Lucky Romance - Review Drama Korea
Assalammualaikum..
Tibalah masanya untuk aku buat Review satu lagi Drama Korea yang aku dah tonton baru2 ini iaitu Lucky Romance. Drama 16 episod ini mula disiarkan pada 25 Mei hingga 14 Julai 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Hwang Jung Eum, Ryu Joon Yeol, Lee Chung Ah, Lee Soo Hyuk, Jung Sang Hoon, Lee Cho Hee serta ramai lagi. Setelah suksess dengan drama2 popular seperti Kill Me Heal Me dan She Was Pretty, Hwang Jung Eum kembali dengan drama bergenre Romantik Komedi iaitu Lucky Romance dan bergandingan dengan Ryu Joon Yeol yang semakin popular, terutamanya selepas die berlakon dalam dramanya sebelum ini iaitu Reply 1988. Sape boleh lupa watak Ryu Joon Yeol sebagai Jung Hwan dalam drama Reply 1988 tu, so pada yang belum tengok drama tu, aku rekomenkan korang tengok nanti k. Tak sangka lepas Drama Reply 1988 tu, Ryu Joon Yeol terus dapat watak utama dan dapat bergandingan pula dengan Hwang Jung Eum. Selain itu, drama Lucky Romance ni diserikan juga dengan pelakon comel Lee Chung Ah dan pelakon kacak Lee Soo Hyuk. Last drama Lee Soo Hyuk yang aku tonton adalah drama Neighbourhood Hero manakala Drama Lee Chung Ah pula adalah drama Wonderful Mama.
Dalam drama ni makin pendek pula rambut Hwang Jung Eum tu hahaha, kadang2 rasa teringin pula nak tengok Hwang Jung Eum berambut panjang pula. Kalau die berambut pendek memang nampak cute tapi kalau rambut panjang, nampak ayu sikit kot hehe. Manakala watak Ryu Joon Yeol ni pula gemar berseluar pendek paras lutut dalam drama ni. Rasanya hampir setiap episod memang gayanya macam tu jer hehe. Drama ni mengisahkan tentang Shim Bo Nui yang sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan adiknya yang sedang terlantar koma di hospital. Bo Nui sangat mempercayai segala yang dikatakan oleh seorang tukang tilik nasib dan sering meminta bantuannya. Bo Nui akan memastikan dirinya melakukan segala ritual dan tidak melanggar sebarang pantang larang. Akibat keadaan adiknya yang semakin teruk, Bo Nui terpaksa melakukan satu perkara untuk adiknya sembuh iaitu dirinya terpaksa bermalam dengan seorang lelaki yang dilahirkan pada tahun harimau (1986). Maka bermulalah misi pencarian Bo Nui untuk mencari seorang lelaki yang dilahirkan pada tahun Harimau dan akhirnya die berjumpa dengan Soo Hoo yang merupakan majikan di tempat kerjanya. Soo Hoo enggan membantunya namun berasa kesian dan terganggu dengan tingkah laku Bo Nui yang sangat taksub dengan apa yang dikatakan oleh tukang tilik nasib berkenaan.
Dalam tak sedar Soo Hoo mula jatuh cinta pada Bo Nui. Namun semuanya menjadi semakin sukar apabila pemain tennis terkenal merangkap jiran lama Bo Nui iaitu Choi Gun Wook / Garry juga menaruh hati pada Bo Nui. Tak sangka juga Ryu Joon Yeol tu secara realitinya memang benar2 lahir tahun 1986 (tahun harimau), kiranya memang sangat sesuai dengan wataknya sebagai Je Soo Ho. Selain itu aku juga kagum dengan kasih sayang Bo Nui kat adiknya tu iaitu Bo Ra, sampai die sanggup lakukan apa saja asalkan adik die sembuh seperti sediakala, bertuah Bo Ra dapat kakak yang sangat sayangkan die. Kadang - kadang rimas gak tengok perangai Bo Nui yang terlampau taksub dengan ramalan tukang tilik nasib tu dan mempercayai dirinya bernasib malang dan turut membawa malang kepada insan yang die sayang, sebab tu lah die cuba mengelak dan tak nak terima cinta Soo Ho padanya tu tapi nasib last2 die terima gak. Apapun memang sweet gak drama ni bila tengok percintaan Soo Ho dan Bo Nui tu terutamanya bila diorang dah start dating semua. Percintaan kawan baik Soo Ho dan Bo Nui iaitu Ryang Ha dan Dal Nim tu pun lawak habis hahaha. Agak kesian juga dengan Seol Hee dan Gary Choi tu bila diorang tu sebenarnya bertepuk sebelah tangan sebab Soo Ho dan Bo Nui tidak mencintai mereka dan akhirnya diorang memfokuskan pada kerjaya dan karier masing2 jer.
Selain itu aku suka tengok sikap tidak mudah putus asa yang ada pada Soo Ho, walaupun game yang diorang cipta tu di sabotaj sebanyak dua kali, tapi Soo Ho tak putus asa dan cuba mencari jalan untuk membaikinya, malah cuba mencipta game yang baru selepas itu. Ryang Ha dan Dal Nim adalah sahabat baik kepada Soo Ho dan Bo Nui, aku suka tengok persahabatan diorang yang sangat akrab dan setia gitu. Contohnya Dal Nim pernah menaruh perasaan pada Soo Ho yang merupakan Boss nya di tempat kerja, Dal Nim ni kira syok sendiri laa sebab Soo Ho tak pernah tahu yang Dal Nim ni ada hati kat die. Namun bila Dal Nim dapat tahu yang Bo Nui dan Soo Ho dah start bercinta, Dal Nim terus cuba melupakan Soo Ho dan gembira bila melihat Bo Nui mula bahagia bersama Soo Ho. Paling best, sampai ke sudah Bo Nui langsung tak tahu tentang Dal Nim yang pernah jatuh hati pada Soo Ho tu. Begitu juga dengan Ryang Ha yang sentiasa bersama dengan So Hoo dalam susah dan senangnya. Dapat dilihat juga yang Soo Ho juga tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya. Ibunya cuba juga mengambil berat dan sering melawatnya namun Soo Ho berasa rimas dengan sikap ibunya itu. Manakala bapa Soo Ho pula nampak macam tidak begitu ambil berat pada So Hoo dan sentiasa marah-marah, malah sentiasa bercakap perkara yang menyakitkan hati Soo Ho dan membuatkan hubungan mereka menjadi semakin renggang.
Walaubagaimanapun semua tu hanya luaran jer, ego gitu, tapi dalam hati bapanya itu, die sebenarnya sayang pada Soo Ho tu, namun tidak tahu cara untuk menunjukkan kasih sayangnya tu. Atas desakan dan juga nasihat daripada Bo Nui membuatkan Soo Ho mula terbuka hatinya untuk mengalah dan cuba rapat dengan ibu bapanya semula. Lagu Tema / OST drama ni boleh tahan sedap gak laa, tapi takde sedap sampai buat aku gi download ker ape ker kan hehe. Tertunggu - tunggu gak bila agaknya Lee Soo Hyuk tu akan jadi hero atau watak utama dalam drama kan, selalunya die mesti dapat jadi hero kedua nyer (second male lead). Manakala pelakon comel Lee Chung Ah tu dah pernah jadi heroin drama pun dan drama yang die jadi heroin tu memang aku suka, sebab lawak habis iaitu drama Flower Boy Ramyun Shop. Tak silap aku masa last episode drama ni, ada tunjuk scene2 yang tak berapa jadi, lawak plak bila tonton scene2 tersebut sampai aku pun tergelak sekali hehe.
Ending drama ni mestilah happy ending walaupun sebelum tu diorang ada berpisah sekejap tapi nanti di episod akhir diorang bersama kembali. Apapun bagi aku drama ni menghiburkan juga, jalan cerita yang unik, menarik dan seronok ditonton. Bagi sesape yang sukakan drama yang bergenre romantik komedi, bolehlaa tonton drama ni nanti k. Aku bagi 7.7 Bintang dari 10 bintang untuk drama Lucky Romance ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.