-->
Memaparkan catatan dengan label Drama Bulan Ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Bulan Ramadan. Papar semua catatan

2 Mei 2020

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Slot Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Cover Depan Novel Bukan Gadis Biasa, Senarai Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Sheila Rusly, Mas Khan, Ozlynn Waty, Lia Natalia,

Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan kini tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon Remy Ishak akan membawa watak sebagai Rayyan dalam drama Bukan Gadis Biasa ini. Manakala Ayda Jebat pula akan melakonkan watak sebagai Jo / Johana. Nazim Othman sebagai Amir, Mas Khan sebagai Amirul, Sheila Rusly sebagai Opah Aminah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Bukan Gadis Biasa ni, ianya menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. Selain itu novel Bukan Gadis Biasa ini juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.


Read More »

13 Mei 2019

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan (TV1)

Aku Yang Kau Tinggalkan, Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Novel  Aku Yang Kau Tinggalkan, Karya Alina Haizar, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu TV1 2019, RTM, Slot Widuri, Drama 30 Episod, Sinopsis Aku Yang Kau Tinggalkan, OST Aku Yang Kau Tinggalkan, Lagu Puas Nyanyian Amir Masdi, Cast, Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon, Nia Athirah, Zaril Ikhwan, Ani, Kisah Kahwin Paksa, Poster Drama Aku Yang Kau Tinggalkan,
Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan - Slot Widuri TV1

Drama Aku Yang Kau Tinggalkan adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini, jam 7 malam. Antara pelakon drama Aku Yang Kau Tinggalkan ini adalah Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya novelis Alina Haizar. Aku memang tengok drama ni dan aku suka jalan ceritanya walaupun awalnya agak klisye sikit dengan kisah kahwin paksa. Namun para pelakonnya best - best belaka, ni dah kali ke berapa entah Siti Elizad dan Ungku Ismail berlakon sekali. Sebelum ni diorang dah pernah bergandingan dalam drama Teman Lelaki Upahan, Telefilem Jubah Untuk Airin, Setan Dalam Poket dan lain - lain lagi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Aku Yang Kau Tinggalkan, Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Novel  Aku Yang Kau Tinggalkan, Karya Alina Haizar, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu TV1 2019, RTM, Slot Widuri, Drama 30 Episod, Sinopsis Aku Yang Kau Tinggalkan, OST Aku Yang Kau Tinggalkan, Lagu Puas Nyanyian Amir Masdi, Cast, Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon, Nia Athirah, Zaril Ikhwan, Ani, Kisah Kahwin Paksa, Poster Drama Aku Yang Kau Tinggalkan,

Mengisahkan Nia Athirah (Siti Elizad) yang terpaksa menggantikan tempat adiknya Ani untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan (Ungku Ismail). Keluarga Nia yang susah, adiknya yang melarikan diri serta emaknya yang sakit menjadi penyebab Nia bersetuju untuk berkahwin dengan Zaril Ikhwan. Manakala Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaganya yang sedang sakit. Selepas Nia berkahwin, kehidupan keluarganya makin senang dan tidak lagi berdepan dengan masalah kewangan. Nia pula nekad untuk menjaga suaminya yang sakit itu dengan sebaik mungkin. Walaupun awalnya agak susah untuk menjaga Zaril Ikhwan itu, berkat kesabaran Nia, Zaril mula sembuh sedikit demi sedikit. Malah Nia juga makin sayang dengan Zaril Ikhwan itu. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya.
Aku Yang Kau Tinggalkan, Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Novel  Aku Yang Kau Tinggalkan, Karya Alina Haizar, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu TV1 2019, RTM, Slot Widuri, Drama 30 Episod, Sinopsis Aku Yang Kau Tinggalkan, OST Aku Yang Kau Tinggalkan, Lagu Puas Nyanyian Amir Masdi, Cast, Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon, Nia Athirah, Zaril Ikhwan, Ani, Kisah Kahwin Paksa, Poster Drama Aku Yang Kau Tinggalkan,
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin, Italy untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya. Tanpa diduga Nia bertemu semula dengan Zaril Ikhwan lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan Nia pergi dari hidup Zaril dan kenapa pula Zaril marah dengan Nia, apa rahsia yang dipendamkan oleh mereka berdua?.

Lagu Tema / OST Aku Yang Kau Tinggalkan
➤ Puas nyanyian Amir Masdi


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

11 Mei 2019

Sinopsis Drama Pia (TV3)

Pia, Drama Pia, Sinopsis Drama Pia, Slot Lestary, TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Pia Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Kisah Sedih, Drama Best, OST Pia, Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, Zara Zya New Drama, Alif Satar New Drama, Poster Drama Pia,
Sinopsis Drama Pia - Slot Lestary TV3

Drama Pia adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 3 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama Pia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cinta Non Grata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Pia ini adalah Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Selain itu drama Pia ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Azman Yahya serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Memang best layan drama ni, plus para pelakonnya juga terbaik gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Pia, Drama Pia, Sinopsis Drama Pia, Slot Lestary, TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Pia Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Kisah Sedih, Drama Best, OST Pia, Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, Zara Zya New Drama, Alif Satar New Drama,

Mengisahkan Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh, Pia dan adiknya dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi (Naim Daniel). Zafran (Alif Satar), rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah ke dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Mak Ngah Ila (Sheila Rusly) yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia serta cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah  pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Pia
⏩ Sumpah nyanyian Naim Daniel


(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

10 Mei 2019

Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara (Akasia TV3)

30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Poster Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis 30 Pesanan Suara, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu Slot Akasia TV3 2019, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Cinta, Persahabatan, OST 30 Pesanan Suara, Cast, Drama Terbaru Lakonan Hannah Delisha, Drama Terbaru Shukri Yahaya, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman, Drama 30 Episod, Biodata Terkini Hannah Delisha,
Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara Slot Akasia TV3

Drama 30 Pesanan Suara adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan sejak 6 Mei 2019 yang lalu bagi menggantikan drama Kamar Kamariah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama 30 Pesanan Suara ini adalah Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman dan ramai lagi. Drama 30 Pesanan Suara ini mempunyai 30 episod dan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan ramadan ini. Selain itu drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Poster Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis 30 Pesanan Suara, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu Slot Akasia TV3 2019, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Cinta, Persahabatan, OST 30 Pesanan Suara, Cast, Drama Terbaru Lakonan Hannah Delisha, Drama Terbaru Shukri Yahaya, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Isaac Iman, Drama 30 Episod, Biodata Terkini Hannah Delisha, Blog Miss Banu Story,

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman (Saharul Ridzwan), Syafira (Hannah Delisha) dan Izman (Shukri Yahaya). Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka. Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.


Lagu Tema / OST 30 Pesanan Suara

➤ Bisa Aja nyanyian Faizal Tahir







(Blog Miss Banu Story)
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017