-->

6 Mei 2020

Angrezi Medium - Filem Terakhir Irrfan Khan

Angrezi Medium, Hindi Medium, Sequel Hindi Medium, Last film of Irrfan Khan, Irrfan Khan Died, Sinopsis Penuh Filem Angrezi Medium, Poster Filem Angrezi Medium,
Angrezi Medium - Filem Terakhir Irrfan Khan

Angrezi Medium (English Medium) adalah filem terakhir lakonan Irrfan Khan yang release pada 13 Mac yang lalu sebelum Irrfan Khan meninggal dunia pada 29 April 2020 pada usia 53 tahun. Irrfan meninggal dunia akibat Colon Infection. Lebih sedih bila mak Irrfan meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada 25 April dan kemudian Irrfan pula. Bagi peminat filem Hindi / Bollywood pasti kenal dengan Irrfan Khan ni betul tak, plus dia juga berlakon sampai ke Hollywood tu. Filem Hollywood yang blockbuster pula tu. Filem - filem lakonan Irrfan ni memang best - best belaka, antara yang aku ingat seperti Talvar, Blackmail, Hindi Medium, Billu Barber (berlakon bersama Shah Rukh Khan), D-Day, Qarib - ,Qarib Single, Jazbaa dan banyak lagi.

Ikutkan pada tahun 2018 yang lalu, Irrfan Khan telah disahkan mengidap Neuroendocrine Tumor. Dia kemudian berubat di UK selama setahun dan akhirnya sembuh sebelum kembali ke India pada Februari 2019. Tak silap aku pada bulan Mac 2019, dia start shooting filem Angrezi Medium ni. Dekat youtube ada video audio rakaman suara Irrfan yang mempromosikan filem Angrezi Medium ni. Kiranya macam last rakaman suara dia gitu, sedih dengar. Korang boleh try cari kat Youtube tu. Kemudian pada 30 April 2020 pula, semua dikejutkan dengan berita Rishi Kapoor pula mati akibat Leukemia pada usia 67 tahun. Irrfan Khan dan Rishi Kapoor pernah berlakon sekali dalam filem D - Day pada tahun 2013.

Berbalik pada movie Angrezi Medium ni, memang banyak pengajaran dalam movie tersebut. Terutamanya tentang pergorbanan dan kasih sayang seorang ayah pada anaknya. Antara pelakon filem Bollywood Angrezi Medium ini adalah Irrfan, Kareena Kapoor Khan, Radhika Madan, Deepak Dobriyal, Dimple Kapadia, Ranvir Shorey dan ramai lagi. Personally aku lebih suka filem Hindi Medium berbanding filem Angrezi Medium ni. Aku tak pasti sama ada Kareena Kapoor ni pelakon utama atau pelakon pembantu sebab dia muncul lambat kot lepas sejam lebih, plus scene dia pun tak berapa banyak. Scene Irrfan dan Radhika Madan yang jadi bapa dan anak dalam filem ni yang banyak muncul dalam filem ni. Jom tengok serba sedikit sinopsis filem Angrezi Medium di bawah ini okey.
Angrezi Medium Movie, Sequel Hindi Medium, Irrfan Khan, Irrfan Khan Died, Sinopsis Penuh Filem Bollywood Angrezi Medium
Sinopsis Angrezi Medium (Hindi Movie)

Mengisahkan Champak Bansal (Irrfan Khan) yang terpaksa menjaga satu - satunya anak perempuannya Tarika setelah kematian isterinya. Champak menjaga Tarika (Radika Madan) ibarat menatang minyak yang penuh. Champak Bansal adalah pemilik kedai manisan di Udaipur Rajasthan. Dia sering bergaduh dengan sepupunya Gopi Bansal (Deepak Dobriyal) yang turut memiliki kedai manisan di kawasan berdekatan. Pertikaian mereka sampai ke mahkamah dan Gopi menang kes mahkamah tersebut selepas merasuah hakim. Champak kemudiannya dilarang dari menggunakan nama Ghasiteram sebagai nama kedainya. Berbalik pada Tarika, dia sejak kecil dah obses ingin pergi ke London. Dia sering menanya soalan yang sama pada ayahnya bila mereka akan ke London dan ayahnya juga sering memberi jawapan yang sama pada Tarika yang mana mereka akan pergi nanti. Tapi sampai ke sudah tak pergi.

Tarika kini sudah remaja dan tidak begitu pandai dalam pelajaran. Namun satu hari secara tak sengaja Champak telah mencabar Tarika untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan final untuk meraih biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di University Truford di London. Champak berjanji akan membenarkan Tarika ke London sekiranya dia berjaya dalam peperiksaan tersebut. Awalnya Champak yakin yang Tarika tak mampu untuk dapat keputusan cemerlang sekaligus meraih biasiswa. Namun lain jadinya bila Tarika belajar bersungguh - sungguj sehingga berjaya. Walaubagaimanapun biasiswa Tarika telah ditarik balik disebabkan Champak telah mengkritik suami pengetua sekolah tersebut di sebuah majlis khas. Tarika kecewa dan menyalahkan ayahnya manakala Champak pula cuba memujuk dan merayu pengetua sekolah tersebut namun gagal. Akhirnya Champak nekad akan menghantar Tarika untuk belajar di London dengan apa pun caranya. 

Mereka akhirnya ke London, Gopi Bansal turut ikut sekali untuk teman Champak disana. Walaupun mereka bermusuh dalam perniagaan tapi kedua - duanya sayang pada Tarika. Walaubagaimanapun sesuatu berlaku di Airport dan Tarika terpisah dengan ayahnya setelah ayahnya dan pakciknya ditahan dan kemudian mereka dihantar pulang ke India. Nama dan pasport mereka disenaraihitamkan. Champak dan Gopi kemudian ke Pakistan untuk berjumpa seseorang bagi mendapatkan identiti palsu serta passport palsu untuk masuk ke London secara haram. Sampai di London Champak dan Gopi berdepan masalah baru bila mereka secara tak sengaja telah menggagalkan plan Naina Kohli (Kareena Kapoor Khan) yang merupakan seorang pegawai polis yang sedang undercover untuk menangkap penjenayah. Naina curiga dengan kelakuan Champak dan Gopi itu. Manakala Tarika pula seronok berada di London kerana bebas melakukan apa saja tanpa kongkongan ayahnya lagi. 
Angrezi Medium, Hindi Medium, Irrfan Khan Died, Sinopsis Filem Angrezi Medium By Miss Banu,
Champak agak terasa hati dengan kelakuan Tarika yang seolah - olah tidak menghormatinya lagi. Champak dan Gopi kemudian tinggal di bilik sewa kepunyaan Mrs Sampada Kohli (Dimple Kapadia) yang merupakan ibu pada Naina Kohli. Namun hubungan 2 beranak itu agak dingin. Naina dan ibunya sering bergaduh tiap kali berjumpa. Champak dan Gopi akhirnya menemui satu jalan untuk memasukkan Tarika di universiti berkenaan tapi memerlukan duit yang banyak. Akhirnya Champak dan Gopi bersetuju untuk menjual kedai mereka untuk mendapatkan duit tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?. Ending movie Angrezi Medium ini memang happy ending okey.

4 ulasan:

  1. mesti sedih tengok movie ni sebab irrfan dah takde. bila dengar video tu haihhh berat hati nak terima kenyataan dia dah takde

    BalasPadam
  2. kelihatannya film bagus dan menarik

    BalasPadam
  3. skrg dah kurang layan drama melayu... beralih arah hindi & siam lak :D
    done follow blog awak.... :D
    selamat berPuasa

    jemput ke blog sy : https://husnamichi.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017