-->
Memaparkan catatan dengan label NTV7. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NTV7. Papar semua catatan

3 Dis 2018

Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian,
Sinopsis Drama Dian (NTV7)

Drama Dian adalah drama terbaru di slot Glamadrama NTV7 yang disiarkan bagi menggantikan drama Rahasia Kasih yang telah tamat episodnya. Drama Dian ini mempunyai 20 episod dan sudah bersiaran di ntv7 sejak 28 November 2018 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam. Antara pelakon drama Dian ini adalah Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne dan ramai lagi. Selain itu drama Dian ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah xx Azma Aizal Yussof dan diterbitkan oleh A-10 Alliance Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak menarik drama ini. Sedih betul kisah hidup Dian ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Dian Lakonan Siti Elizad & Qi Razali

Dian (Siti Elizad) seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya. Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah (Fazlina Ahmad Daud). Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris (Tony Eusoff) yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham (Qi Razali). Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu. Suatu hari, Hisham bertengkar besar dengan Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya itu. 
Dian, Drama Dian, Slot Glamadrama, NTV7, 2018, Drama Melayu, Drama Bersiri, Kisah Sedih, Kisah Hidup Dian, Drama 20 Episod, Dian Cast, Pelakon Drama Dian,  Siti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Erra Fazira, Mimi Lana Yasmin Hani, Izzy Reef, Adrea Abdullah, Tony Eusoff, Iman Corinne Adrienne, Watak Pelakon Dalam Drama Dian, Sinopsis Drama Dian, Poster Drama Dian, Drama Best,
Dalam pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri. Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa (Yasmin Hani). Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi. Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya (Erra Fazira). Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebasBanyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula dengan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham? 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

8 Nov 2018

Sinopsis Drama Jibril (NTV7)

Jibril, Drama Jibril, Drama Siri Original VIU, Drama Siri Jibril, Sinopsis Drama Jibril, Jibril Cast, Pelakon Drama Jibril, Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Nadia Aqilah, Fezrul Khan, NTV7, Misteri, Suspen, Peguam,
Sinopsis Drama Jibril (NTV7)

Drama siri original VIU bertajuk Jibril sudah pun disiarkan di NTV7 sejak 22 Oktober yang lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam dan mempunyai 10 episod. Antara pelakon drama Jibril ini adalah Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Nadia Aqilah, Fezrul Khan dan ramai lagi. Selain itu drama Jibril ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Konda Kondi Studios & Playground Productions. Aku suka drama ni sebab jalan ceritanya unik habis, suspen dan lari dari kebiasaan drama - drama melayu yang lain gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas drama Jibril ini di bawah ye..


Mengisahkan seorang peguam, Jibril (Aeril Zafrel) yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

7 Nov 2018

Sinopsis Drama Rahasia Kasih (NTV7)

Rahasia Kasih, Drama Rahasia Kasih, Slot GlamaDrama, NTV7, Poster Drama Rahasia Kahsih, Sinopsis Rahasia Kasih, Drama Baru, Drama Melayu, Drama 20 Episod, Cast, Pelakon Drama Rahasia Kasih, Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda, 2018, Cinta, Love Story,
Sinopsis Drama Rahasia Kasih Lakonan Isa Khan & Nadia Brian

Drama Rahasia Kasih adalah drama terbaru di slot GlamaDrama NTV7 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Terima Aku Seadanya lakonan Nazim Othman dan Puteri Aishah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Rahasia Kasih ini adalah Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda dan ramai lagi. Drama 20 episod ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di ntv7. Selain itu drama Rahasia Kasih ini akan diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh  Suhan Movies & Trading. Nampak menarik juga drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Rahasia Kasih (NTV7)

Mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah nama Nailis (Catriona Ross) selaku isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat. Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful (Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida Melvin).

Rahasia Kasih, Drama Rahasia Kasih, Slot GlamaDrama, NTV7, Poster Drama Rahasia Kahsih, Sinopsis Rahasia Kasih, Drama Baru, Drama Melayu, Drama 20 Episod, Cast, Pelakon Drama Rahasia Kasih, Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda, 2018, Cinta, Love Story,

Anak perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan dengan kakak iparnya Melinda. 

Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi. Siapa sangka, Alina (Nadia Brian) akan bertemu dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan keluarga ini. Keadaan menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan Adeeba?

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Penuh Nadia Brian
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

31 Jul 2018

Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat (NTV7)

Cinta Koko Coklat, Drama Cinta Koko Coklat, Drama Melayu, Drama Bersiri, ntv7, Drama 50 Episod, Cinta Koko Coklat Cast, 2018, Pelakon Drama Cinta Koko Coklat, Aqasha, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Mimi Lana, Raja Afiq, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Azizah Mahzan Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif, Poster Drama, OST Cinta Koko Coklat,
Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat ntv7

Drama Cinta Koko Coklat adalah drama bersiri terbaru di slot Glamadrama ntv7 yang sudah disiarkan sejak 23 Julai yang lalu, serta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di ntv7. Drama Cinta Koko Coklat ini mempunyai 50 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Inai Yang Hilang yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Cinta Koko Coklat ini adalah Aqasha, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Mimi Lana, Raja Afiq, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Azizah Mahzan Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh  Juita Viden Sdn Bhd. Wah ada ramai pelakon dalam drama Cinta Koko Coklat ini, jalan cerita pun nampak menarik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Cinta Koko Coklat, Drama Cinta Koko Coklat, Drama Melayu, Drama Bersiri, ntv7, Drama 50 Episod, Cinta Koko Coklat Cast, 2018, Pelakon Drama Cinta Koko Coklat, Aqasha, Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Mimi Lana, Raja Afiq, Sweet Qismina, Sasqia Dahuri, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Sura Sojangi, Azizah Mahzan Shahrolnizam, Nizen Ayob, Kay Maria, Farouk Hussain, Iman Zulkarnain, Dato Jalaluddin Hassan, Emelie Hanif, Poster Drama, OST Cinta Koko Coklat,
Sinopsis Drama Cinta Koko Coklat (ntv7)

Damia, Pengerusi ‘Rich Chocolate’ terima seorang pelumba kereta yang terpaksa bercuti dari perlumbaan litar akibat krisis kewangan, Haikal sebagai pemandunya setelah Haikal selamatkan Damia dari satu cubaan culik. Damia turut menggaji rakan baik Haikal, Faizal sebagai pemandu keluarganya setelah adiknya, Darwina pulang dari luar negara. Pergeseran dalam keluarga serta rahsia silam yang disembunyikan oleh ibunya, Puan Sri Soraya membuka ruang untuk pengurus syarikat yang juga teman lelaki Damia, Malik memanipulasi, mengeksploitasi serta mensabotaj Damia dan keluarga arwah Tan Sri Farish. Ekoran dari pelbagai krisis dan konflik, hubungan majikan dan pemandu di antara Damia dan Haikal serta adiknya, Darwina dan Faizal bertukar kepada cinta manakala adik bongsu mereka, Danisya bertemu kasih dengan cucu pembantu rumah mereka, Naim. Setelah segala pergolakan berakhir, Haikal dan Faizal kembali semula ke medan lumba kereta dan berjaya merangkul gelaran juara.

Lagu Tema / OST Cinta Koko Coklat
➔ Sabar nyanyian Ismail Izzani

Watak Pelakon
Zahirah Macwilson sebagai Damia
Aqasha sebagai Haikal

Raja Afiq sebagai Malik

Mimi Lana sebagai Darwina

Azrel Ismail sebagai Faizal

Sweet Qismina sebagai Danisya

Sasqia Dahuri sebagai Zara

Faralyna Idris sebagai Jasnita

Nafiz Muaz sebagai Naim

Sura Sojangi sebagai Jasmin

Azizah Mahzan sebagai Puan Sri Soraya
Shahrolnizam sebagai Jamal

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

8 Jul 2018

Sinopsis Drama Inai Yang Hilang (NTV7)

Inai Yang Hilang, Drama Inai Yang Hilang, NTV7, Sinopsis Inai Yang Hilang, OST Inai Yang Hilang, Poster Drama, Inai Yang Hilang Cast, Pelakon Drama Inai Yang Hilang, Kaka Azraff, Aishah Azman, Ben Amir, Ikmal Amry, Syainie Aida, Dynas Mokhtar, Wilma Muhammad, Arash Mohd, Ridzuan Hashim, Edika Yusof, Nor Aliah Lee,
Sinopsis Drama Inai Yang Hilang (NTV7)

Drama Inai Yang Hilang ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di NTV7. Dibarisi oleh ramai pelakon yang best, antara pelakon drama Inai Yang Hilang ini adalah Kaka Azraff (Ika), Aishah Azman (Sara), Ben Amir (Razif), Ikmal Amry (Nadim), Syainie Aida (Mimi), Dynas Mokhtar (Noraini), Wilma Muhammad (Wan Zaleha), Arash Mohd (Ahmad), Ridzuan Hashim (Zainal), Edika Yusof (Wan Jamil), Nor Aliah Lee (Mastura) dan ramai lagi. Selain itu Drama Inai Yang Hilang ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd. Drama ini juga sudah bersiaran sejak 25 Jun yang lalu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah okey..

Sinopsis Drama Inai Yang Hilang - NTV7

Sara yang sepatutnya mengahwini Razif tidak hadir pada majlis nikah mereka. Kakaknya, Ika menyedari Sara telah menghilangkan diri dan dipercayai telah dilarikan oleh Wan Jamil yang turut menghilangkan diri. Keadaan menjadi semakin tegang antara dua keluarga. Keluarga Razif menyalahkan Wan Jamil yang sengaja melarikan Sara. Pelbagai spekulasi mula keluar di media sosial. Isteri Wan Jamil, Noraini juga tertekan apabila dia mula menerima pelbagai ugutan. Razif semakin tertekan dengan kehilangan Sara, dan cuba dipujuk oleh Mimi. Razif meminta bantuan orang ramai di laman instagramnya dan menjanjikan hadiah berupa duit. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Sara ditemui?

Lagu Tema / OST Inai Yang Hilang
➔ Pilu - Taja MUH feat Adi & Kaka
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

23 Mac 2018

Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7

New Bride, Yeni Gelin, Drama Turki, Turkish Drama, NTV7, Drama Turki New Bride, Sinopsis New Bride (Yeni Gelin), 2017, 2018, New Bride Cast, Yeni Gelin Cast, Pelakon Drama Turki New Bride, Jessica May Drociunas, Tolga Mendi, Daghan Kulegec, Mustafa Avkiran, Yonca Sahinbas, Sema Kecik, Zeynep Kankonde, Cinta, Komedi, Perkahwinan,
Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7

Sejak kebelakangan ini dah ada beberapa Drama Turki yang mula disiarkan di TV contohnya seperti Drama Heart Of The City, 1001 Night, Magnificent Century, Insider dan lain - lain lagi. Ada sesetengah drama Turki dialih bahasa ke bahasa Melayu dan ada juga drama yang hanya ada sarikata bahasa Melayu saja. Apa pun kali ini aku nak share pasal Drama Turki terbaru yang bertajuk New Bride / Yeni Gelin yang tengah hangat disiarkan di NTV7. Turkish Drama New Bride ini boleh dikatakan drama baru gitu sebab ianya baru saja disiarkan di Turki pada Mac 2017 yang lalu dan kini dah pun disiarkan di Malaysia. Dikatakan juga drama New Bride atau Yeni Gelin ini sangat popular dan mendapat rating yang tinggi di Turki, sehingga ada musim kedua. Antara Pelakon Drama Turki New Bride ini adalah Jessica May Drociunas yang akan memegang watak sebagai Bella, Tolga Mendi sebagai Hazar, Daghan Kulegec sebagai Kagan, Mustafa Avkiran sebagai Kalender Agha, Yonca Sahinbas sebagai Asiye, Sema Kecik sebagai Mohteber, Zeynep Kankonde sebagai Ayse, Esin Gundogdu, Murat Kocacik, Lale Basar dan ramai lagi. Pengarah drama ini adalah Ersoy Guler dan drama New Bride ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam di NTV7.
New Bride, Yeni Gelin, Drama Turki, Turkish Drama, NTV7, Drama Turki New Bride, Sinopsis New Bride (Yeni Gelin), 2017, 2018, New Bride Cast, Yeni Gelin Cast, Pelakon Drama Turki New Bride, Jessica May Drociunas, Tolga Mendi, Daghan Kulegec, Mustafa Avkiran, Yonca Sahinbas, Sema Kecik, Zeynep Kankonde, Cinta, Komedi, Perkahwinan,
Rasanya dah lama aku tak tengok channel NTV7 ini sebab sebelum ini program - programnya tak menepati selera aku sebagai penonton. Walaubagaimanapun dah ada beberapa perubahan di NTV7 yang mula menyiarkan drama - drama dari luar negara yang best - best. Teringat masa dulu - dulu bila filem Bollywood pun ditayangkan dekat NTV7 tu hehe tapi sekarang ini dah tak ada dah. Berbalik pada drama New Bride ini, walaupun jalan cerita drama ini nampak simple and straight to the point, tapi secara tak langsung penonton boleh belajar bagaimana budaya dan cara hidup orang Turki ini menerusi drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat Membaca, okey.
New Bride, Yeni Gelin, Drama Turki, Turkish Drama, NTV7, Drama Turki New Bride, Sinopsis New Bride (Yeni Gelin), 2017, 2018, New Bride Cast, Yeni Gelin Cast, Pelakon Drama Turki New Bride, Jessica May Drociunas, Tolga Mendi, Daghan Kulegec, Mustafa Avkiran, Yonca Sahinbas, Sema Kecik, Zeynep Kankonde, Cinta, Komedi, Perkahwinan,
Sinopsis Drama Turki New Bride (Yeni Gelin) NTV7

Bella is a well-travelled, educated girl from an aristocratic background. Though she has a modern outlook on life, it is still her dream to meet a fairy tale prince. And when she finds him at university, she is thrilled to meet a man from a different culture - the heir of a tribe from the East of Turkey. When he proposes, Bella sees her opportunity to start an exotic Eastern adventure and gladly follows him home to meet his family, despite her own parents’ reservations. After some initial hesitations, Bella is welcomed with a beautiful wedding ceremony and her life in the tribe looks set to fulfill her expectations. However, the day after the wedding it becomes clear that her place in the family, as the New Bride, is at the bottom of the hierarchy. She is expected to act as a maid, acting on orders from the rest of the family. 
Even though she has a university degree and a modern outlook, she tries to do her best in order to get Bozok family's approval. But Bella's job is not easy at all. She has 1 father in law, 3 mother in laws, 2 brother in laws, 2 co sisters in laws, 1 aunt, 1 uncle, and 1 sister in law who are all living in the same house. Her father in law Kalender Agha has been married with 3 women Asiye, Mohteber and Ayse. Bella finds it so hard to please the women of the Bozok family. This is because, all woman of the Bozok family take a decision and act together in order to send back Bella. Thus, they try to do everything that would make Bella unhappy and discouraged. The story becomes more complicated when Bella's parents also come to Adana to take care of their daughter. 
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017