-->

4 Nov 2019

Drama Dia Pengantinku Lakonan Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid

Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Melayu TV1 2019, Drama Bersiri TV1 RTM 2019, Sinopsis Drama Dia Pengantinku, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya, Drama Baru Mawar Rashid, Drama Baru Saharul Ridzwan, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, OST Dia Pengantinku, Lagu Semua Untuk Cinta Nyanyian Indah Ruhaila,

Drama Dia Pengantinku sudah mula disiarkan di slot Widuri TV1 bermula 24 Oktober 2019 yang lalu, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Antara pelakon drama Dia Pengantinku ini adalah Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Dia Pengantinku karya novelis Nurfaza Alisya dan drama ini mempunyai 26 episod. Selain itu drama Dia Pengantinku ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Tekun Resmi Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Melayu TV1 2019, Drama Bersiri TV1 RTM 2019, Sinopsis Drama Dia Pengantinku, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya, Drama Baru Mawar Rashid, Drama Baru Saharul Ridzwan, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, OST Dia Pengantinku, Lagu Semua Untuk Cinta Nyanyian Indah Ruhaila,
Sinopsis Drama Dia Pengantinku - Slot Widuri TV1

Aimi Najwa (Mawar Rashid) seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak. Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf (Saharul Ridzwan) memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya. Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. 
Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Slot Widuri, TV1, RTM, Drama Melayu TV1 2019, Drama Bersiri TV1 RTM 2019, Sinopsis Drama Dia Pengantinku, Drama Adaptasi Novel, Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya, Drama Baru Mawar Rashid, Drama Baru Saharul Ridzwan, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, OST Dia Pengantinku, Lagu Semua Untuk Cinta Nyanyian Indah Ruhaila,
Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin! Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya. Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

Lagu Tema / OST Drama Dia Pengantinku
⏩ Semua Untuk Cinta nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca ini juga ➔ Baca Online Novel Dia Pengantinku
My Signature, Tandatangan,Tandatangan Miss Banu, Miss Syahbanu, Blog Miss Banu Story, Blogger, Miss Banu Signature,

2 ulasan:

  1. Aduh drama ni kurangkanlah tunjuk pukul 7. Mungkin ramai akan lagi tengok kan.

    BalasPadam
  2. Best drama ni,kelakar pulak tu..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017