29 Ogo 2015

Sinopsis Drama Memori Cinta Suraya

Assalammualaikum..
Drama Memori Cinta Suraya telah pun disiarkan di Astro Bella & Astro Mustika HD sejak 17 Ogos yang lalu. Drama ini mempunyai 148 episod dan merupakan adaptasi dari telenovela Mexico yang bertajuk A Love To Remember. Drama Memori Cinta Suraya ini diarahkan oleh Feroz Kader dan dilakonkan oleh Anzalna Nasir, Hisyam Hamid, Afiq Muiz, Miera Liyana, Iqram Dinzly, Nazeera Sardi, Tunku Hanis, Liza Abdullah dan ramai lagi. Selain Malaysia, drama ini juga akan dipasarkan ke luar negara. Panjang betul episod cite ni dan ramai gak pelakon yang best2 dalam cite ni, apapun jom layan sinopsis drama ni kat bawah k.
Sinopsis Memori Cinta Suraya

Mengisahkan Suraya yang menjejaki semula cinta Rayyan yang sudah pulih ingatan. Rayyan merupakan seorang arkitek daripada sebuah keluarga yang kaya. Pesawat peribadinya terhempas di hutan namun dia bernasib baik dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Akibat kemalangan itu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Semenjak itu dia dijaga oleh Suraya. Mereka mula jatuh cinta dan berkahwin. Selain itu Suraya terpaksa berdepan dengan makciknya yang begitu membenci dirinya.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu ketika Rayyan menuju ke bandar. Rayyan mendapat semula ingatan lama beliau dan lupa tentang isterinya, Suraya. Sebaliknya, dia mengingati yang dia telah bertunang dengan Irina. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Suraya akan ditinggalkan terus oleh Rayyan? 

Para Pelakon Memori Cinta Suraya

Lagu Tema / OST Memori Cinta Suraya
- Milikmu Selamanya ~ Dato Siti Nurhaliza -> KLIK SiNi..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

15 ulasan:

ENA berkongsi rahsia kecantikkan norjuma? berkata...

banyak drama sekarang kan..tak terfollow.hihi

Siti Fairuz berkata...

apa tajuk lagu,dia

Lulu Mangkona berkata...

Best citer ni...

Tanpa Nama berkata...

cerita ni best ..👍

Tanpa Nama berkata...

terbaik lah .. best cerita ni .

Tanpa Nama berkata...

Skrg drama melayu dh jadi mcm sinetron indon....sampai beratus2 episod...

aniq abas berkata...

Best crita ni woo!

Amy Amyra berkata...

Cerita ni mmg sgt best...semua pelakon ada jln cerita dan menyerlah melalui watak masing2😊

Unknown berkata...

Cerita paling teruk sekali..kurang value yg baik..better cerita mcm ni dikurangkan or xde lansung..

Lankota berkata...

Banyak nilai2 negatif dan bercanggah dgn sifat kemanusiaan. Melemahkn intitusi peguam dgn moral yg rendah.tata pemakaian sesuai untuk telwnovela dari barat.Tengok gitu2 je tk fokllow sgt.

Tanpa Nama berkata...

Xpernah tertinggal satu pun episod memori cinta suraya , sampai kn kakak saya nk letak nma bkal ank dy rayyan

Zainol Bahari berkata...

Cerita yang sgt bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Cerita org kafir...tp pakaian jgn la ikut jd macam org kafir...mluat nk tngok cerita ni.

arifin sahheiran berkata...

xpe..tggu cita andai itu takdirnya adaptasi Dr novel karangan Siti rosmizah kt ria hd

sELembut LaveNdar berkata...

Aku tak faham kisah cite ni..ade yang nak explain tak

Related Posts with Thumbnails