-->

2 Mei 2020

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur

Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Adaptasi Novel, Drama Slot Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Cover Depan Novel Bukan Gadis Biasa, Senarai Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Sheila Rusly, Mas Khan, Ozlynn Waty, Lia Natalia,

Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod dan kini tengah hangat disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon Remy Ishak akan membawa watak sebagai Rayyan dalam drama Bukan Gadis Biasa ini. Manakala Ayda Jebat pula akan melakonkan watak sebagai Jo / Johana. Nazim Othman sebagai Amir, Mas Khan sebagai Amirul, Sheila Rusly sebagai Opah Aminah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Bukan Gadis Biasa ni, ianya menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca. Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya. 

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat. Selain itu novel Bukan Gadis Biasa ini juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah. Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.


2 ulasan:

  1. Oh adaptasi dari novel rupanya...
    tak perasan pula. layankan aja drama ni masa tunggu waktu berbuka sbb mak suka. haha

    BalasPadam
  2. novel bukan gadis biasa karya liza nur semoga bisa membeli dan membacanya, terlihat ceritanya menarik sekali.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017