23 Ogo 2015

I Remember You - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada tengok Drama Korea yang bertajuk I Remember You / Hello Monster yang baru saja habis ditayangkan di Korea. Drama ini dilakonkan oleh Seo In Guk, Jang Na Ra, Choi Won Young, Park Bo Gum dan ramai lagi serta mempunyai 16 episod. Drama ni bergenre thriller, misteri, romantik dan kepolisan. Drama ni memang menarik, best dan antara drama favourite aku sekarang ni. Jalan ceritanya memang terbaik dan membuatkan kita tertunggu-tunggu apa yang akan terjadi seterusnya. Setiap episod penuh dengan elemen suspen dan ending drama ni juga sukar dijangka. Aku suka dengan watak Jang Na Ra sebagai Cha Ji An dalam drama ni sebab die lasak, bijak maklumlah pegawai polis lah katakan, ditambah dengan karakternyer yang sedikit kelam kabut dan gelabah bila berdepan dengan watak Seo In Guk sebagai Lee Hyun membuatkan sesetengah scene bertambah kelakar. Aku kurang gemar melihat Jang Na Ra mendapat karakter watak yang sangat lemah dan senang dibuli seperti dalam drama Fated To Love You. Seo In Guk cemerlang membawa watak Lee Hyun yang merupakan seorang genius dan membantu polis dalam menyelesaikan kes2 jenayah yang sukar.
Gandingan dan keserasian hero dan heroin drama ni kira okeylaa, cute jer tapi still x leh lawan keserasian hubungan adik beradik antara Lee Hyun dengan adik lelakinya iaitu Min yang terpisah selama 20 tahun tu. Bila dua beradik ni berjumpa balik memang sangat touching, siap ada adegan menangis-nangis lagi. Lepas dari reunion adik beradik tu, hubungan Lee Hyun dengan adiknya Min makin sweet laa pulak. Suka tengok Min jual mahal dengan abangnya tu, tapi bila abangnya terus-terusan ambil berat padanya, die jadi seronok pula, asyik senyum memanjang jer dua beradik ni bila masing2 happy dengan reunion diorang tu. Park Bo Gum yang melakonkan watak sebagai Min ni, memang sesuai sangat watak ni dengan die sebab nampak qiut jer muka die bila die tersenyum tapi sebenarnya watak die seorang psiko dan pembunuh. Lakonan P.Bo Gum ni makin menyerlah, sebelum ni aku ada tengok die berlakon dalam drama Wonderful Mama dan wataknya dlm drama tu sebagai anak bongsu yang manja dan asyik habiskan duit mak die jer hihihi. Tak sangka die dapat melakonkan watak sebagai Min dengan baik sekali sampai penonton susah nak benci watak die sebab die sangat sweet jer dengan abangnya tu.
OST/Lagu tema drama ni pun best n sedap didengar, aku suka lakonan D.O EXO yg melakonkan watak Lee Joon Young semasa muda, nampak cute tapi psiko hehehe. Pelakon yang melakonkan watak L.Joon Young masa dewasa okey gak tapi tak berapa nampak psiko sangat sebab die nampak baik dan friendly jer. Apapun aku suka tengok bila L.J.Young, Lee Hyun dan Min bergabung dalam menyelesaikan bbrp kes jenayah seperti kes penculikan C.Ji An tu. Gandingan diorang bertiga memang nampak sesuai, sebab masing2 otak genius tapi sayangnya 2 daripada diorang adalah psiko dan pembunuh. Antara scene menarik dalam drama ni yang aku suka masa diorang makan ramai2 tu, sekali dengan Team Leader (ketua kepada Cha Ji An) pun join makan gak, pastu slumber jer die tanya soalan secara terbuka mengenai Lee Joon Young, terkejut sekejap semua orang kat situ hehe. Team Leader tu tak tahu yang L.J.Young tu ada depan die jer hahaha. Aku juga suka scene masa Cha Ji An ajak Lee Hyun jadi partner die tu, comel jer selain scene L.Hyun bertanyakan pada C.Ji An mengenai identiti dan motif sebenarnya, jawapan C.J.An lepas tu sangat kelakar plak, boleh plak die ckp yang die stalker dan tak minat kt L.Hyun dah sebab die skrg minat kump kpop EXO hihihi.
Apapun kesian gak dekat watak jahat L.Joon Young tu, bila dapat tahu kisah silam hidupnya yang agak tragis yang mendorong dirinya jadi psiko. Watak Min pun sama, bila die salah faham pada abangnya yang die anggap telah mengabaikannya. Ending drama ni agak sedikit kurang jelas sebab ianya open ending, so ianya terpulang pada penonton untuk membuat ending sendiri mengikut citarasa masing2. Awalnya aku jangka ending cite I Remember You ni akan jadi tragis dan sedih giler especially jika watak Min tu mati. Namun nasib baik watak Min tu tak mati cuma kita akan berteka-teki apa yang terjadi dengan Min seterusnya. Adakah die akan serah diri pada polis ataupun menghilangkan diri tapi still contact abangnya, ataupun hidup dengan caranya sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa. Namun jika die serah diri pada polis, die bakal berdepan dengan hukuman berat, maybe penjara seumur hidup atau lebih dari itu. Apapun die nampak gembira dan tersenyum dengan keputusannya tu. Agak sedih juga kalau Min tu terpaksa berpisah dengan abangnya tu, tapi nasiblah open ending so kita boleh buat ending sendiri hehe. Manakala L.J.Young terus menghilangkan diri namun menggalakkan serta memberi cabaran pada  L.Hyun agar tidak berputus asa untuk menjejaki dan menangkapnya.
Manakala bagi watak L.Hyun pula mestilah happy ending bila die dan Cha Ji An benar2 bercinta lepas tu hihi. Selain tu aku suka gak tengok hubungan baik kawan2 polis Cha Ji An ni, diorang sangat baik dan kelakar, terutamanya Team Leader yang agak kelam kabut tu serta hubungan Lee Hyun dengan salah sorang ahli kumpulan Cha Ji An yang kerap bergaduh, lawak jer tengok diorang ni, Apapun aku bagi 8.5 bintang untuk drama ni dari 10 bintang. Sape yang belum tengok cite ni, aku sarankan untuk korang tengok drama ni sebab memang berbaloi gitu. 
Sinopsis I Remember You / Hello Monster 

Genius profiler Lee Hyun returns home to Korea after something from a case he’s been sent triggers a memory he thought he’d lost forever. Unbeknownst to him, one of his team members, Detective Cha Ji-an, has been investigating him for some time. She is aware that his father was murdered and his brother disappeared under mysterious circumstances involving a criminal named Lee Joon Young -- whom they both want found and incarcerated. Each seeks to unravel the other, unaware that they’ve been drawn into a dangerous game of cat and mouse by a master player and that both truth and evil are closer and far more twisted than they think.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Azwar Syuhada berkata...

Azwar dah abis tengok da. Endingnya xberapa best laa.. ;)

Related Posts with Thumbnails