28 Ogo 2015

Sinopsis Drama Waris Kasih Slot Azalea TV3

Assalammualaikum..
Drama Waris Kasih akan mula disiarkan di Slot Azalea Tv3 pada penghujung Ogos ini bagi menggantikan drama Janji Adam. Drama Waris Kasih ini dilakonkan oleh Farisha Irwayu, Johan As'ari, Nisha Dirr, Zamarul Hisham, Zain Hamid, Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 20 episod serta diarahkan oleh Zulhuzaimy dan merupakan terbitan Temenggong Pictures. Kalau tengok dari barisan pelakon drama ni semuanya best2 dan dah lama jugak tak tengok Farisha Irwayu ni berlakon kan. Kiranya drama ni menampilkan gandingan pelakon2 lama dengan pelakon2 baru gitu. Apapun jom sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Waris Kasih

20 tahun yang lalu, Long yang masih berusia 18 tahun tinggal bersama ibunya dan adik-beradiknya iaitu Zurina (15 tahun), Zuriati (12 tahun), Zairul (10 tahun) dan Zamani (5 tahun). Zurina seorang pelajar yang cemerlang manakala Zuriati seorang yang pendiam dan sering memendam perasaan. Zairul pula seorang yang nakal dan degil.
Selepas ayah mereka meninggal dunia, Long menolong ibunya Wan Puteh menoreh getah dan menjual nasi lemak untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Long dan Kamarul berkawan baik. Walaupun masing-masing menyimpan perasaan cinta tetapi tidak diluahkan.
Sahak sering mendesak Wan Puteh menjual tapak rumah itu bagi melangsaikan hutang arwah suaminya. Malahan, Sahak yang cemburu melihat anak saudaranya, Kamarul berkawan baik dengan Long telah meminta Wan Puteh mengahwinkan Long kepadanya. Long bernasib baik kerana Pak Chu, adik kepada arwah ayah tampil untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut.
Namun, hari-hari yang senang tidak lama apabila Wan Puteh meninggal dunia akibat patukan ular. Bermulalah kehidupan Long membesarkan adik-adiknya sendirian setelah berhenti sekolah. Long dan adik beradik kini menumpang kasih dengan Pak Chu dan Mak Chu.
Zuriati yang pendiam, menjadi semakin pendiam kerana terlalu rindukan Wan Puteh. Zairul pula semakin nakal, selalu bergaduh, mencuri dan suka memberontak. Long kecewa dan tertekan tetapi dia tidak putus asa. Kamarul berjanji kepada Long bahawa dia akan bekerja keras dan akan mengahwini Long.
Long terkejut apabila Sahak menghantar rombongan meminang ke rumah Pak Chu. Adik-adiknya mendesak Long menerima sahaja Sahak, kerana mereka rasa Sahak mampu membawa mereka keluar dari jalan kemiskinan, terutama Zairul. Zairul berkeras mahu Long berkahwin dengan Sahak kerana bosan hidup dalam kesusahan. Long buntu.
Akhirnya, Long rela melakukan pengorbanan demi masa depan adik-adiknya. Apakah akan terjadi dengan Long selepas 20 tahun? Adakah Long akan bahagia selepas adik-adiknya berjaya dalam hidup

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails