-->

27 Jul 2019

Sinopsis Drama Biar Jadi Kaktus (TV2)

Biar Jadi Kaktus, Drama Biar Jadi Kaktus, Sinopsis Drama Biar Jadi Kaktus, Drama Bersiri, Drama Melayu TV2 2019, Drama Adaptasi Novel, Novel Biar Jadi Kaktus, Karya Iffa Zalia, Drama Baru Uqasha Senrose, Biodata Uqasha Senrose, Watak - Watak Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus, Poster Drama Biar Jadi Kaktus, Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus, Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah,
Drama Biar Jadi Kaktus Lakonan Uqasha Senrose

Drama 13 episod Biar Jadi Kaktus sudah pun disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam bermula 24 Julai yang lalu. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Biar Jadi Kaktus hasil karya novelis Iffa Zalia. Antara pelakon drama Biar Jadi Kaktus ini adalah Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah dan ramai lagi. Selain itu drama Biar Jadi Kaktus ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan diterbitkan oleh Wardah Communication Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon drama Biar Jadi Kaktus di bawah ini okey..

Uqasha Senrose sebagai Shakila / Shakira 
Atoi Tohet sebagai  Firdaus
Syafiq Sahli sebagai Azlan.
Shakilla Khoriri sebagai Seha 
Sahronizam Noor sebagai Pak babu
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Murad
Aman Graseka sebagai Tengku Amir
Kenji Sawahii sebagai Dato Idris Leong
Qistina Raisah sebagai Syakila 


Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing. Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Biar Jadi Kaktus
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017