-->

11 Sep 2018

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Novelis Hessa Widad, 2018, Poster Drama Bahagia Bukan Bidaan, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Cinta, Konflik Rumahtangga, Orang Ketiga, Drama Terbaru Nora Danish,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Slot Samarinda TV3

Drama Bahagia Bukan Bidaan adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan untuk menggantikan drama Semerah Cinta Humairah yang telah tamat episodnya. Drama bersiri 15 episod ini diadaptasikan daripada Novel Bahagia Bukan Bidaan karya novelis Hessa Widad. Antara pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini adalah Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri dan ramai lagi. Drama ini sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 3 September yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Selain itu drama Bahagia Bukan Bidaan ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini, memang sedih jalan cerita drama ini terutamanya untuk watak Ain Farhana lakonan Nora Danish tu. Apa pun dah lama tak tengok Nora Danish berlakon drama kan, akhirnya ada juga drama lakonan Nora ni, pastu bergandingan pula dengan pelakon - pelakon best yang lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Novelis Hessa Widad, 2018, Poster Drama Bahagia Bukan Bidaan, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Cinta, Konflik Rumahtangga, Orang Ketiga, Drama Terbaru Nora Danish,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)

Mengisahkan Ain Farhana / Hana (Nora Danish) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan (Zamarul Hisham) selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina (Ika Nabella), staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai. Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksunya. 

Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Novelis Hessa Widad, 2018, Poster Drama Bahagia Bukan Bidaan, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sheryy Ibrahim, Azri Sabri, Cinta, Konflik Rumahtangga, Orang Ketiga, Drama Terbaru Nora Danish,

Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida. Kemunculan Talha (Arja Lee) dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni (Wan Sharmila) dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan pakar psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh. Nik Zachary (Adi Putra) muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana. Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, akhirnya Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana bersedia untuk terseksa buat kali kedua?
Lagu Tema / OST Bahagia Bukan Bidaan
➔ Kekasihku nyanyian Syam Razalie
➔ Sang Pemilik Hati nyanyian Ronnie Hussein
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

4 ulasan:

  1. macam lain sikitla dari citer lain tapi still citer laki curang la apa la.. cumanya hehe yes wife dia dapat laki lagi hensem hahahaha..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017