-->

15 Feb 2019

Review Drama Korea - When Time Stopped

When Time Stopped, When Time Stops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama When Time Stopped, Drama Korea When Time Stops, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018, Sinopsis Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong New Drama, Cast, Pelakon Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Joo Suk Tae, Lim Ha Ryong, Lee Si Hoo, Kim Han Jong, Kim Yang Woo, Poster Drama Korea When Time Stopped,
When Time Stopped - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk When Time Stops / When Time Stopped yang mula disiarkan pada 24 Oktober dan tamat episodnya pada 29 November 2018. Antara pelakon drama Korea When Time Stops ini adalah Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Joo Suk Tae, Lim Ha Ryong, Lee Si Hoo, Kim Han Jong, Kim Yang Woo dan ramai lagi. Selain itu drama ini hanya mempunyai 12 episod saja dan disiarkan di channel KBS W. Ini juga adalah drama pertama Kim Hyun Joong selepas dia menamatkan khidmat ketenteraannya pada tahun 2017. Rasanya siapa yang tak kenal dengan Kim Hyun Joong ni, dia pernah berlakon dalam banyak drama popular seperti Boys Over Flower, Playful Kiss, Inspiring Generation dan banyak lagi. Namun ramai juga yang kutuk dan kritik dia sebab kontroversinya itu. Manakala heroin drama ini iaitu An Ji Hyun tak begitu aku kenal, mungkin ini kali pertama dia berlakon watak utama, sebab tak silap aku dia selalu berlakon sebagai pelakon pembantu. An Ji Hyun ini juga ada berlakon watak kecil dalam drama popular Goblin gitu. Pelakon In Gyo Jin yang sebelum ini sinonim dengan watak komedi atau pun jahat melakonkan watak serius dalam drama ini. Jarang dapat tengok In Gyo Jin melakonkan watak serius ni hahaha, sebelum ni dia dah pernah muncul dalam drama kelakar Feel Good To Die and menang anugerah gitu.
When Time Stopped, When Time Stops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama When Time Stopped, Drama Korea When Time Stops, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018, Sinopsis Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong New Drama, Cast, Pelakon Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Joo Suk Tae, Lim Ha Ryong, Lee Si Hoo, Kim Han Jong, Kim Yang Woo, Poster Drama Korea When Time Stopped,
Aku tertarik nak tengok drama ini sebab jalan ceritanya yang unik dan jalan cerita drama ini di peringkat permulaan memang bergerak laju dan best tapi bila dah nak sampai ke penghujung cerita, jalan cerita macam dah jadi complicated sangat pula, pastu memang tak masuk akal sikit dengan kewujudan watak God dan Ex God tu. Aku suka dengan watak heroin drama ini iaitu sebagai Kim Sun Ah yang dilakonkan oleh An Ji Hyun itu. Wataknya sentiasa happy go lucky, sentiasa ceria dan sentiasa tersenyum walaupun berada di dalam tekanan untuk menyelesaikan segala hutang - hutang ayahnya pada ceti haram / Along itu. Walaubagaimanapun nampak gandingan An Ji Hyun dan Kim Hyun Joong ni macam tak sesuai pula, sebab nampak diorang macam adik - beradik je, bukan sebagai pasangan kekasih. Apa pun aku tak sangka pula drama ini ada plot twist untuk watak kawan baik Kim Sun Ah itu iaitu Choi In Sub (lakonan Lee Si Hoo). Korean Drama When Time Stopped ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Moon Joon Woo yang mempunyai kebolehan luar biasa, dimana di mampu menghentikan masa. Joon Woo gemar bersendirian dan menggunakan kebolehannya untuk menghentikan masa itu untuk mendapatkan artifak lama dan memperbaiki artitak tersebut. Sementara itu Kim Sun Ah adalah pemilik sebuah bangunan, rumah - rumah di bangunan tersebut disewakannya kepada penyewa. 
When Time Stopped, When Time Stops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama When Time Stopped, Drama Korea When Time Stops, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018, Sinopsis Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong New Drama, Cast, Pelakon Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Joo Suk Tae, Lim Ha Ryong, Lee Si Hoo, Kim Han Jong, Kim Yang Woo, Poster Drama Korea When Time Stopped,
Namun walaupun Kim Sun Ah memiliki sebuah bangunan, dia sebenarnya miskin kerana terpaksa membayar hutang - hutang ayahnya pada ceti haram. Kim Sun Ah melakukan banyak kerja part time untuk mencari duit bagi membayar hutang - hutang tersebut. Dia juga sering diganggu oleh ceti haram yang menggesanya untuk memberikan bangunan tersebut pada mereka untuk menyelesaikan semua hutang tersebut. Namun Kim Sun Ah bertegas tak mahu melepaskan bangunan tersebut kerana itu adalah satu - satunya harta peninggalan ayahnya padanya. Secara tak sengaja Joon Woo menyewa ruangan bilik bawah tanah di bangunan milik Kim Sun Ah itu. Tak lama kemudian Joon Woo cuba menyelamatkan Kim Sun Ah dari dilanggar kereta dengan menggunakan kebolehannya menghentikan masa. Apa yang mengejutkan Joon Woo adalah apabila Kim Sun Ah mampu bergerak dan bercakap dengannya ketika dia sudah menghentikan masa. Secara tak langsung Kim Sun Ah sudah mengetahui rahsia dirinya dan berjanji akan menyimpan rahsia tersebut. Sejak dari itu Joon Woo dan Kim Sun Ah saling tolong menolong, mereka juga turut menolong penyewa lain yang berada di dalam kesusahan. Sementara itu ada sekumpulan grim reaper dan ketua mereka yang memburu manusia yang mempunyai kuasa dan kebolehan luar biasa. Okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea When Time Stops ini. 
When Time Stopped, When Time Stops, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama When Time Stopped, Drama Korea When Time Stops, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Drama Korea 2018, Sinopsis Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong New Drama, Cast, Pelakon Drama Korea When Time Stopped, Kim Hyun Joong, An Ji Hyun, In Gyo Jin, Joo Suk Tae, Lim Ha Ryong, Lee Si Hoo, Kim Han Jong, Kim Yang Woo,
Agak annoying dengan ketua dan grim reaper tu semua, plus agak menarik juga bila penyewa - penyewa di bangunan Kim Sun Ah itu mempunyai cerita mereka yang tersendiri. Selain itu jalan cerita drama Korea When Time Stops ini agak sukar dijangka terutama di bahagian penghujungnya. Aku tak nak bagi spoiler banyak - banyak, kalau nak tahu lebih lanjut kenalah tengok drama ini nanti. Lagu Tema / OST Korean Drama When Time Stopped ini boleh tahan juga, tapi tak adalah sampai aku tersuka sangat dan pergi download ke ape ker kan hehehe. Ada juga kisah cinta tiga segi dalam drama ini dimana Joon Woo dan Choi In Sub sama - sama sukakan Kim Sun Ah. Tapi aku suka dengan sikap Choi In Sub yang stil protect Kim Sun Ah walaupun cintanya tak berbalas. Manakala ending drama Korea When Time Stopped ini happy ending jugalah. Secara keseluruhannya aku bagi 6.8/10 bintang untuk drama ini. 

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Senafas Rindu
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017