-->

25 Jan 2019

Review Drama Korea : Life On Mars

Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Korean Drama Life On Mars, Drama Korea 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, My Favorite Drama, Korean Drama Life On Mars Cast, Sweet, Pelakon Drama Korea Life On Mars, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho, Poster Drama Korea Life On Mars, Ending Korean Drama Life On Mars, Open Ending, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Life On Mars,
Life On Mars - Korean Drama Review

Korean Drama Life On Mars ini mempunyai 16 episod dan disiarkan di channel OCN serta mula bersiaran pada 9 June 2018 dan tamat episodnya pada 5 Ogoas 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Korea Life On Mars ini adalah Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho dan ramai lagi. Drama Korea Life On Mars ini disiarkan bagi menggantikan drama Mistress dan kemudian akan digantikan dengan drama Voice 2. Selain itu drama ini adalah remake pada siri televisyen UK yang juga bertajuk Life On Mars. Antara sebab utama aku menonton drama ini sebab ada Jung Kyung Ho, biasanya aku memang akan menonton drama – drama lakonan Jung Kyung Ho ini, sebab semua dramanya memang best – best belaka. Selain itu jalan ceritanya juga menarik dan suspen, tambah menarik bila diorang kena gambarkan keadaan dan suasana tahun 1988 dalam drama ini. Korean Drama Life On Mars ini mengisahkan tentang detektif Han Tae Joo (lakonan Jung Kyung Ho) yang dilanggar kereta ketika sedang mengejar pembunuh bersiri, ketika dia sedar kembali, Han Tae Joo kini berada dalam tahun 1988.
Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Korean Drama Life On Mars, Drama Korea 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, My Favorite Drama, Korean Drama Life On Mars Cast, Sweet, Pelakon Drama Korea Life On Mars, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho, Poster Drama Korea Life On Mars, Ending Korean Drama Life On Mars, Open Ending, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Life On Mars,
Han Tae Joo memang keliru dan hampir nak gila bila memikirkan macam mana dia boleh berada dalam tahun 1988 itu. Jadi sepanjang masa memang susah gila nak tengok Jung Kyung Ho senyum sebab wataknya sentiasa berada dalam keadaan stress dan keliru serta sentiasa cepat marah. Malah Han Tae Joo juga hampir nak terjun bangunan kerana tak tahan dengan keadaan sekelilingnya yang mengelirukan. Tapi nasib baiklah salah seorang dari anggota bawahannya iaitu Yoon Na Young (lakonan Ko Ah Sung) menghalangnya dari terjun serta menenangkan dirinya. Han Tae Joo mengandaikan dirinya kini berada dalam koma kerana sering terdengar suara – suara doktor yang memanggil namanya serta bercakap dengan dirinya. Namun Han Tae Joo tak dapat melakukan apa – apa selain dari cuba menyelesaikan segala kes jenayah yang ada di tahun 1988 itu dengan harapan dapat pulang semula ke tahun 2018. Han Tae Joo awalnya sukar nak menyesuaikan diri dengan rakan sekerjanya termasuk ketuanya Kang Dong Chul (lakonan Park Sung Woong). Oleh sebab itu mereka sering bergaduh sesama sendiri kerana sikap Han Tae Joo yang tidak dapat terima cara kerja polis di tahun 1988 itu yang kasar dan mengikut gerak hati tanpa bukti kukuh.
Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Korean Drama Life On Mars, Drama Korea 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, My Favorite Drama, Korean Drama Life On Mars Cast, Sweet, Pelakon Drama Korea Life On Mars, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho, Poster Drama Korea Life On Mars, Ending Korean Drama Life On Mars, Open Ending, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Life On Mars,
Walaupun jalan cerita drama Korea Life On Mars ini serius dan suspen tapi masih ada scene – scene kelakar yang boleh buat aku senyum gitu. Antaranya scene ketika Han Tae Joo dah mula rasa selesa dengan teamnya itu dan ingin mengucapkan terima kasih pada ketuanya itu iaitu Kang Dong Chul, tapi dia rasa awkward dan pelik untuk ucap terima kasih, sebab selama ini diorang sering bergaduh, jadi bila nak berbaik tu rasa macam awkward sangat pulak. Pastu Han Tae Joo hanya mampu mundar - mandir depan meja Kang Dong Chul sambil pandang – pandang pastu jalan terus saja. Even Kang Dong Chul pun nak tergelak tengok perangai Han Tae Joo tu. Ikutkan drama ini tak memfokuskan kisah cinta pun tapi rasa sweet sangat tengok Han Tae Joo dan Yoon Na Young tu, nampak ada chemistry gitu. Yoon Na Young memang ada hati pada Han Tae Joo tu dan sering menjadi pendengar yang setia dan membantu Han Tae Joo. Malah ada dua tiga kali Han Tae Joo tersenyum, dan dia senyum pun sebab Yoon Na Young tu, comel betul tengok diorang berdua ni. Scene paling epik bila Yoon Na Young cemburu dan mula berubah sikap menjadi dingin dan marah – marah pada Han Tae Joo tu. Lawak betul reaksi Han Tae Joo masa ni macam dah buat kesalahan besar gitu. 
Life On Mars, Drama Korea Life On Mars, Korean Drama Life On Mars, Drama Korea 2018, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Suspen, My Favorite Drama, Korean Drama Life On Mars Cast, Sweet, Pelakon Drama Korea Life On Mars, Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Ko Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jun Suk Ho, Kwak Jung Wook, Choi Jin Ho, Poster Drama Korea Life On Mars, Ending Korean Drama Life On Mars, Open Ending, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Life On Mars,
Pendek kata semua scene yang ada Han Tae Joo dan Yoon Na Young tu memang best habis. Selain itu bila tengok drama ini memang akan buat penonton berfikir tentang apa sebenarnya yang berlaku dan macam – macam teorilah yang keluar tentang apa yang sebenarnya yang berlaku pada Han Tae Joo. Adakah benar dia sedang koma dan bermimpi atau memang dia benar – benar time travel ke tahun 1988 itu, atau dia sudah mati dan berada di alam lain?. Memang kena berfikir sikit bila tengok drama ini dan buat kesimpulan sendiri. Kiranya ending drama Korea Life On Mars ni open ending gitu. Bagi aku pula, aku tak kisah apa sebenarnya yang berlaku, yang penting Han Tae Joo happy dimana dia berada gitu hehehe. Apa pun drama ini memang best, berbaloi menonton cerita ni dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

3 ulasan:

  1. saya pun suka! memang serius jugak la tengok tapi saya suka jenis serius/dark humour/thriller camni :D

    BalasPadam
  2. antara drama terbaik selepas DOTS, goblin, Legend of the blue sea.

    Jom balas balik blogwalk.

    Aril ade entri baru.

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017