DatuK Lee ChoNg Wei akhirnya berjaya menebus kehampaannya ketika terbuka Malaysia yang lalu apabila berjaya menumpaskan musuh utamanya dalam dunia badminton di Pentas Akhir KejohanaN SupeR sEries 2010. Dengan Ini Chong Wei telah merapatkan jurang perbezaan kemenangan kedua-dua pemain dengan 7-14 yang masih berpihak kepaDa LiN DaN lagi. PermaiNan berlangsung hampir 1 jam 30 minit..lama giler tuh..liat juga si Lin Dan ni nak kaLah..hahaha..
---Set pertama Chong Wei terpaksa memerah keringat untuk menumpaskan Lin Dan dan diajak bermain sehingga ke mata tambahan. Mereka saLing berkejaraN mata sebelum ChoNg Wei meNang dengan 22-20. Set kedua bermula agak x best sikit sebab Chong Wei banyak memberi mata kepada lawan dan sehingga satu ketika beliau ketinggalan 9-13. LiN DaN menguasai keseluruhan set kedua ini dengan kemenangan 21-16. Pada set ke-3, Chong Wei bangkit dari kesilapannya apabila hanya memberi satu peluang sahaja kepada Lin Dan untuk mendahului dirinya pada kedudukan 7-6..dan selepas dari itu Chong Wei tidak pandang ke belakang lagi apabila mendahului Lin Dan sehingga tamat permainan dengan kemenangan 21-17 pada set ke-3 ini..tahniah dan syabas diucapkan..dh lama aku x dengar si LiN Dan tu kalah..akhirnya tumpas jugak..Cuma rekod pertemuan masih Lin dan pegang ler.
Walaubagaimanapun, Beregu Negara kita tewas untuk ke Final apabila gandingan Koo-Tan kalah kepada gandingan Fu-Cai dengan keputusan 18-21, 21-14, 21-12..
26 Sep 2010
RELATED POSTS

Olimpik Rio 2016 - Beregu Malaysia Ke Semi Final Badminton
Olimpik Rio 2016 - Beregu Lelaki Malaysia Layak Ke Semi Final Badminton ...

Lee Chong Wei Kena Gantung Sementara Sebab Positif Dexamethasone
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus bekerjasama ...
My Random Post
12.06.2018 - 3 Comments
21.11.2013 - 3 Comments
13.12.2016 - 21 Comments
11.02.2019 - 5 Comments
15.10.2011 - 2 Comments
29.01.2019 - 2 Comments
13.03.2013 - 12 Comments
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.