-->

14 Sep 2018

Korean Movie Review - Heart Blackened

Heart Blackened, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Korean Movie Heart Blackened, Sinopsis Filem Korea Heart Blackened, Artis Korea, Korean Style, Poster, Heart Blackened Cast, Pelakon, Park Shin Hye, Choi Min Sik, Lee Soo Kyung, Lee Honey, Ryoo Joon Yeol, Jo Han Chul, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Remake Chinese Movie Silent Witness,
Review Filem Korea - Heart Blackened

Kali ini nak review Korean Movie pula yang bertajuk Heart Blackened yang release pada 2 November 2017. Filem Korea Heart Blackened ini adalah remake dari Chinese Movie yang bertajuk "Silent Witness" dan dilakonkan oleh ramai pelakon best serta turut shooting di Thailand gitu. Antara pelakon movie Heart Blackened ini adalah Park Shin Hye, Choi Min Sik, Lee Soo Kyung, Lee Honey, Ryoo Joon Yeol, Jo Han Chul dan ramai lagi. Selain itu pelakon Lee Soo Kyung yang memegang watak Im Mi Ra dalam movie ini, turut menang anugerah "Best Supporting Actress" di 2018 (54th) BaekSang Arts Awards. Bagi aku jalan cerita filem Korea Heart Blackened ini menarik juga sebab ada plot twist di penghujungnya dan jalan ceritanya suspen juga sebab berjaya buat penonton tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar Yoo Na (lakonan Lee Honey). Akan ada scene -scene perbicaraan di mahkamah dan sebagainya, malah lakonan semua pelakon juga terbaik. Dalam movie ini Park Shin Hye akan memegang watak sebagai Choi Hee Jung yang merupakan seorang peguambela. Watak Ryoo Joon Yeol sebagai Kim Dong Myung tidak begitu banyak dalam movie Heart Blackened ini tapi dia merupakan saksi penting kes pembunuhan Yoo Na.
Heart Blackened, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Korean Movie Heart Blackened, Sinopsis Filem Korea Heart Blackened, Artis Korea, Korean Style, Poster, Heart Blackened Cast, Pelakon, Park Shin Hye, Choi Min Sik, Lee Soo Kyung, Lee Honey, Ryoo Joon Yeol, Jo Han Chul, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Remake Chinese Movie Silent Witness,
Filem ini mengisahkan tentang seorang hartawan bernama Im Tae San yang ingin berkahwin dengan seorang wanita jelita bernama Yoo Na. Namun anak perempuan Im Tae San iaitu Im Mi Ra tidak begitu menyukai bakal ibu tirinya itu. Walaupun Yoo Na cuba mengambil hati Im Mi Ra tapi kelihatan Im Mi Ra begitu membenci dirinya. Kebencian Mi Ra pada Yoo Na diterjemahkan dalam permainan video yang direka oleh Mi Ra yang menunjukkan dirinya membunuh Yoo Na dalam permainan video tersebut. Tak lama kemudian Yoo Na benar - benar telah dibunuh dan Im Mi Ra menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut kerana Im Mi Ra berada di tempat kejadian serta mempunyai motif untuk membunuh. Im Tae San tidak sanggup melihat anaknya dipenjarakan lalu mengupah Choi Hee Jung untuk menjadi peguam pada anaknya sekaligus cuba menyelamatkan Im Mi Ra. Di saat - saat genting, muncul saksi penting iaitu Kim Dong Myung yang merubah segalanya, kini orang lain pula yang dituduh menjadi suspek utama. Itulah serba sedikit sinopsis filem Heart Blackened ini. Dalam filem ni memang nampaklah kasih sayang Im Tae San pada anaknya itu, paling sedih masa di penghujung cerita, bila semua kebenaran terbongkar.
Heart Blackened, Korean Movie, Filem Korea, 2017, Korean Movie Heart Blackened, Sinopsis Filem Korea Heart Blackened, Artis Korea, Korean Style, Poster, Heart Blackened Cast, Pelakon, Park Shin Hye, Choi Min Sik, Lee Soo Kyung, Lee Honey, Ryoo Joon Yeol, Jo Han Chul, Movie Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Remake Chinese Movie Silent Witness,
Plot twistnya memang susah nak jangka, tapi tak sangka Im Tae San sanggup berhabis duit untuk buat macam - macam demi anak kesayangannya itu. Ending Movie Heart Blackened ini memang sedih juga, tapi secara keseluruhannya filem ini not bad juga. Aku bagi 7.8/10 untuk filem ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

6 ulasan:

  1. sis, mana nak download cerita korea ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. x sure pula, sebab saya memang tak download just watch online je..

      Padam
    2. Klau ak gune aplikasi dramania..mmg mdah gile la..kat situ smue cite ad..donlod free je..ak mmg slalu donlod drama korea kat situ.

      Padam
  2. mcm best.. kalau ada copy kan best. hehe

    BalasPadam
  3. hehe lagi lagi review movie lain kita baca yang mana best kita tengok. genre yang ringan2 kita suka =D

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017