Salam..alhamdulilah..berjumpa lagi kita di sini..
Sekarang ni tengah hangat dengan Teater Natrah di Istana Budaya..
Dengar cite,ulasan atau kritikan terhadap teater Natrah ini yg dipentaskan di Istana Budaya cukup positif..Dibarisi oleh pelakon2 mantap dan hebat seperti Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane dll pastilah mengundang orang ramai berpusu-pusu utk menyaksikannya..tiket teater ini khabarnya sungguh laku!!..
Wow! Malangnya aku x berpeluang utk menyaksikannya kerana aku di Penang..kalau nak tau aku mmg teringin gak nk gi tgk teater..tpi x berpeluang..kirenya aku x pernah lagi menonton pementasan teater..Dulu masa belajar di UM dulu boleh je kalau nk gi..hehe sebab masa tu heboh dgn pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical dan P.Ramlee the Musical..tp disebabkan pelbagai halangan contohnya xde transport nk gi istana budaya sebab selalu pementasan diadakan pada waktu malam camne la student cam aku nk gi tengok..tmbah2 lagi housemate aku kebanyakkannya berkira skit lau nk kuar duit berpuluh-puluh semata-mata nk tgk teater..jadi aku xde geng la nk gi tgk..gile nk gi tgk sorang2 hehe.Nak gi tengok wayang sorang2 pun aku segan ni plak nk tgk teater..hehe
Walaubagaimanapun idea utk membuat pementasan teater Natrah mmg aku sokong 100%..kisah Natrah sangat menyayat hati..menerusi kisah natrah ni kita boleh melihat dri pelbagai sudut pandangan..kisah Natrah ini juga akhirnya maembawa kepada rusuhan di Singapura hingga mengorbankan nyawa..betapa hebatnya kisah Natrah ini..aku rasa kisah Natrah ini wajar difilemkan dan dibuat juga dalam bentuk dokumentari dan juga drama bersiri..aku dgr cite Erma Fatima mmg bercadang utk membuat drama bersiri 26 episod mengenai kisah Natrah.Wah ini perkembangan yg amat bagus..aku rasa drama ini nanti pasti mendapat sambutan..namun jika ia difilemkan akan adakah penonton yg ingin menontonnya di panggung wayang.?adakah filem Natrah akan membawa keuntungan atau mencapai tahap box office dsbnya?..mcm yg kita lihat scenario filem yg berlatarkan peristiwa sejarah amat sukar untuk menarik penonton ke panggung wayang..walaupun dibarisi dgn nama hebat,promosi besar-an masih belum menjamin filem sejarah boleh membawa keuntungan.disamping filem yg bertunjangkan peristiwa sejarah ini juga memakan belanja yg amat tinggi berbanding filem genre lain.Contoh terdekat yg boleh kita lihat mcm filem Puteri Gunung Ledang, bajet besar, pelakon hebat, menang banyak anugerah, tetapi x ramai menonton di pawagam. Aku harap lebih ramai yg peka pada sejarah..dan menerima serta menyokong sesuatu hasil sejarah dengan lebih terbuka.
Sekarang ni tengah hangat dengan Teater Natrah di Istana Budaya..
Dengar cite,ulasan atau kritikan terhadap teater Natrah ini yg dipentaskan di Istana Budaya cukup positif..Dibarisi oleh pelakon2 mantap dan hebat seperti Maya Karin, Umie Aida, Remy Ishak, Sofia Jane dll pastilah mengundang orang ramai berpusu-pusu utk menyaksikannya..tiket teater ini khabarnya sungguh laku!!..
Wow! Malangnya aku x berpeluang utk menyaksikannya kerana aku di Penang..kalau nak tau aku mmg teringin gak nk gi tgk teater..tpi x berpeluang..kirenya aku x pernah lagi menonton pementasan teater..Dulu masa belajar di UM dulu boleh je kalau nk gi..hehe sebab masa tu heboh dgn pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical dan P.Ramlee the Musical..tp disebabkan pelbagai halangan contohnya xde transport nk gi istana budaya sebab selalu pementasan diadakan pada waktu malam camne la student cam aku nk gi tengok..tmbah2 lagi housemate aku kebanyakkannya berkira skit lau nk kuar duit berpuluh-puluh semata-mata nk tgk teater..jadi aku xde geng la nk gi tgk..gile nk gi tgk sorang2 hehe.Nak gi tengok wayang sorang2 pun aku segan ni plak nk tgk teater..hehe
Walaubagaimanapun idea utk membuat pementasan teater Natrah mmg aku sokong 100%..kisah Natrah sangat menyayat hati..menerusi kisah natrah ni kita boleh melihat dri pelbagai sudut pandangan..kisah Natrah ini juga akhirnya maembawa kepada rusuhan di Singapura hingga mengorbankan nyawa..betapa hebatnya kisah Natrah ini..aku rasa kisah Natrah ini wajar difilemkan dan dibuat juga dalam bentuk dokumentari dan juga drama bersiri..aku dgr cite Erma Fatima mmg bercadang utk membuat drama bersiri 26 episod mengenai kisah Natrah.Wah ini perkembangan yg amat bagus..aku rasa drama ini nanti pasti mendapat sambutan..namun jika ia difilemkan akan adakah penonton yg ingin menontonnya di panggung wayang.?adakah filem Natrah akan membawa keuntungan atau mencapai tahap box office dsbnya?..mcm yg kita lihat scenario filem yg berlatarkan peristiwa sejarah amat sukar untuk menarik penonton ke panggung wayang..walaupun dibarisi dgn nama hebat,promosi besar-an masih belum menjamin filem sejarah boleh membawa keuntungan.disamping filem yg bertunjangkan peristiwa sejarah ini juga memakan belanja yg amat tinggi berbanding filem genre lain.Contoh terdekat yg boleh kita lihat mcm filem Puteri Gunung Ledang, bajet besar, pelakon hebat, menang banyak anugerah, tetapi x ramai menonton di pawagam. Aku harap lebih ramai yg peka pada sejarah..dan menerima serta menyokong sesuatu hasil sejarah dengan lebih terbuka.
Berbalik pada teater Natrah..watak Natrah pada mulanya akan dilakonkan oleh Diana Dianelle sebelum digantikan oleh Maya Karin..Pada aku la..dari segi paras rupa Diana Dianelle lebih sesuai utk memainkan watak Natrah kerana wajah Diana yg mmg mirip mcm muka org putih. kirenya lebih menyakinkan dri segi luaran/fizikal watak natrah tu sendiri. Berbanding Maya Karin yg mana rupanya lebih pada Asian sikit..x nampak mcm org putih sgt. tapi kalau nk dibandingkan dri segi lakonan,sudah tentulah lakonan Mya Karin lagi mantap..mungkin sukar utk Diana Danielle menjiwai watak natrah sebaik maya Karin..sebab kalau tgk lakonan Diana kt tv cam biase je..tp sape lah tahu kan..sbb Diana x jadi berlakon dlm teater Natrah..so kita x tahu la sejauh mana kemampuan die..tpi aku teringin juga nk tgk Diana dianelle jd Natrah..adakah sehebat Maya Karin?kalau kisah Natrah didrama kan sape kah yg akan jd Natrah tu??aku kah???wakakaka gilerr kooo!!! heee
Aku mula2 mendpt tahu tentang kisah Natrah ni masa aku form 4 or 5..guru sejarah aku yg cite sikit..tu pun sikit sgt die cite..guru sej aku suh kami sume tnya ibu bapa or nenek masing2 ttg kisah natrah..balik umah aku pn tnya mak dan arwah nenek aku..diorang cite sikit2 gak..x detail pun..sejak tu aku mula brminat nk tau secara detail cite natrah ni..tp yela masa tu umh xde tenet lg..buku kt pustakaan sek pun hampeh.jd x byk info yg aku dpt masa tu..Bile dh masuk UM banyak la buku2 yg leh dibaca..nama pun budak sejarah..malu la kalau kisah natrah ni pun x tau heehe..
Natrah bersama ibu angkatnya che Aminah.
(Natrah bersama ibu kandungnya dan ibu angkatnya)
Jika disuruh aku memberi pendpat tentang kes Natrah..aku pun x tau nk bagi pendapat mcmmana sbb kes natrah ni rumit kerna ia melibatkan byk isu mcm isu agama, Negara, perkahwinan, hak ibu bapa, undang-undang dn mcm2 lg..Natrah ketika dikahwinkan dengan Mansor Adabi masih dibawah umur..dan undang2 yg ada ketika itu mengatakan Ibu bapa Natrah lebih berhak pada Natrah kerana beliau pda masa tu masih bwah umur x silap aku 13 tahun..kesian juga pada Natrah…bagaimana dia menghadapi peristiwa terbabit bermula dgn pertukaran agama, ibu bapa, tempat tinggal, perkahwinan, kasih syg dsbnya..Jika kita meletakkan diri kita sebagai ibu bapa kandung Natrah, mestilah kita nak anak kita balik kan?..begitu juga jika kita letakkan diri kita di tempat Ibu angkat natrah che Aminah yg pastinya menanggung rindu pada Natrah begitu juga dgn suami natrah..mereka berjuang utk mendptkan natrah kmbali namun gagal..hanya disebabkan Natrah masih dibwh umur..sebagai org islam kita semua pasti x berstuju dgn pertukaran agama Natrah dr islam ke Kristian..dan Matinya Natrah juga sebagai seorang Kristian..ianya dianggap murtad..(emm aku x nk komen pasal pertukaran agama ni sume..isu sensitive ni..kita pkirla sendiri yeee..)
Dikatakan setelah Natrah dibawa pergi oleh kedua Ibu bapanya ke Belanda kalau x silap..mansor Adabi dan Natrah ada berbalas-balas surat antara satu sama lain..yg pada akhirnya Natrah menyuruh Mansor Adabi agar melupakannya..sebelum Mansor Adabi berkahwin lain..surat2 Mansor Adabi ni ada disimpan di Arkib/muzium Belanda..aku teringin nak tau isi kndungan surat2 tu sume n juga cite full version kisah Natrah ni..khabarnya sudah ada penulis yg membuat biografi mengenai kisah natrah ni..tp x tau la dh kuar ke belum buku tu..hehe anyway samaa2 la kita pikir dan renung..
Kat bawah ni aku ada cite serba sedikit sejarah ringkas mengenai kisah Natrah ni..jom tengok dan hayati ramai2 k..aku sertakan gambar2 natrah dan juga poster teater natrah =)
KISAH NATRAH
Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.
1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 -Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Natrah brsama ngan suaminya Mansor Adabi dan juga ibu angkatnya Che Aminah.
15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura .
24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura.
28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
RUSUHAN YG BERLAKU-
13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.
Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]
Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.