17 Jun 2014

Sinopsis Drama Menantu Sepuluh Ribu Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama terbaru untuk Slot Azalea di Tv3 iaitu Menantu Sepuluh Ribu yang dilakonkan oleh Fizz Fairuz dan Reen Rahim akan mula ditayangkan hari ini 16 Jun. So jom kita baca sinopsis drama ini dibawah k..

Sinopsis Menantu Sepuluh Ribu.

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Ikhwan (Fizz Fairuz) yang sentisa komited dalam menguruskan empayar perniagaan milik keluarganya sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidupMeskipun begitu, Ikhwan menjadi dambaan ramai wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya. Mona (Salwa Md Razak) merupakan salah seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk mendampingi Ikhwan. Mona yakin dia akan menjadi isteri Ikhwan kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kakak ipar Ikhwan, Azah Suaymi. Sementara itu, Ikhwan berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaan keluarganya dengan membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka kilang. Selepas mendapat sokongan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung bekas pemandu ayahnya untuk membeli tanah disitu. 

Kehadiran Ikhwan di kampung itu telah disambut baik oleh Haji Yaakob, bekas pemandu ayahnya. Kemudian, Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu Alang Zulkifli Mohd Salleh yang sememangnya memiliki sebidang tanah. Sesampainya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah yang merupakan salah seorang anak dara Alang. Ikhwan terpegun melihat kerajinan Umairah (Reen Rahim) serta sikap pembersih gadis itu. Hajat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu telaksana juga apabila Alang bersetuju untuk menjual tanah kepada Ikhwan. Ikhwan membuat keputusan untuk berada dii kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Dia juga mula berkawan dengan Umairah. Gadis itu juga seing membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

Ikhwan senang berkawan dengan Umairah. Apabila Ikhwan jatuh sakit, Umairah kerap menziarahinya di rumah Haji Yaakob sehingga sembuh. Ikhwan terasa terhutang budi pada Umairah kerana mengambil berat tentang dirinya. Dari saat itu, mula lahir bibit cinta di antara Umairah dan Ikhwan. Mona mula mencurigai Ikhwan kerana jarang berada di bandar. Lalu, Mona pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Mona terus marah apabila ternampak kemesraan di antara Ikhwan dan Umairah. Mona mula merancang pelbagai cara untuk menjauhkan mereka berduaSementara itu, Ikhwan meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut apabila mendapat tahu Ikhwan sudah mempunyai calonnya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
Adakah hasrat Ikhwan untuk menikmati kebahagian bersama Umairah akan tercapai? Berjayakan Datuk Musa mendapat menantu pilihannya? Apakah rancangan Mona untuk merosakkan hubungan Ikhwan dan Umairah?




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 ulasan:

LYAfrina berkata...

eyh..cat farish jadi ayah?

farmiey haniera berkata...

bestnye sinopsis cite ni. xsaba nk tgk =)

Montana berkata...

hero kacak ooo

Related Posts with Thumbnails