Review Drama Korea - Another Miss Oh
Assalammualaikum..
Okey macam biasa nak buat Review Drama Korea Another Miss Oh / Another Oh Hae Young yang telah aku tonton baru-baru ini. Drama ini dilakonkan oleh Eric, Seo Hyun Jin, Jeon Hye Bin, Ye Ji Won, Kim Ji Suk, Lee Jae Yoon dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 18 episod dan habis disiarkan pada 28 Jun 2016 yang lalu. Ramai juga yang suka menonton drama ni sebab drama ni cute, lawak, sedih semua ada. Baru aku perasan yang heroin drama ni iaitu Seo Hyun Jin pernah berlakon drama Three Musketeers, patutla muka die macam familiar jer hehehe, bezanya dalam drama tu die jadi Queen zaman dulu2 manakala dalam drama Another Oh Hae Young / Another Miss Oh plak, wataknyer moden giler hehe. Suka tengok watak Seo Hyun Jin sebagai Oh Hae Young dalam drama ni sebab watak die sangat giler2, ceria, walaupun ada gak moment2 die sedih semua cuma kadang2 nampak die ni obses giler dengan cinta hehehe. Aku suka gak tengok Eric berlakon tapi watak die sebagai Park Do Kyung agak boring sikit sebab die sentiasa serius, komited dengan kerja, sentiasa memendam segala emosi. Aku lagi suka kalau Eric bawa watak yang giler2 hahaha, apapun gandingan hero dan heroin drama ni memang nampak sepadan dan serasi gitu.
Selain itu aku gak suka tengok watak Jin Sang dengan Soo Kyung sebab diorang ni giler2 pastu lawak habis hahaha, gandingan diorang berdua nampak pelik tapi kelakar, Watak diorang berdua ni memang jadi penyeri dalam drama ni, banyak scene2 lawak datang dari diorang, x leh blah bila diorang dua2 ni cakap bahasa Perancis tu hahaha. Ada ramai gak pelakon yang buat special appearance dalam drama ni macam pelakon Yeon Woo Jin (Marriage Not Dating), Seo Ye Ji, Lee Yu Ri dan Lee Pil Mo (Super Daddy Yeol) dan ramai lagi. Agak kesian jugak lah dengan Oh Hae Young sebab asyik dibandingkan dengan sorang lagi rakannya yang mempunyai nama yang sebijik sama dengannya, sampai kena ada nickname untuk diorang berdua untuk dibezakan, kalau tak semua akan konfius Oh Hae Young yang mana satu nyer. Ingatkan Pretty Oh Hae Young ni jenis yang berlagak dan sombong tapi die sebenarnya sangat baik, ceria dan peramah, malah sentiasa menjadi favourite semua orang, sebab tu Oh Hae Young sangat cemburu dengan Pretty Oh Hae Young sebab die nampak sempurna dalam segala segi. Namun di pertengahan cerita, barulah penonton dapat tahu yang pretty Oh Hae Young juga berasa cemburu dengan Oh Hae Young kerana ada keluarga yang sangat happening dan best.
Tambahan lagi lelaki paling dicintai oleh pretty Oh Hae Young kini mencintai Oh Hae Young dan membuatkan Pretty Oh Hae Young berasa sangat sedih walaupun hakikatnya dia yang meninggalkan Park Do Kyung di hari perkahwinan mereka. Bagi aku episod pertama dan kedua drama ni agak sedikit boring, jalan cerita bergerak agak perlahan dan membuat aku tertanya-tanya kenapa Oh Hae Young menarik diri dari berkahwin dengan kekasihnya Han Tae Jin. Kemudian baru tahu yang sebenarnya Oh Hae Young berbohong pada semua orang, sebab dia malu kalau orang lain tahu yang dirinya ditinggalkan atas alasan yang tak logik dan menyakitkan hati. Han Tae Jin tu pun satu, patutnya die jujur jer dengan Oh Hae Young tapi boleh plak buat alasan yang bukan2. Bila masuk episod ketiga barulah drama ni menjadi lebih best bila Park Do Kyung nampak ambil berat kat Oh Hae Young. Agak stress gak tengok watak Park Do Kyung yang sentiasa pendam apa yang die rasa n serius memanjang tapi aku suka tengok dengan gelagat adik dan pekerjanyer tu, diorang ni jenis setia dan sentiasa bersama-sama dalam susah dan senang dengan P.Do Kyung tu. Gelagat kakak Park Do Kyung iaitu So Kyung tu pun lawak gak, masa pergi pejabat bukan main bergaya lagi tapi balik dari pejabat dah tak nampak macam orang dah hahaha. So Kyung ni orang atasan Oh Hae Young, die ni sentiasa suka cari pasal dengan OHY tu sampai akhirnya die jadi baik dengan OHY.
Perwatakkan dan karakter Mak dan Bapa Oh Hae Young tu pun lawak gak, mak die jenis garang sikit dan bapa die jenis pendiam dan baik, manakala perangai Oh Hae Young tu lebih ikut mak die berbanding bapa die hehe. Jalan cerita drama ni unik dan menarik namun di pertengahan jalan cerita, drama ni dah jadi sedikit meleret terutamanya kisah cinta Oh Hae Young dengan Park Do Kyung. Diorang ni sekejap sweet pastu bergaduh dan berpisah lepas tu berbaik semula then gaduh2 lagi. Pusing2 tang situ jer. Pastu dengan Han Tae Jin yang nak balas dendam balik kat Park Do Kyung. Agak menyampah gak dengan perangai lelaki tua kaya yang mak Park Do Kyung nak kahwin tu, disebabkan dielah timbul salah faham antara Park Do Kyung dan Han Tae Jin tu. Orang tua tu dari awal lagi memang tak nak melabur dalam syarikat Han Tae Jin tu tapi lepas Park Do Kyung muncul dan mintak supaya jangan melabur dalam syarikat Han Tae Jin tu boleh plak die berpura-pura bersetuju tak nak melabur demi memenuhi permintaan Park Do Kyung. Maknanyer Park Do Kyung ni dah jadi mangsa keadaan. Bila Han Tae Jin tanya kenapa orang tua tu buat macam tu, bolehla die salahkan Park Do Kyung tu seratus peratus dan membuatkan Han Tae Jin menjadikan Park Do Kyung tu musuhnya.
Ditambah lagi dengan Bekas Girlfriendnyer yang dah jatuh cinta kat Park Do Kyung membuatkan Han Tae Jin makin sakit hati. Lagu tema / OST Drama ni rasenyer biase2 jer takdelah sampai aku gi download ker ape kan cuma lagu OST nyer agak comel n happy go lucky hahaha. Ending drama ni memang happy endinglah bila hero dan heroinnyer akan kahwin nanti, cuma sebelum tu, Park Do Kyung akan kemalangan. Ingatkan die berjaya mengelak daripada apa2 kemalangan sebab die dah berjaya mengubah dirinya namun ianya terjadi gak. Part bila semua orang tengah cemas menunggu berita mengenai P. Do Kyung di hospital tu berlaku satu perkara menarik, bila diorang semua boleh berpura-pura bergaduh mengenai isu kahwin antara Park Do Kyung dan Oh Hae Young, diorang bergaduh pasal hantaran lah dan macam2 lagi bagi menghilangkan rasa stress dan cemas tu. Lawak gak masa ni, kalau ikut situasi normal pastinya diorang akan rasa sedih, cemas, gelabah, takut apa2 jadi kat Park Do Kyung tu kan, tapi ni boleh plak diorang semua bergaduh pasal isu kahwin hahaha, part ni buat aku tergelak gak laa, sporting sungguh diorang ni semua bila just go with the flow dan masing2 ikut bergaduh dan cakap apa saja, janji bergaduh hehehe.
Apapun drama ni memang banyak sweet2 moment antara hero dan heroinnyer, sape2 yang suka tonton drama cinta dan ada sedikit lawak memang akan suka drama ni. Bagi aku drama ni kira okeylaa tapi takdelah berjaya buat aku suka giler dengan drama ni, setakat biase2 jer, apapun aku bagi 6.5 Bintang untuk drama korea Another Miss Oh ni.
nanti nak try cari la cite ni. :)
BalasPadam