-->

13 Jun 2010

MaRi ciNtai iLMu SeJaRaH..

eNtry rini ala2 berilmu sikit hehe..bagi sesape yg x minat sejarah tu.cuba2 la baca gak ye..supaya tau gak la info2 sejarah ni..actually artikel ni pun aku amik kat tenet je pun hehe..so saja kongsi kat sini.

bagi aku..aku rase TuNku Abd Rahman buat keputusan yg betul dgn memisahkan atau melepaskan singapura dri menjadi sebahagian Msia..walaupun secara kasarnya Malaysia mungkin mengalami kerugian dri sudut ekonomi..namun dri sudut politik dan sosial ianya adalah keputusan yg tepat bagi pandangan aku laa..kerana jika Singapura masih berada dgn Msia pastinya berlakunya pertikaian, ketidakpuasan hati antara kaum dsbnya..sekaligus menyebabkan perpaduan sukar diwujudkan..

bygkan setelah singapura kuar dri Msia pun, kita masih menghadapi masalah nak mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969..bygkan kalau Singapura masih dgn Msia dgn majoriti penduduknya kaum Cina yg sentiasa cuba mncari jalan utk cmpurtgn sepenuhnya dlm politik Msia ketika itu..Pastinya saban tahun ada saja perbalahan kaum gamaknya..disamping sikap Lee Kuan Yew yg agak agresif yg suka mencari pasal dgn pemerintah msia..pastinya akan mewujudkan ketegangan kaum..sama ada lambat atau cepat..

apa pun yg berlaku pasti ada hikmahnya..syukur Alhamdulilah..negara kita sekarang dlm keadaan aman dan harmoni.

sama2 kekalkan dan pelihara keamanannya..aminn

Jom baca kisah dibwh

PeMisAhaN SiNgaPuRa daRIpAda MaLaYsiA

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA.

Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan. Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera. Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017