-->

21 Ogo 2015

Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Mencintaimu adalah drama terbaru Slot Akasia yang akan mula disiarkan pada 19 Ogos ini menggantikan drama Syurga Nur. Drama Mencintaimu ini dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Zahirah Macwilson, Niezam Zaidi, Sasqia Dahuri dan ramai lagi. Ini kali pertama nampak Sharnaaz Ahmad jadi hero drama untuk Slot Akasia. Apapun drama ni pastinya akan mencetuskan fenomenanya yang tersendiri dan drama ni juga bukanlah adaptasi daripada mana-mana novel. Apapun jom layan Sinopsis drama Mencintaimu kat bawah ni k..

Sinopsis Mencintaimu

Mengisahkan tentang Anissa yang begitu teruja untuk menyambung pengajiannya di Universiti setelah 2 tahun dia bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pengajiannya. Semasa hari pertama sesi suai kenal di kolej, Anissa mula jatuh hati dengan Hisham Dato Hanafi. Hisham dan kawan baiknya, Helmi sering membuli Anissa. Hisham dicabar oleh kawan-kawannya untuk keluar bersama Anissa. Namun Anissa menolak pelawaan tersebut kerana tidak suka dengan sikap Hisham yang suka berfoya-foya, malas, ponteng kelas dan banyak lagi. Hisham bertindak untuk menyiasat latar belakang Anissa. Rupa-rupanya, Ibu Anissa merupakan pembantu rumah keluarga Hisham. Semenjak itu, Hisham sering merendah-rendahkan Annisa. Lama-kelamaan pergaduhan membawa kepada percintaan. Helmi membuat rancangan jahat untuk mengenakan Anissa. Rancangan tersebut membawa kepada Anissa dirogol oleh Hisham. Kehidupan Anissa selepas itu terus gelap dan dibuang Universiti. Selepas beberapa tahun, Anissa berubah penampilan. Dia bekerja di syarikat keluarga Hisham. Pelbagai rintangan di antara mereka akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak bernama Fayad. Dalam masa yang sama, Asyikin (tunang Hisham semenjak kecil) berterusan mengejar cinta Hisham dan sering menggugat perhubungan Anissa dan Hisham.
Read More »

16 Ogo 2015

Johan, Zizan (JOZAN) Kembali Berentap Dalam Super Spontan All Stars 2015

Assalammualaikum..
Bermula 28 Ogos ini, Super Spontan All Stars akan mula bersiaran dan menyaksikan peserta2 di musim terdahulu kembali beraksi, termasuklah juara musim pertama dan ketiga iaitu Zizan dan Johan. Sayangnya untuk Super Spontan All Stars ini, juara musim kedua iaitu Jep serta Shuib tidak menyertainya kerana sibuk dengan komitmen lain. Nabil juga tidak menyertai Super Spontan kali ini. Kalau diorang semua pun join gak SS All Stars kali ni konform meriah dan havoc habis. Johan dan Zizan selaku Juara musim pertama dan ketiga akan menjadi kapten untuk pasukan masing2. Manakala Ac Mizal bertindak sebagai pengacara SS All Stars, disamping itu Hanif dan Ray akan bertindak menjadi pengulas bersama dengan Afdlin Shauki, manakala Amir juga dikekalkan. Selebriti yang menjadi peserta untuk SS kali ini adalah Johan, Zizan, Yus, Tauke, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Along Cham, Rahim, Abam Bocey, Achey, Jihan Muse, Nana Mahazan, Yasmin Hani dan Uqasha Senrose.

Tema untuk Super Spontan All Stars adalah Street Fighter (Permainan Video). Berikut adalah pembahagian peserta dalam Team Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap.
Tak sabar nak tengok Super Spontan All Stars nanti.
Read More »

15 Ogo 2015

Mask - Sesi Review Drama Korea 2015


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Korean Drama yang baru aku tengok baru-baru ni iaitu Mask. Drama Mask ni mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Ju Ji Hoon, Soon Ae, Yeon Jung Hoon, Yoo In Young, Hoya Infinite dan ramai lagi. Drama ni bergenre melodrama, kekeluargaan dan dendam. Jalan cerita drama ni di awal2 episod agak menarik juga cuma jalan cerita drama ni dah jadi meleret-leret sedikit di pertengahan cerita. Patutnya 16 episod dah cukup, barulah jalan cerita lebih padat dan mantap, 20 episod agak terlalu panjang dan perkembangan watak2 utama terutamanya watak Byun Ji Sook dan Choi Min Woo juga agak sedikit lembab dan bosan. Rasanya watak pelakon pembantu lebih menyerlah daripada watak utama especially watak jahat iaitu watak Min Seok Hoon dan Choi Mi Yeon. Apapun aku suka tengok Yoo In Young dalam cite ni sebab die nampak cantik dan cute jer cuma wataknyer sebagai Choi Mi Yeon jer yang kerap bersedih dan tak happy dengan hidupnyer.
OST drama ni kire okeylaa gak cuma aku agak geram gak tengok watak heroin cite ni sebagai Byun Ji Sook yang sangat lemah tu, senang dibuli, senang diugut, cepat gelabah dan banyak buat silap. Kena tunggu sampai episod 10 barulah watak Byun Ji Sook ni berubah sikit dan jadi makin kuat dan sedikit berani. Selain itu keserasian hero dan heroin drama ni pun nampak kurang jer, just biase2 jer. Antara banyak2 watak dalam drama ni aku paling suka watak M.Seok Hoon dan C.Mi Yeon tu jer, walaupun watak diorang agak jahat tapi perkembangan watak diorang menarik dan penuh konflik, tu yang buatkan jalan cerita drama ni lebih best. Tambahan lagi ending untuk watak diorang yang paling sedih dan dramatik sekali, yang mana Mi Yeon akhirnya bunuh diri selepas M.Seok Hoon yang merupakan suaminya berterus terang mengenai perasaannya serta mengaku hanya mempergunakan Mi Yeon untuk misinya membalas dendam pada ayah Mi Yeon. Walaupun selepas tu Seok Hoon berasa sangat menyesal akan perbuatannya pada Mi Yeon namun semuanya sudah tidak berguna lagi.
Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, ending drama ni still happy ending, yang mana yang jahat dapat balasan dan hero n heroin drama ni akhirnya hidup bahagia. Di Korea drama ni dapat rating yang tinggi juga dan drama ni juga mempunyai tagline nyer yang tersendiri iaitu "If you wear a mask you can't be happy, if you didn't wear it you can't survive". Suka dengan tagline tu sebab ianya kena dengan jalan cerita drama Mask ni. Apapun aku suka tengok hubungan kekeluargaan yang rapat dalam family Byun Ji Sook tu berbanding family C.Min Woo tu yang penuh dengan rasa iri hati dan sebagainya. Ada 2 episod cite ni yang aku skip sebab malas nak tengok hehehe, aku skip episod 17 dan 18 kot dan terus tonton kemuncak cite ni dalam episod 19 dan 20. Keseluruhannya drama Mask ni masih menghiburkan juga walaupun ianya bukan drama favourite aku, apapun aku bagi 5.7 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Aku sertakan juga Sinopsis cite ni yang aku copy paste dari Wikipedia, rasa malas lak nak buat Sinopsis cite ni guna ayat sendiri hehehe..

Sinopsis Mask
Byun Ji-sook is working as a sales clerk at a department store when she suddenly comes across her doppelganger Seo Eun-ha. Whereas Ji-sook's family is hounded by loan sharks because of her father and brother's crippling debt, Eun-ha is the daughter of a congressman and fiancĂ©e of chaebol heir Choi Min-woo. Min-woo is the illegitimate son of the chairman of SJ Group and the company's presumptive heir, to the bitter resentment of the chairman's wife and her daughter, Min-woo's half-sister Mi-yeon. Despite his wealthy background, Min-woo had grown up without the love and warmth of family and friends, and his and Eun-ha's future marriage is understood by both parties to be a mutually beneficial business arrangement. He also doesn't know that the man Eun-ha is having an affair with is Mi-yeon's husband, the manipulative and ambitious Min Seok-hoon. Seok-hoon will stop at nothing to prevent his brother-in-law from being named successor, including conspiring with the latter's psychiatrist into gaslighting Min-woo and making him think he's going insane. But his plans go awry when Eun-ha ends up dead, so Seok-hoon threatens and blackmails Ji-sook into taking Eun-ha's place. As Min-woo begins to live in close quarters with Ji-sook, he is puzzled and intrigued by his new wife and how different she is from what he expected.

Read More »

13 Ogo 2015

Sinopsis Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Assalammualaikum..
Drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa adalah drama terbaru untuk saluran Astro Bella dan Mustika HD. Drama ini mempunyai 26 episod dan dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen, Mimi Lana dan ramai lagi. Drama ni unik sikit sebab ada pelakon Jepun yang berlakon sekali, disamping beberapa lokasi shooting drama ni juga turut dilakukan di Jepun. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).

Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.

Gambar Pelakon Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Lagu Tema (OST) Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa 
- Ku Tinggalkan Cinta nyanyian Marsha Milan 

Jom Baca Ini juga 👉👉 Biodata Terkini Mimi Lana
Read More »

12 Ogo 2015

Sinopis Drama Plan Cinta Tak Jadi Astro Ria

Assalammualaikum..
Drama terbaru di Astro Ria yang bertajuk Plan Cinta Tak Jadi telah pun mula menemui penonton bermula 10 Ogos yang lalu. Drama Plan Cinta Tak Jadi ni dilakonkan oleh Fathia Latiff, Fattah Amin, Arja Lee, Ramona Zam Zam dan ramai lagi. Ini kali kedua Fathia dan Fatah digandingkan selepas drama Bencinta. Drama ni akan bersiaran pada setiap Isnin jam 10 malam. Apapun Jom layannnn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopis Plan Cinta Tak Jadi 
Mengisahkan pengorbanan seorang gadis bernama Melina (Fathia Latiff) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zam Zam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz (Mark Adam). Cici telah lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Fariz namun hampa apabila Fariz mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta. Bagi Cici, bercinta dan berkahwin adalah perkara yang terbaik dan cita-citanya hanyalah untuk berkahwin dengan jejaka idamannya, namun dia telah dikecewakan oleh Fariz.
Melina memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee). Melina juga meminta bantuan Anaz (Fattah Amin) untuk menjayakan plannya. Adakah plan cinta Melina itu menjadi atau sebaliknya?



Read More »

7 Ogo 2015

6 Korean Movies Yang Baru Aku Tengok

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada layan Korean Movies/Filem sekejap hehehe. Sebelum ni aku jarang layan Korean Movies ni sebab kebanyakannya agak daring gitu berbanding drama. Tapi disebabkan ada beberapa drama Korea yang aku berhenti tengok sebab jalan cerita tak best so aku try plak tengok filem2 Korea ni. Ada 6 Filem yang aku dah tengok hari tu, jalan ceritanya ada yang best ada gak yang tak berapa best. So kat bawah ni aku senaraikan Korean Movies yang aku dah tengok.

1) The Silenced 
Pelakon: Park Bo Young, Uhm Ji Won, Park So Dam..
The Silenced merupakan sebuah movie seram/misteri yang release tahun 2015 ini. Jalan cerita movie ni takde laa seram mana tapi okeylaa kira boleh layann gitu. Berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1938 dan sebuah sekolah misteri yang mana para pelajarnya kerap hilang.

2) Hot Young Bloods
Pelakon: Lee Jong Suk, Park Bo Young, Lee Se Young..
Filem ni release tahun 2014 dan jalan cerita filem ni fresh dan lari dari kebiasaan filem2 atau drama2 yang berlatarbelakangkan zaman sekolah2 tu semua. Filem ni disetkan pada tahun 1982 yg menggambarkan suasana serta sekolah di luar bandar gitu. Banyak gak scene gaduh2 sebab ianya turut mengupas isu gangster di sekolah.

3) Tazza: The Hidden Card
Pelakon: Top (Big Bang), Shin Se Kyung, Lee Ha Nui..
Filem ni jugak release tahun 2014 dan tak sangka plak Top Big Bang ni boleh berlakon dengan baik sekali. Jalan cerita die best tapi sedikit daring dan endingnya sukar dijangka. Filem ini mengupas isu perjudian dan akibatnya serta kekejaman yang berlaku di dunia perjudian ini.

4) Twenty
Pelakon: Kim Woo Bin, Kang Ha Neul, Lee Joon Ho (2 PM), Jung So Min, Lee Yoo Bi..
Filem/movie ni release tahun 2015 dan dibintangi oleh pelakon2 popular korea yang mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang berumur 20 tahun. Bagi aku jalan ceritanya agak daring juga dan entah apa2, ianya lebih pada komedi tapi takdelah lawak mana pun cuma adalah beberapa scene yg lawak sikit, yang lain macam boring jer.

5) Killer Toon
Pelakon: Lee Si Young, Uhm Ki Joon, Hyun Woo..
Filem ni release tahun 2013 dan bergenrekan seram/misteri/thriller. Jalan ceritanya memang terbaik, antara filem seram korea yang best dan aku sarankan pada yang belum tengok untuk menontonnya. Ending cite ni memang sukar dijangka, penuh suspen dan pendek katanya memang best giler hehehe.

6) The Royal Tailor
Pelakon: Go Soo, Park Shin Hye, Yoo Yeon Suk, Han Suk Kyu, Lee Yoo Bi..
Filem ni release tahun 2014 dan dibintangi oleh pelakon popular dan berbakat. First time gak tengok Park Shin Hye berlakon filem yang bergenre Zaman dulu2 iaitu zaman Dinasti Joseon. Aku suka jalan cerita drama ni yang unik dan lain dari yang lain tapi ending filem ni sangat sedih okey huhuhu. Mengisahkan tentang tukang jahit diraja yang menghadapi persaingan dari seorang lelaki muda yang berbakat besar dalam dunia jahitan serta kisah raja dan permaisuri yang menghadapi masalah masing2. Akibat cemburu tukang jahit diraja tu sanggup memfitnah lelaki tersebut ada skandal dengan permaisuri dan membawa kepada ending yg sangat tragis. Apapun aku sarankan korang untuk try tengok cite ni,
Read More »

5 Ogo 2015

Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Assalammualaikum...
Sape tengok gameshow Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya nyer yang mana tetamu jemputannya adalah Zizan Razak dan Ozlyn Wati?. Aku ada gak tengok hari tu masa tayang kat tv tu, best gak hehehe first time dapat tengok Jozan kena karan sama2 hihihi. Start dari segmen 2 Ozlyn dah jadi hos dan Johan plak join team Ray manakala Zizan dalam team Hanif. Comel n lwk jer tengok dua2 kena karan masa last segmen tu hahaha. Bagi yang terlepas nak tengok BKB edisi Raya tu bolehla tengok video kat bawah ni k..

Video Betul Ke Bohong Musim 6 Edisi Raya - Jozan & Ozlyn

Betul Ke Bohong 2015 Episod Raya 


Read More »

2 Ogo 2015

My Love Eun Dong - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Okey hari ni aku nak buat satu Review Drama Korea yang bertajuk My Love Eun Dong yang dilakonkan oleh Joo Jin Mo, Kim Sa Rang, Kim Tae Hoon, Kim Yoo Ri dan ramai lagi. Drama ni mempunyai 16 episod dan bergenre Melodrama. Awalnya aku teragak-agak jugak sama ada nak tengok ke tak drama ni sebab aku tak berapa suka dengan hero drama ni. Tapi bila aku baca komen2 positif mengenai drama ni so aku try jugak laa tengok cite ni. Best jugak jalan cerita drama ni dan ending cite ni juga agak sukar nak dijangka tapi still hapy ending walaupun drama ni penuh dengan kisah sedih. 
Watak Eun Dong dan Hyun Soo ni akan dibahagikan kepada 3 peringkat umur dimana peringkat umur 13-17 akan dilakonkan oleh pelakon lain. Manakala untuk watak ketika remaja akan turut dilakonkan oleh pelakon lain sebelum diambil alih oleh pelakon utama drama ni untuk melakonkan watak Eun Dong dan Hyun Soo/Eun Hoo ketika dewasa. OST drama ni kira okeylaa gak, apa pun aku suka tengok konflik yang ada dalam drama ni, sebab konflik ni lah yang buatkan drama ni jadi makin menarik terutamanya masa Eun Dong tersepit di antara cinta pertamanya serta suaminya yang tidak dicintai. Selain tu ramai gak yang benci dengan watak suami Eun Dong ni iaitu Choi Jae Ho yang mengambil kesempatan atas Eun Dong yang hilang ingatan tu. Tapi dalam masa yang sama kesian jugak kat watak Choi Jae Ho ni yang cintakan Eun Dong dan terpaksa gunakan cara jahat untuk dapatkan Eun Dong. Ayah angkat Eun Dong pun jahat gak sebab pentingkan diri sendiri jer cuma ibu angkat die jer yang lebih okey sikit.
Selain tu aku perasan gak yang Kim Yoo Ri ni asyik dapat watak yang lebih kurang sama jer seperti drama Master's Sun dan Kill Me Heal Me. Aku juga suka tengok hubungan baik Choi Jae Ho dengan anak Eun Dong yang mana die tahu tu bukan anaknya tapi die still layan anak Eun Dong iaitu Ra Il macam anak kandungnya sendiri. Sampai Ra Il sendiri tak boleh berpisah langsung dengan ayah angkatnya itu. Babak paling sedih masa Choi Jae Ho cuba bunuh diri tu, sebab die tak boleh terima kenyataan yang Eun Dong dan anaknya akan berpisah dengannya. Hal ni jugak akan buatkan Eun Ho berasa bersalah. Paling kesian tentulah pada anak Eun Dong yang berasa sangat sedih bila ayahnya jadi begitu. Apapun drama ni tak bosan dan menghiburkan jugak, aku bagi 7.8 bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis My Love Eun Dong

Drama ni memaparkan kisah percintaan sejati antara Eun Dong dan Hyun Soo/ Ji Eun Ho bermula sejak mereka berumur 13 dan 17 tahun kemudian terpisah selama sepuluh tahun dan bertemu semula ketika masing2 sudah pun remaja dan dewasa. Ketika ini mereka benar2 bercinta sebelum Eun Dong tiba2 menghilangkan diri. Hyun Soo mencari-cari Eun Dong dan mereka terpisah lagi selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun tersebut Hyun Soo telah pun menjadi pelakon terkenal yang bernama Ji Eun Ho. Dia akhirnya mengupah seorang penulis yang tidak diketahui identitinya bernama Seo Jung Eun untuk menulis sebuah buku mengenai kisah percintaannya dengan Eun Dong. Hyun Soo/Eun Ho berharap agar Eun Dong membaca buku tersebut dan kembali padanya. Penulis tersebut iaitu Seo Jung Eun berasa kagum dengan kisah percintaan mereka namun mula berasa pelik bila dirinya mula mendapat ingatannya kembali.
Siapa sangka yang Seo Jung Eum sebenarnya adalah Eun Dong. 10 tahun yang lalu dirinya mengalami kemalangan lalu hilang ingatan. Keluarga angkatnya menipunya yang dirinya sebenarnya sangat mencintai C.Jae Ho dan berkahwin. Eun Dong menjaga suaminya yang lumpuh itu dengan baik sekali. Walaubagaimanapun Eun Dong merasa dirinya dipergunakan dan ditipu apabila ingatannya mula pulih. Eun Ho juga mendapat tahu yang penulis bukunya adalah Eun Dong dan dirinya mula mengajak Eun Dong keluar untuk berjumpa. Hyun Soo/Eun Ho berazam untuk mendapatkan Eun Dong semula. Namun suami Eun Dong enggan mengalah dan berusaha untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Eun Ho dan Eun Dong mula dikritik oleh masyarakat kerana dianggap curang dan tidak bermoral.
Keadaan diburukkan lagi dengan tindakan suami Eun Dong yang cuba bunuh diri. Eun Ho berasa bersalah lalu membawa diri ke luar negara selama setahun. Manakala Eun Dong pula berjinak-jinak menjadi penulis skrip drama. Apa yang bakal berlaku seterusnya?




Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017