16 Ogo 2015

Johan, Zizan (JOZAN) Kembali Berentap Dalam Super Spontan All Stars 2015

Assalammualaikum..
Bermula 28 Ogos ini, Super Spontan All Stars akan mula bersiaran dan menyaksikan peserta2 di musim terdahulu kembali beraksi, termasuklah juara musim pertama dan ketiga iaitu Zizan dan Johan. Sayangnya untuk Super Spontan All Stars ini, juara musim kedua iaitu Jep serta Shuib tidak menyertainya kerana sibuk dengan komitmen lain. Nabil juga tidak menyertai Super Spontan kali ini. Kalau diorang semua pun join gak SS All Stars kali ni konform meriah dan havoc habis. Johan dan Zizan selaku Juara musim pertama dan ketiga akan menjadi kapten untuk pasukan masing2. Manakala Ac Mizal bertindak sebagai pengacara SS All Stars, disamping itu Hanif dan Ray akan bertindak menjadi pengulas bersama dengan Afdlin Shauki, manakala Amir juga dikekalkan. Selebriti yang menjadi peserta untuk SS kali ini adalah Johan, Zizan, Yus, Tauke, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, Along Cham, Rahim, Abam Bocey, Achey, Jihan Muse, Nana Mahazan, Yasmin Hani dan Uqasha Senrose.

Tema untuk Super Spontan All Stars adalah Street Fighter (Permainan Video). Berikut adalah pembahagian peserta dalam Team Silat Dongibab dan Kungfu Kipidap.
Tak sabar nak tengok Super Spontan All Stars nanti.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Yuliana Wahit berkata...

mesti best kan.. d lama x tgk diowg sesama.

Related Posts with Thumbnails