-->

7 Jun 2019

Review Drama Korea - Where Stars Land

Where Stars Land, Drama Korea, Korean Drama, Channel SBS, Korean Drama Where Stars Land, Drama Korea Where Stars Land, Poster Drama Korea Where Stars Land, Sinopsis Drama Korea Where Stars Land, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Where Stars Land By Miss Banu, Korean Drama Review, Best Drama, Cast, Pelakon Drama Korea Where Stars Land, Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Lee Sung Wook, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon,
Korean Drama Review - Where Stars Land

Hari ini aku nak buat review drama Korea yang bertajuk Where Stars Land atau turut dikenali dengan tajuk Fox Bride Star. Antara pelakon drama Korea Where Stars Land ini adalah Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Lee Sung Wook, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon dan ramai lagi. Korean Drama Where Stars Land ini disiarkan di channel SBS, mempunyai 32 episod dan release pada 1 Oktober 2018 dan tamat episodnya 26 November 2018 yang lalu. Lebih menarik bila drama Where Stars Land ini turut menang Best Drama di 2018 SBS Drama Awards. Begitu juga dengan pelakon utama drama ini iaitu Lee Je Hoon dan Chae Soo Bin turut menang Best Actor dan Excellent Actress dalam kategori masing - masing. Selain itu screenwriter dan pengarah drama ni dah pernah bekerjasama dalam drama Gu Family Book (2013) dan mereka reunion semula dalam drama ini. Pelakon Hyun Bin dan Park Shin Hye telah ditawarkan watak utama dalam drama ini terlebih dahulu, namun mereka menolak. Kemudian Park Bo Gum dan Suzy pula ditawarkan watak utama namun mereka juga menolak dan akhirnya watak Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum menjadi milik Lee Je Hoon dan Chae Soo Bin. 
Where Stars Land, Drama Korea, Korean Drama, Channel SBS, Korean Drama Where Stars Land, Drama Korea Where Stars Land, Poster Drama Korea Where Stars Land, Sinopsis Drama Korea Where Stars Land, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Where Stars Land By Miss Banu, Korean Drama Review, Best Drama, Cast, Pelakon Drama Korea Where Stars Land, Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Lee Sung Wook, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon,
Drama Korea Where Stars Land ini mengisahkan tentang suka duka kehidupan para pekerja yang bekerja di Incheon International Airport. Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum bekerja di bahagian Passenger Service Team. Lee Soo Yeon ni seorang yang misteri, dia suka buat hal sendiri dan suka bersendiran. Dia juga ada menyimpan satu rahsia besar mengenai dirinya yang menyebabkan dia menjauhkan diri dari rakan sekerjanya. Manakala Han Yeo Reum pula seorang yang ceria, peramah dan suka tolong orang, namun dia sering berdepan dengan masalah disebabkan kecuaiannya dan juga sikapnya. Disebabkan mereka ditugaskan untuk bekerja bersama - sama, akhirnya Lee Soo Yeon jatuh cinta pada Han Yeo Reum dan dia juga tidak segan meluahkan rasa hatinya pada Han Yeo Reum. Walaupun awalnya Han Yeo Reum agak keberatan dan keliru namun mereka berdua makin rapat. Kehidupan Lee Soo Yeon yang tenang mula berubah dengan kehadiran Seo In Woo (Lee Dong Gun) yang merupakan bekas abang tirinya yang kini menjadi orang atasan Lee Soo Yeon. Seo In Woo kelihatan tidak menyukai Lee Soo Yeon bekerja disitu, dia sentiasa memerhati gelagat Lee Soo Yeon dan sentiasa mencari salah silap Lee Soo Yeon. 
Where Stars Land, Drama Korea, Korean Drama, Channel SBS, Korean Drama Where Stars Land, Drama Korea Where Stars Land, Poster Drama Korea Where Stars Land, Sinopsis Drama Korea Where Stars Land, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Where Stars Land By Miss Banu, Korean Drama Review, Best Drama, Cast, Pelakon Drama Korea Where Stars Land, Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Lee Sung Wook, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon,
Tanpa sengaja Seo In Woo dapat tahu rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Lee Soo Yeon itu dan Seo In Woo menggunakan rahsia itu untuk dijadikan alasan supaya Lee Soo Yeon dapat dipecat. Lee Soo Yeon berasa terkilan dengan sikap Seo In Woo itu, sedangkan Seo In Woo juga adalah punca mengapa Lee Soo Yeon jadi begitu dan terpaksa berahsia dengan semua orang. Rahsia apa yang disembunyikan oleh Lee Soo Yeon itu? bagaimana pula dengan hubungan Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum itu? adakah cintanya berbalas? kenapa Seo In Woo seakan - akan membenci Lee Soo Yeon?. Kalau nak tahu semua jawapan pada persoalan tersebut kenalah tengok drama ini okey heehehe. Awalnya aku ingatkan Korean drama Where Stars Land ni biasa - biasa saja, tapi bila dah start tengok, memang best gitu, no wonderlah boleh menang best drama gitu kan. Chae Soo Bin sangat adorable dan qiut dalam drama ni, especially dengan wataknya yang cepat gelabah dan banyak cakap tu. Seronok tengok drama ni sebab unik kerana berlatarbelakangkan lapangan terbang gitu. Lebih unik juga bila drama ni tak memfokuskan tentang pramugari mahu pun pilot tapi sebaliknya pada pekerja - pekerja di dalam Airport tu sendiri. Seronok tengok diorang bekerja di Airport tu, kiranya sebagai penonton, kita dapat belajar sesuatu gitu. Syok tengok diorang layan pelbagai kerenah pelanggan tu serta cuba menyelesaikan segala isu dan masalah yang ada di Airport tu. 
Where Stars Land, Drama Korea, Korean Drama, Channel SBS, Korean Drama Where Stars Land, Drama Korea Where Stars Land, Poster Drama Korea Where Stars Land, Sinopsis Drama Korea Where Stars Land, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Review Drama Korea Where Stars Land By Miss Banu, Korean Drama Review, Best Drama, Cast, Pelakon Drama Korea Where Stars Land, Lee Je Hoon, Chae Soo Bin, Lee Dong Gun, Kim Ji Soo, Lee Sung Wook, Kim Kyung Nam, Lee Soo Kyung, Ro Woon,
Drama ni seimbang sebab ada banyak juga scene - scene kelakar, begitu juga dengan scene - scene sedih. Ikutkan memang geram dengan Seo In Woo tu, suka cari pasal dengan Lee Soo Yeon, tapi jangan terkejut okey sebab nanti ada plot twist untuk watak Seo In Woo tu, jeng jeng jeng..hehe. Aku bukanlah peminat Lee Dong Gun ni, tapi aku suka tengok lakonannya dalam drama ni, best, dan wataknya tu sesuai dengannya. Keserasian pelakon tak payah cakaplah memang semua serasi habis hehe. Selain couple utama, penonton juga akan tersuka dengan couple kedua dalam drama ini iaitu Oh Dae Ki lakonan Kim Kyung Nam dan Na Young Joo lakonan Lee Soo Kyung. Mereka berdua bekerja di bahagian Security Service Team, dan hubungan cinta diorang agak lambat sikit sebab masing - masing macam jual mahal dan ego gitu hehe. Scene - scene sedih banyak datang dari watak Lee Soo Yeon Lakonan Lee Je Hoon. Aku agak tak puas hati juga bila diorang tak ceritakan lebih lanjut apa yang berlaku pada watak - watak tertentu dalam drama ini di bahagian endingnya, sebaliknya ending drama ini hanya fokus pada main couple dan second couple saja. Ending drama Korea Where Stars Land ni memang happy ending, walaupun ramai juga penonton yang tak puas hati sebab tak nampak muka Lee Je Hoon dengan jelas di bahagian ending. Walaubagaimanapun Korean Drama Where Stars Land ini memang menghiburkan dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ni.

Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea The Last Empress

(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. Wow best ni citer ni.ak noted.nt ak download citer ni.sbb ak minat jugak chaesoobin jehoon.hmmm nak tanya lee dong gun jd second lead ke?jd org jhat?hahhaa mmg elok sgt la klau mcm tu.ak geram je dia jd watak scond lead dlm angel last mission love.jhat la dia tu.kacau jeπŸ˜„πŸ˜„.dia ibarat syaiton dlm citer tu.kihkihkih.xske lee dong gun.kahkahkah.min min nanti try layan angel last mission love.kompom rabak habisπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜πŸ˜.lagu dia best gile.sy senyap2 menangis tgok citer tu kene cover2 takut mak dgn adik nampak kite nangis.maluuuu.hhahahaa.sy cocok harddisk kat tv.layan kat tv besar skrin puas ht.

    BalasPadam
  2. Ok drama where star land insyaalah ak download nanti.best ni.ak suke drama2 unsur2 tempat keje2.layan habis.hmmm ape punnn tgah seedddiihhh layan angel kesyangan ak ni.😁😁😁😁.hmmmm xhabis2

    BalasPadam
  3. Tq min min sbb rwview this drama.klau x smpai bile2 ak xtau kwujudan citer ni.nmpak cam best je.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017