7 Ogo 2015

6 Korean Movies Yang Baru Aku Tengok

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada layan Korean Movies/Filem sekejap hehehe. Sebelum ni aku jarang layan Korean Movies ni sebab kebanyakannya agak daring gitu berbanding drama. Tapi disebabkan ada beberapa drama Korea yang aku berhenti tengok sebab jalan cerita tak best so aku try plak tengok filem2 Korea ni. Ada 6 Filem yang aku dah tengok hari tu, jalan ceritanya ada yang best ada gak yang tak berapa best. So kat bawah ni aku senaraikan Korean Movies yang aku dah tengok.

1) The Silenced 
Pelakon: Park Bo Young, Uhm Ji Won, Park So Dam..
The Silenced merupakan sebuah movie seram/misteri yang release tahun 2015 ini. Jalan cerita movie ni takde laa seram mana tapi okeylaa kira boleh layann gitu. Berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1938 dan sebuah sekolah misteri yang mana para pelajarnya kerap hilang.

2) Hot Young Bloods
Pelakon: Lee Jong Suk, Park Bo Young, Lee Se Young..
Filem ni release tahun 2014 dan jalan cerita filem ni fresh dan lari dari kebiasaan filem2 atau drama2 yang berlatarbelakangkan zaman sekolah2 tu semua. Filem ni disetkan pada tahun 1982 yg menggambarkan suasana serta sekolah di luar bandar gitu. Banyak gak scene gaduh2 sebab ianya turut mengupas isu gangster di sekolah.

3) Tazza: The Hidden Card
Pelakon: Top (Big Bang), Shin Se Kyung, Lee Ha Nui..
Filem ni jugak release tahun 2014 dan tak sangka plak Top Big Bang ni boleh berlakon dengan baik sekali. Jalan cerita die best tapi sedikit daring dan endingnya sukar dijangka. Filem ini mengupas isu perjudian dan akibatnya serta kekejaman yang berlaku di dunia perjudian ini.

4) Twenty
Pelakon: Kim Woo Bin, Kang Ha Neul, Lee Joon Ho (2 PM), Jung So Min, Lee Yoo Bi..
Filem/movie ni release tahun 2015 dan dibintangi oleh pelakon2 popular korea yang mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang berumur 20 tahun. Bagi aku jalan ceritanya agak daring juga dan entah apa2, ianya lebih pada komedi tapi takdelah lawak mana pun cuma adalah beberapa scene yg lawak sikit, yang lain macam boring jer.

5) Killer Toon
Pelakon: Lee Si Young, Uhm Ki Joon, Hyun Woo..
Filem ni release tahun 2013 dan bergenrekan seram/misteri/thriller. Jalan ceritanya memang terbaik, antara filem seram korea yang best dan aku sarankan pada yang belum tengok untuk menontonnya. Ending cite ni memang sukar dijangka, penuh suspen dan pendek katanya memang best giler hehehe.

6) The Royal Tailor
Pelakon: Go Soo, Park Shin Hye, Yoo Yeon Suk, Han Suk Kyu, Lee Yoo Bi..
Filem ni release tahun 2014 dan dibintangi oleh pelakon popular dan berbakat. First time gak tengok Park Shin Hye berlakon filem yang bergenre Zaman dulu2 iaitu zaman Dinasti Joseon. Aku suka jalan cerita drama ni yang unik dan lain dari yang lain tapi ending filem ni sangat sedih okey huhuhu. Mengisahkan tentang tukang jahit diraja yang menghadapi persaingan dari seorang lelaki muda yang berbakat besar dalam dunia jahitan serta kisah raja dan permaisuri yang menghadapi masalah masing2. Akibat cemburu tukang jahit diraja tu sanggup memfitnah lelaki tersebut ada skandal dengan permaisuri dan membawa kepada ending yg sangat tragis. Apapun aku sarankan korang untuk try tengok cite ni,

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

macam menarik jer nih...

Cik Miela berkata...

Killer toon memang best giler, dah tengok.

NuSaNa NoSa 91 berkata...

ahahaahhaaa~ semua keen tak penah tengok..

boleh masuk dalam list masa bosan ni.. eheheheheee~ ^_^

ezyra daniel berkata...

semua movie tu saya tak pernah tgk lagi.. teringin gak nak tgk hot young blood dengan twenty, cerita tu macam famous gila kat korea kan..

muazzam amsyar berkata...

Miss banu..

Related Posts with Thumbnails