-->

22 Okt 2017

Amy Mastura & Shuib Gagal Ke Final Super Spontan Superstar 2017

Amy Mastura Dan Shuib Gagal Ke Final Super Spontan Superstar 2017

Assalammualaikum..
Nampaknya kumpulan King Musang tewas tipis pada kumpulan Tenggiling Taiko di persaingan Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2017. Maka dengan itu, Amy Mastura dan Shuib dari kumpulan King Musang terpaksa disingkirkan. Ini juga adalah kali pertama berlaku, apabila ketua kumpulan boleh disingkirkan. Selalunya ketua kumpulan memang akan dapat terus ke final, tapi berbeza pula kali ini apabila Shuib yang merupakan ketua kumpulan King Musang disingkirkan. Atau mungkin juga Shuib menawarkan diri untuk disingkirkan kerana terlibat dengan program lain ke seterusnya membuka peluang orang lain untuk ke final?. Entahlah tapi itu tekaan aku saja, selain itu aku juga sudah dapat mengagak yang Amy Mastura akan tersingkir sekiranya kumpulan King Musang tewas. Sayangnya kan sebab Amy Mastura memang menyerlah di Super Spontan ini dan sememangnya layak untuk ke Final Super Spontan Superstar 2017. Kamal Adli pula terselamat dari disingkirkan kerana telah dipilih oleh Dato Afdlin Shauki untuk mendapat imuniti, sekaligus berjaya untuk ke final, setelah gagal pada tahun lalu.
Selain itu, selalunya hanya 6 peserta yang akan layak ke pusingan akhir Super Spontan, tapi kali ini berbeza pula bila lapan peserta terpilih untuk ke final. Ini mungkin juga sebab Super Spontan Superstar hanya ada 8 minggu berbanding musim - musim lalu. Aku perasan juga yang kebanyakan pertandingan di Astro makin pendek tempoh siarannya iaitu hanya 8 minggu berbanding 9 atau 10 minggu sebelum ini. Tak lama lagi 6 minggu bertanding dah final hahahaha. Berbalik pada Super Spontan Superstar 2017 ini, ada game baru yang diorang mainkan di minggu semi final ini iaitu Sketsa Bertopi. Siti Elizad dan Ezad Lazim menjadi artis undangan untuk minggu ini, antara game yang diorang main di minggu semi final ini terdiri daripada Game Jamuan Cik Kiah, Maju Mundur, Cerita Atas Lantai, Sketsa Bertopi dan Lagu Untukmu. Dato Dr Fazley menjadi komentator undangan untuk minggu ini. Finalis Super Spontan Superstar 2017 terdiri daripada Achey, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Sharif Zero, Ozlynn, Kamal Adli, Syuk Joras dan Fad Bocey.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Jemput singgah n follow. https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    tq

    BalasPadam
  2. rezeki dorang hanya disini kan..

    BalasPadam
  3. Sayang rasanya bila mereka berdua disingkirkan. Amy Mastura best jugak!

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017