-->

26 Ogo 2016

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis TV9

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis Slot Azalea TV9 / TV3

Assalammualaikum...
Drama Rintihan Nek Mis adalah drama terbaru di Slot Azalea TV9 menggantikan drama Bagaikan Kelip - Kelip yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 20 episod dan mula disiarkan pada 23 Ogos yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ni adalah seperti Normah Damanhuri, Hanna Aqeela, Faye Kusairi, Duerra Mitilda, Idzham Ismail, Sharifah Shahora, Ryzal Jaafar, Rahim Jailani, Faeiz Affandi dan ramai lagi. Drama Rintihan Nek Mis ini diarahkan oleh Amie Maziah dan merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Macam sedih jer jalan cerita drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Rintihan Nek Mis

Mengisahkan tentang hubungan dan kasih sayang seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya. Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda. Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. 
Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya. Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila. Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

1 ulasan:

  1. mesti best kan citer ni.. salam kenal dari mamajue.com.. Mama follower #2561

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017