-->

18 Okt 2017

My Father Is Strange - Korean Drama Review

Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Review Drama Korea - My Father Is Strange

Assalammualaikum..
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea My Father Is Strange pula, drama ini mempunyai 52 episod dan mula disiarkan pada 4 Mac yang lalu dan tamat pada 27 Ogos 2017. Drama My Father Is Strange ini disiarkan bagi menggantikan drama The Gentleman Of Wolgyesu Tailor Shop yang telah tamat episodnya dan kemudian drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk My Golden Life. Drama My Father Is Strange ini menarik kerana dibarisi pelakon - pelakon terkenal dan popular dan hampir separuh daripada pelakon drama ini aku kenal hahaha. Pelakon Drama My Father Is Strange ini terdiri daripada Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang kisah kekeluargaan yang menarik dan suspen gitu. Ianya mengisahkan tentang keluarga bahagia Byun Han Soo yang mempunyai 4 orang anak, setiap dari mereka mempunyai kisah yang tersendiri, begitu juga dengan Byun Han Soo yang menyimpan satu rahsia besar dari anak - anaknya. Keluarga Byun Han Soo mula mengalami konflik dengan kehadiran Ahn Joong Hee yang merupakan seorang selebriti yang dikatakan adalah anak sulung Byun Han Soo dengan wanita lain.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Namun kisah sebenar dan kebenaran tentang Ahn Joong Hee jauh lebih serius dari yang disangka oleh anak - anak Byun Han Soo itu. Drama ini mula menarik apabila Ahn Joong Hee decide untuk tinggal sekali bersama Byun Han Soo dan terpaksa melalui kesukaran untuk bergaul dan berbaik dengan adik beradiknya yang lain yang melancarkan perang dingin terhadapnya. Memang kesian tengok Ahn Joong Hee ketika ini, namun semuanya start berubah bila Mi Young yang merupakan anak ketiga Byun Han Soo mula terbuka hati untuk berbaik dengan Ahn Joong Hee. Keadaan makin tak terkawal bila Ahn Joong Hee dan Mi Young saling jatuh cinta dan buatkan diorang hampir gila sebab menyangka mereka jatuh cinta pada adik beradik sendiri hehehe. Keadaan mula menjadi rumit bila Ahn Joong Hee mengetahui perkara sebenar tentang Byun Han Soo dan juga siapa ayahnya yang sebenar dan membuatkan Ahn Joong Hee menjadi marah manakala Byun Han Soo dan isterinya merasa bersalah. Bagi aku jalan cerita drama ini memang best, seronok menontonnya, manakala pelakon drama ini juga memberikan lakonan yang terbaik. Banyak scene - scene emosional dalam drama ini yang melibatkan watak Lee Joon, Lee Yu Ri, Jung So Min, Kim Hae Sook dan Kim Youg Chul.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Selain itu turut diselitkan kisah cinta dalam drama ini, tapi aku lebih suka kisah cinta antara Ahn Joong Hee dan Mi Young kerana kisah cinta diorang agak complicated sikit. Kisah cinta antara Hye Young dan Jung Hwan agak kurang menarik bagi aku, paling sweet dan kelakar mestilah kisah cinta Ra Young dan Park Cheol Soo itu. Antara scene menarik dalam drama ini yang aku suka adalah ketika Ahn Joong Hee dah berbaik - baik dengan semua adik beradiknya yang lain, sweet sangat tengok diorang bergurau senda semua, plus seluruh ahli keluarga turut menyokong kerjaya seni Ahn Joong Hee yang merupakan seorang pelakon. Mereka sentiasa memberikan sokongan yang positif buat Ahn Joong Hee. Kemudian scene ketika Ahn Joong Hee marah dan scene pengakuan Byun Han Soo dan Isterinya Na Young Sil tentang perkara sebenar pada Ahn Joong Hee itu juga sangat menyayat hati. Selain itu scene ketika di mahkamah yang mana Hye Young membela ayahnya di mahkamah itu juga best. Konflik antara Mi Young dan Kim Yoo Joo juga menarik kerana Mi Young selalu dibuli oleh Yoo Joo ketika di zaman sekolah dulu tapi bila Yoo Joo bakal menjadi kakak iparnya membuatkan semuanya mula menjadi rumit. Pendek katanya semua scene - scene sedih dan emosional dalam drama ini memang terbaik. Malah drama ini juga turut mendapat rating yang tinggi untuk setiap episod dan popular di Korea.
Drama Korea, Korean Drama, Sinopsis, Drama My Father Is Strange, Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Kisah Kekeluargaan, Pelakon, Pelakon Drama My Father Is Strange, Kim Young Chul, Kim Hae Sook, Lee Joon, Jung So Min, Lee Yu Ri, Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Min Jin Woong, Lee Mi Do, Ahn Hyo Seop, Song Ok Suk, Kang Seok Woo, Cerita Korea, Rahsia, Sweet, Kisah Cinta,
Selain itu aku juga kagum dengan lakonan Song Ok Suk dalam drama ini, yang mana dia membawakan watak ibu mertua pada Hye Young. Namun wataknya agak kelakar dan sedikit bimbo dalam drama ini berbanding wataknya yang tegas dalam drama Missing Nine sebelum ini. Ending drama My Father Is Strange ini memang happy endinglah kan, segala persoalan terjawab dan semua yang bergaduh pun telah berbaik. Apa pun aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Mrs. A pun suka tengok citer ni tapi tengok sampai pertengahan je ending tak tengok.
    Okay lah kalau happy ending hehehe

    BalasPadam
  2. lama xtengok family drama ni last tgk five enough tp drama ni nampak menarik :)

    BalasPadam
  3. pernah tengok beberapa ep je drama ni,tak berjaya layan smpai abis. nanti smbung tengok la bila2 free

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017