bila Geum Bi ni ada penyakit yang ala2 Dementia tu, aku ingatkan ending cite ni pasti sedih giler nyer tapi nasiblah stil happy ending walaupun xdelaa happy sangat pun kan hehe. Apapun Geum Bi berjaya buat ramai orang sayang kat die, ini ditambah lagi dengan gelagat rakan sekelas Geum Bi yang sangat bertimbang rasa lepas dapat tahu yang Geum Bi sakit membuatkan penonton bertambah terharu gitu. Mula - mula tengok cite ni memang agak pelik dan benci gak la dengan gelagat Cha Chi Soo yang merupakan musuh M.Hwi Chul tu, die sentiasa cari peluang nak kenakan Hwi Chul tu, sampaila die jumpa Geum Bi dan mula berubah jadi baik, serta berkawan semula dengan bapa Geum Bi tu iaitu Mo Hwi Chul.  
Sama juga dengan mak GeumBi iaitu Yoo Jung yang awalnya hidupnya tak terurus serta kaki botol, tapi lepas die tinggal serumah dan rapat dengan Geum Bi, perangai die juga mula berubah. Aku juga suka tengok sikap Kang Hee yang baik hati tu, die ni akan jadi mak angkat Geum Bi dan sangat sayang serta ambil berat pada Geum Bi. Adegan paling sedih dalam drama ni mestilah masa Geum Bi mula sakit tu, sampai die tengok cermin pun tak kenal diri sendiri dah, memang sedih giler, plus bila Geum Bi sakit, die mula tertekan dan buat perangai sehingga menyukarkan Kang Hee nak jaga die. Nasiblah mak bapa Geum Bi ni penyabar dan tak putus asa dan terus cari jalan untuk mengubatinya. Apapun ending Oh My Geum Bi ni agak suspen gak la sebab ingatkan Geum Bi ni akan mati tapi nasib die terus hidup sampai remaja gitu, cuma bila dah remaja tu diorang tukar pelakonlah kan hehe dan semua orang yang sayang kat Geum Bi tu hadir masa birthday Geum Bi yang ke 17 tahun kot kalau aku tak silaplah. Apapun drama ni memang best, walaupun ada scene2 sedih tapi masih menghiburkan gitu. Pelakon kanak - kanak tu memang berbakat besar gitu, jadi untuk drama korea ini, aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017