-->
Memaparkan catatan dengan label Oasis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Oasis. Papar semua catatan

7 Sep 2017

Baca Online Novel Perempuan Paling Bahagia

Drama Adaptasi Novel, Novel Perempuan Paling Bahagia, Drama Perempuan Paling Bahagia, Novelis Syamnuriezmil, Astro Oasis, Watak, Rafa Rafi, Arissa, Pelakon Drama Perempuan Paling Bahagia, Pelakon, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Ako Mustapha, Baca Online Novel, Wattpad,
Baca Online Novel Perempuan Paling Bahagia (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Perempuan Paling Bahagia karya Novelis Syamnuriezmil akan diadaptasikan menjadi drama bersiri yang akan disiarkan di Astro Oasis. Drama Perempuan Paling Bahagia ini akan menggandingkan pasangan suami isteri iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob sebagai watak utama. Zahiril Adzim akan memegang watak sebagai Rafa manakala Shera Aiyob akan memegang watak sebagai Arissa, Luqman Hafidz sebagai Rafi dan ramai lagi. Drama Adaptasi Novel ini akan mula disiarkan pada 4 September 2017 ini. Jadi sambil - sambil tengok drama ini di TV, boleh juga baca online Novel Perempuan Paling Bahagia ini dengan cara just klik je link di bawah ini ye. Selamat Membaca okey.


Sinopsis Novel Perempuan Paling Bahagia

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia. 
Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam. 

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa. 

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA 

"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA 

"Rosyam Nor." -ARISSA 

Drama Adaptasi Novel, Novel Perempuan Paling Bahagia, Drama Perempuan Paling Bahagia, Novelis Syamnuriezmil, Astro Oasis, Watak, Rafa Rafi, Arissa, Pelakon Drama Perempuan Paling Bahagia, Pelakon, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Ako Mustapha, Baca Online Novel, Wattpad,
Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu. “Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA
Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal. 
“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA
Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,
Read More »

10 Jan 2014

Juara Pencetus Ummah Musim Pertama Milik PU Hafiz

Tahniah buat PU Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Mohd Haneefa yang telah diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas bersaing dengan tiga peserta lain di pentas akhir yang  diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sebentar tadi.
Hafiz, 32, yang berasal dari Selangor telah memilih tajuk Pendakwah: ‘Untung Dunia, Untung Akhirat’ sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk kedua pula iaitu Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema ‘Cinta Rasulullah’.
Dengan kemenangan PU Hafiz sebentar tadi, dia telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Kemenangan PU Hafiz diambil selepas dia berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan mempunyai pengisian yang tepat selain mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana) serta juri jemputan Datuk Aznil Hj Nawawi.
Selain itu, Mimbar Akhir Pencetus Ummah turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Nazri bekas ahli kumpulan Raihan, Hijjaz, Aris Ariwatan, dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.
Program Pencetus Ummah telah dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis (106).
Layari www.pencetusummah.com.my untuk info terkini program Pencetus Ummah.
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017