-->

1 Jul 2011

SeWa or StaY maNa BeSt!??


Tadi sempat menaip satu entry..dalam asyik dok menaip..tiba2 laptop terpadam..grrr bateri hbis lak..arghh tension..bila check balik aku sempat save separuh je entry tuh..separuh lagi dh hilang..coz x sempat nak save..emm malas nak sambung balik..jadi buat entry baru ttg topic baru..aiiiii…emmmm…..

Oklaaaa…kita masuk pada topic kenapa ek ramai mahasiswa/mahasiswi suka duduk di kolej kediaman berbanding menyewa di luar???actually aku dh merasa tinggal dlm kedua-dua situasi berkenaan..rasanya duduk dlm kolej kediaman lebih better kalau keadaan persekitaran okey..
Bagi aku duduk dlm kolej kediaman lebih menyenangkan kerana:-


1- untuk berbincang dengan rakan2 mengenai pelajaran lebih mudah..kerana ada tempat khas disediakan di kolej2 untuk study..bagi aku kalau ada group discoussion mmg lebih mudah tambah2 melibatkan student2 lelaki dan perempuan yg berada dlm 1 group..kalau member perempuan xpe..dlm bilik leh bincang..ni kalau ada pelajar lelaki susah la..nak kena berbincang di tempat yg terbuka dan selesa untuk berbincang..bayangkan kalau duduk umah sewa..aii mmg susah..actually masa final year aku dh menyewa diluar..so nak dijadikan cite,pensyarah membahagikan kumpulan untuk presentation dan untuk essay masing2..n nasib baik dua orang kawan aku yg 1 group ngan aku dok serumah ngan aku..seronok la..tapi ada plak budak laki tersesat dlm group kiteorg..maka amat susah la untuk berjumpa dan berbincang..pening kepala..terpaksa semua melepak di UM untuk membuat persediaan presentation..apabila ada benda yg x lengkap nak kena jumpa balik..mmg susah..haha..anyway nasib la budak laki tuh sporting,cool x byk songeh..kalau tidak pening kiteorg nak bekerjasama..n kat kawasan umah sewa kiteorg mana la nak ada tempat2 nak study nih sume..


2- Duduk di kolej kediaman senang kerana x payah pening2 nak bayar2 bil elektrik,air sume tiap2 bulan hahaha..makanan pun x yah pikir sbb disediakan..Cuma bawa bekas gi tapau jer..if hari tuh lauk x kena selera x yah amik..beli roti siap2 hehehe..
3- Lebih selesa kerana adanya meja study,lampu,katil, yg memudahkan untuk study hehe..n paling best ada wireless ko online jela sepanjang hari pun xpe..haha…
4- Lebih dekat ngan fakulti(tempat belajar)jalan kaki jer..x payah nak kuar awal nak kejar bus sume..x perlu risau terlepas bus..terlewat masuk kuliah..sebab dekat je kan..dan boleh ke fakulti,library bila2 masa saja walaupun waktu malam disebabkan jaraknya yg dekat…
5- Menjimatkan masa,sebab selalunya peljar yg tggl luar biasanya akan stay di fakulti hinga waktu kuliah mereka pada hari tersebut benar2 habis..kadangkala terdapat gap (jarak masa hingga 4-5 jam untuk kuliah seterusnya bermula)menyebabkan banyak masa terbuang..kalau tinggal di kolej kita boleh balik ke kolej dan menyiapkan apa2 kerja yg patut..sebelum pergi semula ke fakulti..


-----emmm apa lagi ek..hahaha..yg ni jer yg aku terfikir buat masa nih..haha..rasanya mungkin ada banayak lagi…
Namun duduk di luar juga boleh memupuk kita berdikari betul tak..kerana semuanya kita uruskan sendiri…apa pun yg paling aku x suke bila tggl di kolej bila AIR xde okey…ada catuan la apala..ni mmg aku x suke..heeeeeeee..gerammm x ke jenuh nak mengangkut air dri bawah ke atas..pastu dah elok2 letak baldi air dlm toilet..boleh plak ada org guna..tgk2 baldi dh kosong..ehh penat mengangkat baldi penuh ngan air..tau..tu aku cukup x suke..bila air xde yg buat aku sengsaraaa..
Satu lagi yg aku x suke bila ada je pengumuman2 yg dibuat menggunakan pembesar suara yg memanggil si polan si polan untuk turun meeting dsbnya..eee menggangu org nk studyyy la weiii…pastu tuh belum ada perintah wajib berkumpul untuk semua penghuni..kalau ada jenuh laaa kena tggl buku dan turun buat perhimpunan n dengar bebelan..hehehe..apa pun tuh sume kenangan yg best untuk dikenangkan..merasa jugak aku pengalaman stay di kolej dan juga duduk menyewa..dua2 ada kelebihan dan keburukannya..yg penting pandai jaga diri =)\


Adiosss…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017