-->

5 Okt 2009

KASUT TUMIT TINGGI JEJAS KESIHATAN..

mcm semua tau kan permpuan zmn skrg suka pakai ksut tumit tggi..kalau tgi sikit je xpe la gak..ni tggi yg amat..bukan nye diorng x tahu yg ia boleh memudaratkan kesihatan tp tetap gak degil..apa pun baca jela kt bwh ni..

Kasut tumit tinggi dikatakan memberi tekanan pada lutut dan mengikut kajian yg dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yg mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 %.

Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

Menurut satu kajian yg dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai utk menimang anak. Gaya berdiri yg tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak kedepan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yg ramai wanita menyangka ia adalah perut buncit. Keadaan ini memampatkan organ dalaman dalam keadaan yg dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.

Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui mangsa baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran. Menurut kajian sama, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan dan kitaran haid serta fungsi bahagian atas tubuh badan.

Selain kasut tumit tinggi, pemakaian tas tangan juga boleh menjejaskan kesihatan terutama yg besar dan berat kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang. Kajian pakar tulang mendapati barangan yg banyak dalam tas tangan akan memberikan tekanan kepada tulang bahu sekaligus menyakitkan otot pada satu sisi badan. Lebih serius, tekanan itu akan mendatangkan kesan kepada punggung dan bahu. (SumBer: Harian Metro)

Jadi telah kita ketahui bahawa kasut tumit tinggi memberikan implikasi negatif kepada wanita. Kasut tumit tinggi dikaitkan dengan imej ‘feminin’ wanita..Jadi untuk menjadi seorang yg feminine wanita perlu memakai kasut tumit tinggi,barulah dilihat sebagai bergaya, ayu lagi anggun walaupun pada hakikatnya memakai kasut tumit tinggi pada masa yg lama akan menyakitkan kaki wanita itu sendiri serta melambatkan atau membataskan pergerakan wanita kerana terpaksa berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati bagi mengelakkan jatuh dsbnya, disamping implikasi negatif yg lain seperti yg dibincangkn di atas.
Sebenarnya daripada apa yg aku tahu, kasut tumit tinggi ini diperkenalkan oleh barat. Kasut tumit tinggi ini dikatakan dicipta oleh lelaki sebagai suatu cara halus utk mengekang wanita daripada aktif dlm sesuatu bidang supaya tidak menyaingi kaum lelaki, disamping cuba mengekalkan wanita dalam arena urusan rumah tangga semata-mata. Pergerakan yg lambat dan terbatas menyebabkan wanita terus terasing dan dikatakan lemah. Para wanita harus membuka mata mengenai perkara sebegini yg terselindung di sebalik design2 kasut tumit tinggi yg serba cantik teratur di pusat2 membeli belah..

Sebagai mahasiswa jurusan pengajian Gender di UM, sememamgnya kami telah didedahkan kepada perkara sebegini oleh pensyarah. Akibat kesedaran yg aku dapat telah membuka mata dan kepala otak aku. Aku telah menasihatkan perkara ini pada kawan baik ku di Penang. Namun nasihat aku ni boleh diibaratkan sebagai “mencurah air ke daun keladi” xde tnda2 nk berubah pun, makin menjadi-jadi lagi adalah,aku akui dirinya yg sedikit rendah itu menyebabkan dia memilih utk memakai kasut tumit tinggi yg sememangnya tinggi..bila aku berjalan dgn die pun aku yg kelihatan rendah sedikit dr die disebabkan kasut tumit tinggi yg die pakai tu. Akibat memakai kasut tumit tinggi tu,die berjalan slow2..dan menyuruh aku jgn jalan laju sgt dan aku plak selesa memakai sandals atau kasut biasa yg tapaknya nipis berjalan dgn releks jerr.sedangkan kalau die tidak memakai kasut T.tinggi tu die berjln lg laju dr aku hehe. Die terpaksa berjalan lmbt dan kasimpulannya everything pun lmbt la..hehe

Nak buat cmne org x nk dgr..lantaklaa..n suke hati die..aku pun lama x jumpe die dh lani..entah sibuk apa pn x tau.moga bahagia dengan bf die yg suke mengonkong tu hehehe jahatnya aku ni..emm biarlah org dh x ingt kawan nk uat cmne,bf die lg penting drp kwn2.huhuhu.

Berbalik pada isu pemakaian kasut tumit tinggi, seorang mahasiswa UM lelaki pernah berkongsi pandangannya dgn aku, Dia berpendapat wanita yg memakai kasut tumit tinggi mendera diri sendiri kerana tidak berbaloi berbuat demikian kerana wanita tidak mendapat apa2 manfaat drp pemakaian kasut berkenaan. Baginya wanita yg gemar memakai kasut T.tinggi semata-mata ingin menarik perhatian lelaki kerana lelaki sememangnya suka dan gemar mendengar derap tapak kasut tumit tinggi kepunyaan wanita disamping gemar melihat punggung dan dada wanita yg sedikit kedepan apabila memakai kasut tumit tinggi. Hal ini bermaksud wanita dilihat sebagai tarikan seksual pada lelaki. Jadi tidak hairanlah timbulnya isu gangguan seksual mahupun rogol. Pada pndngannya lagi, pemakaian kasut tumit tinggi juga membahayakan wanita juga, dimana jika wanita berdepan dengan ancaman seperti rogol misalnya mereka sukar melepaskan diri dengan berlari kerana berjalan juga susah apatah lagi jika berlari utk menyelamatkan diri, kerana apabila berlari dengan kasut tumit tinggi kemungkinan utk jatuh, terpelecok, kaki terluka dan sebagainya amat tinggi, hal ini secara tidak langsung menyebabkan wanita yg memakai kasut tumit tinggi lebih berisiko utk cedera atau dicederakan.

Jadi kepada semua wanita, semoga mendapat serba sedikit pengetahuan serta iktibar daripada artikel ini serta mendapat manfaat daripada cerita mahupun pandangan saya dan rakan saya.


ELAKKAN DIRIMU DIEKSPLOITASI DRP PHK YG X BERTGGJWB!!

3 ulasan:

  1. deqla x suka pakai kasut tumit tinggi...paling tinggi pun 2 inci je..hihi..x biase la..tp suka tgk org lain pakai...nmpk cantik..

    BalasPadam
  2. Mmg tak boleh pakai yg ada tumit. Sakit kaki. Paling tinggi pun 1 inci je

    BalasPadam
  3. tak tahu pulak pakai kasut tumit tinggi ni boleh gugur rambut. huhu.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017