-->

9 Nov 2017

Review Drama Korea - Secret Forest

Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Secret Forest - Korean Drama Review

Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Secret Forest dan turut dikenali juga sebagai Stranger, Forest Of Secret dan lain - lain lagi. Drama ini release pada 10 Jun dan tamat pada 30 Julai 2017 dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Chicago Typewriter yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan dengan drama Live Up To Your Name. Pelakon Drama Secret Forest ini terdiri daripada Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong dan ramai lagi. Drama Secret Forest ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel TVN. Pelakon Cho Seung Woo dan Bae Doo Na jarang betul berlakon drama sebab diorang lagi banyak berlakon filem berbanding drama. Jadi bila diorang berlakon dalam drama ini, buat aku tertarik nak tengok drama ini, sebab aku rasa diorang mesti pilih skrip dan drama yang best untuk dilakonkan. Bila korang dah start tengok drama ini memang susah nak berhenti hahaha sebab jalan ceritanya makin lama makin menarik dan penuh dengan misteri.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Cho Seung Woo membawa watak sebagai Hwang Shi Mok yang merupakan seorang pendakwaraya yang bagus, berdedikasi, tidak pernah terlibat dalam rasuah, sentiasa buat hal sendiri, tidak suka bersosial, dingin serta sangat bijak. Sikap Hwang Shi Mok yang tidak suka bergaul dan bersosial dengan orang lain membuatkan dia tidak mempunyai kawan. Berbeza sekali dengan watak yang pernah dibawa dalam drama Cho Seung Woo sebelum ini iaitu dalam drama God's Gift - 14 Days (2014) yang lebih kelakar, cepat marah, dan baik hati. Drama ini bermula dengan satu kes pembunuhan yang akan membabitkan banyak pihak atasan, Hwang Shi Mok secara kebetulan berada di tempat kejadian yakin kes itu sangat rumit dan berazam untuk menyelesaikan kes itu secepat mungkin. Hwang Shi Mok akan dibantu oleh seorang polis wanita yang bernama Han Yeo Jin dalam menyelesaikan misteri kes tersebut serta kes - kes lain yang bersangkut - paut antara satu sama lain. Tiada kisah cinta langsung dalam drama ini ye, walaupun aku suka tengok hubungan persahabatan antara Hwang Shi Mok dengan Han Yeo Jin itu. Selain itu, benda paling susah nak tengok dalam drama ini adalah senyuman Hwang Shi Mok hahahha, sebab riak wajahnya sentiasa sama je, sama ada dia happy, suka, marah, stress, muka dia memang tiada reaksi. Bila dia terlampau stress, dia akan pengsan.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Aku rasa dalam drama ini, adalah dalam 2 kali macam tu yang Hwang Shi Mok tersenyum, satu masa dia tengah lepak dan bercakap - cakap dengan Han Yeo Jin. Satu lagi adalah di bahagian ending drama ini hehehe. Hwang Shi Mok masa kecil ada menjalani pembedahan otak, jadi disebabkan itu, dia tidak dapat menunjukkan emosinya dengan jelas dan sentisa suka bersendirian. Tapi aku nampak dia memang suka berborak dengan Han Yeo Jin ini. Korang juga akan tertanya - tanya siapa orang jahat sebenar dalam drama ini. Selain itu aku juga agak keliru dengan orang atasan Hwang Shi Mok yang bernama Lee Chang Joon ini. Mula - mula memang nampak dia jahat tapi lama - lama memang nampak dia agak misteri dan ada perancangan tertentu. Awalnya nampak dia macam tak suka dan seperti bermusuh dengan Hwang Shi Mok tapi dalam masa yang sama dia naikkan pangkat Hwang Shi Mok serta menginginkan H.Shi Mok menyiasat kes - kes rasuah yang membabitkan semua peguam. Bila korang terus menonton drama ini korang akan faham dan tahu siapa sebenarnya Lee Chang Joon ini dan kenapa dia bersikap sedemikian. Antara scene yang aku suka bila Hwang Shi Mok mempunyai teamnya sendiri untuk menolongnya menyiasat segala kes - kes rasuah dan kes pembunuhan. Semua ahli kumpulan Hwang Shi Mok ini memang best dan happy go lucky, seronok tengok diorang berkerja sebagai satu kumpulan dan mula rapat antara satu sama lain.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Awalnya aku syak kawan sekolah Hwang Shi Mok yang turut berada dalam kumpulan H.Shi Mok ini jahat tapi bukan rupanya, sebaliknya orang yang nampak baik itulah yang jahat hehehe. Selain itu aku agak annoying dengan perangai salah seorang pendakwaraya yang bernama Seo Dong Jae. Dia ini merupakan kaki bodek, suka mengampu orang atasan, talam dua muka, musuh dalam selimut dan sebagainya. Masa di penghujung cerita Seo Dong Jae menjadi saksi apabila ketuanya bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi dan ketuanya itu sempat menasihati Seo Dong Jae itu untuk berubah sebelum ketuanya tu mati. Jadi aku ingatkan Seo Dong Jae akan benar - benar berubah selepas itu. Sampai Hwang Shi Mok pun macam percaya dan beri peluang kedua untuk dia berubah. Tapi lama kelamaan perangai lamanya datang balik, tak serik betul. Selain itu aku agak familiar dengan pelakon Choi Jae Woong yang melakonkan watak Jang Gun yang merupakan orang bawahan Han Yeo Jin itu. Rupanya dia adalah pembunuh bersiri dalam drama The Village: Achiara's Secret. Nampak pelik pula bila dia berlakon jadi polis dalam drama ini, sebab sebelum ini dia dah jadi pembunuh bersiri hahahaha. Lagu tema / OST Secret Forest ini juga best terutamanya untuk scene - scene suspen. Antara watak yang agak annoying dan juga kesian diakhirnya adalah watak Young Eun Soo.
Secret Forest, Stranger, Forest Of Secret, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Sinopsis Drama Korea, Sinopsis Secret Forest, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, My Favorite, Review By Miss Banu, Ending Secret Forest, Misteri, Suspen, Thriller, Isu Rasuah, Pelakon Drama Korea Secret Forest, Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Yoo Jae Myung, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun, Choi Byung Mo, Park Jin Woo, Choi Jae Woong, Prosecutor, Lawyer, Law, Corruption,
Kesian pada Young Eun Soo ini bila Hwang Shi Mok langsung tidak mempedulikannya mahu pun memberi peluang padanya. Masa permulaan memang annoying dengan wataknya, yang mana dia obses nak balas dendam bagi pihak bapanya. Tapi jadi kesian pula bila H.Shi Mok tidak memilihnya untuk join team yang dibentuk oleh H.Shi Mok itu. Akhirnya Young Eun Soo ini dibunuh pula dan menyebabkan H.Shi Mok berasa sangat bersalah pada Y.Eun Soo ini. Ending drama Secret Forest berakhir dengan Hwang Shi Mok yang dipindahkan ke tempat lain dipanggil semula untuk berkhidmat di ibu pejabat sekaligus mempunyai kuasa untuk membentuk pasukannya semula untuk menyiasat satu kes lain. Apa pun memang syok menonton drama Secret Forest / Stranger ini, pelakon - pelakonnya juga memang terbaik, rugi kalau tak menonton drama ini, sebab kalau korang baca komen - komen penonton terhadap drama ini memang semuanya positif dan ramai yang memuji drama ini. Apa pun, secara keseluruhannya aku bagi 8.8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis mulan

    Salam khamis. Kejap je dah nak cuti

    BalasPadam
  2. Cik manggis layan citer korea kat channel 393 dan oh k je.

    BalasPadam
  3. Cmplicated gak drama ini.. Tapi macam menarik..

    BalasPadam
  4. yang tak boleh blah ye, shimok tu tak minum aram, kenapa ada scene dia minum arakk?!! hahaha baru seronok tgk, drama watak hero tk minum arak T.T

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017