-->

8 Jan 2019

Sinopsis Drama Petua Nenek (TV3)

Petua Nenek, Drama Petua Nenek, Slot Dahlia, TV3, Cast, Pelakon Drama Petua Nenek, Adibah Yunus, Liza Abdullah, Fazli Zainal, Zaidi Omar, Julia Farhana Marin, Annie Arifin, Raja Afiq, Nafiez Zaidi, Angoh Ganu, Keena Mentor, Ieda Moin, Syuhaida Abraz, Jasmine Ashraff, Din Lawak Solo, Rahim Kidol, Halimah, Drama 20 Episod, Watak, Poster Drama Petua Nenek, 2018,
Sinopsis Drama Petua Nenek Slot Dahlia TV3

Drama Petua Nenek ini telah pun disiarkan di slot Dahlia TV3 bermula 22 Disember 2018 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Petua Nenek ini adalah Adibah Yunus, Liza Abdullah, Fazli Zainal, Zaidi Omar, Julia Farhana Marin, Annie Arifin, Raja Afiq, Nafiez Zaidi, Angoh Ganu, Keena Mentor, Ieda Moin, Syuhaida Abraz, Jasmine Ashraff, Din Lawak Solo, Rahim Kidol, Halimah dan ramai lagi. Drama Petua Nenek ini disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang. Selain itu drama ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan sebab jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.

Sinopsis Drama Petua Nenek Lakonan Adibah Yunus & Liza Abdullah

Mengisahkan Qaseh Arina (Adiba Yunus) yang dibesarkan oleh neneknya, Nek Embun (Liza Abdullah). Nek Embun merupakan seorang bidan yang terkenal dengan pelbagai petua. Sejak kecil lagi Qaseh sudah mengikuti Nek Embun menyambut kelahiran bayi dan Qaseh ingin menjadi seperti neneknya itu. Setiap petua Nek Embun, Qaseh catitkan di dalam buku notanya. Petua-petua Nek Embun dibawa Qaseh sehinggalah dia melanjutkan pelajaran di universiti di Kuala Lumpur. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun sehinggakan dia dikatakan kolot oleh rakan-rakan universiti. 
Petua Nenek, Drama Petua Nenek, Slot Dahlia, TV3, Cast, Pelakon Drama Petua Nenek, Adibah Yunus, Liza Abdullah, Fazli Zainal, Zaidi Omar, Julia Farhana Marin, Annie Arifin, Raja Afiq, Nafiez Zaidi, Angoh Ganu, Keena Mentor, Ieda Moin, Syuhaida Abraz, Jasmine Ashraff, Din Lawak Solo, Rahim Kidol, Halimah, Drama 20 Episod, Watak, 2018, Drama Melayu 2018,
Orang bandar tidak percaya pada petua-petua Qaseh. Tetapi, petua Qaseh berhasil membantu menyelesaikan masalah Nash (Raja Afiq), jejaka kaya dan tampan tetapi mempunyai masalah bau badan. Sejak itu mereka berkawan baik. Pelbagai lagi aksi mencuti hati Qaseh dengan petua-petuanya sehinggakan rakan serumahnya dimasukkan ke hospital kerana alah pada ramuan yang digunakan Qaseh. Qaseh dimarahi dan dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Apakah yang akan terjadi pada Qaseh? Masihkah dia berpegang pada petua-petua Nek Embun?
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. Bila nk update episod akhir nie:-),xsbar rsa nyaaa

    BalasPadam
  2. Baju yang qaseh pakai cantik2..sape yang tau, dia beli kat mane ye?

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017