-->

2 Ogo 2010

PutUs ASa VS SiNaR haRaPaN..



Masihkah kau terbayangkan saat-saat itu,

Bila masa kita semua bersama-sama,
Menempuh saat suka dan suka disana,
Kenangan manis silih berganti
Menerangi dan menceriakan hidup kita
Alangkah indah kalau saat itu dapat diputarkan semula..


Pertemuan singkat kita disana,
Menerbitkan kemesraan dan kerapatan kita semua,
Walaupun kadang kala hubungan kita semua diuji,
Dengan emosi kita yang pelbagai,
Namun hubungan itu tetap utuh,
Sehingga kita berjaya,
Mencapai apa yang dihajatkan,


Kita berada di pentas,
Menggengam sesuatu,
sebelum gambar2 kenangan manis diambil,
Disini aku sedar,
Selepas ini pastinya hubungan persahabatan kita semua ,
Pasti sudah berbeza,
Kerana haluan masing2 juga berubah,


Setelah setahun berlalu,
Banyak yang berubah,
Ada yang memajukan diri ke peringkat seterusnya,
Ada juga yang statik,
Telah ada satu peluang untuk kita berkumpul semula,
Menjadi pendidik bangsa,
Namun ianya tak seindah yg dibayangkan olehku,


Apabila pintu yg terbuka itu terpaksa aku biarkan,
Dan hanya melihat dari kejauhan,
Mereka-mereka melangkah ke pintu tersebut,
Dengan wajah2 dan perasaan senang..mungkin..,


Perasaan sedih, kecewa dan putus asa muncul dlm diri,
Dan aku akui sehingga kini ianya masih tebal dlm diri,
Cuba ku usir..hanya sebahagian yang pergi,
Sebahagian lagi masih menguasai diri,
Aku salahkan diri aku,
Kerana pada awalnya agak terleka,
Dan tidak memikirkan akibatnya di masa hadapan,


Kini aku dh melihat kesannya pada aku..,
Sedikit putus asa…,
Sedikit kecewa,
Menggambar keseluruhan perasaan dann hidup aku ketika ini,
Namun akan aku cuba mencari sinar an hikmahnya,
Moga apa yg berlaku ada kebaikannya,
Untuk aku..


Percayalah..,
Aku berusaha keras mencari sinar itu,
Untuk kehidupan yang lebih bahagia,
Di dunia dan akhirat..,

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017