-->

7 Jan 2017

Baca Online Novel Sayang Papa Saya Tak?

Baca Online Novel Sayang Papa Saya Tak?
Baca Online Novel Sayang Papa Saya Tak? (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Sayang Papa Saya Tak? Karya Novelis Hanni Ramsul akan diadaptasikan menjadi Drama Bersiri dan disiarkan di Astro bagi menggantikan Drama Isteri Tuan Ihsan. Hisyam Hamid akan melakonkan watak Farish manakala Emma Maembong pula akan memegang watak sebagai Raisya. Drama Sayang Papa Saya Tak? akan disiarkan mulai 9 Januari 2017 ini. Jadi sambil - sambil tengok Drama kat tv tu, boleh la baca online Novel ini, cuma klik jer link kat bawah ni k..
Baca Online Novel Sayang Papa Saya Tak Bab 1 - Bab 25
Read More »

4 Jan 2017

Group Travel Plans In Reality

Read More »

Sinopsis Drama Filipina Obsession Telenovela TV3

Sinopsis Drama Filipina Obsession (Telenovela TV3)

Assalammualaikum..
Drama Filipina Obsession adalah Drama terbaru di slot telenovela Tv3 menggantikan Drama Akin Pa Rin Ang Bukas yang telah tamat episodnya. Drama Filipina Obsession ini akan mula disiarkan pada 10 Januari 2017 di tv3 jam 3 - 4 petang, walaubagaimanapun drama ini telah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2014 yang lalu. Drama Obsession ini dilakonkan oleh Bianca King, Neri Naig, Martin Escudero, Marvin Agustin, Elizabeth Oropesa dan ramai lagi. Nampak macam best jer Drama Filpina ni dan pelakon2 utama drama ni dah memang familiar bagi aku sebab pernah tengok drama2 diorang berlakon sebelum ni. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k...
Sinopsis Telenovela Tv3 Obsession (Drama Filipina)

Bernadette (played by Neri Naig), a chemist in a successful beauty company that develops different vanity products.

Growing up in a world where she is always second-best, Bernadette became highly insecure and unhappy about herself. Her relationships were short-lived because of her tendency to be possessive.This changed when she met James (Martin Escudero), a playboy who made Bernadette fall for him. Bernadette became obsessively in-love with James, which caused their eventual breakup. Ramon (Marvin Agustin), a famous cosmetic surgeon and a self-made billionaire, finds Bernadette in distress.
He offers Bernadette a chance for a new life by taking part in his company's experimental procedure, which involves changing her face and identity.Various psychological and emotional therapies were done to prepare Bernadette for the actual surgery. Bernadette becomes Vanessa, who is determined to seek revenge by making James fall in love with her again. But as Vanessa gets absorbed in her manipulative schemes, Ramon also becomes obsessively in-love with his creation and is willing to move heaven and earth just to satisfy his obsession.Will Bernadette be successful in her plans to make James fall in love with her again? Or is it Ramon who will capture the heart of his muse, Vanessa? In a twisted story of love and deceit, who will win in a game where people are not what they seem?
Read More »

3 Jan 2017

The K2 - Korean Drama Review

Review Drama Korea - The K2

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ni nak buat Review satu lagi Drama Korea yang bertajuk The K2 yang disiarkan pada 23 September yang lalu dan tamat pada 12 November 2016. Drama ini dilakonkan oleh Ji Chang Wook, Yoona (Girl's Generation), Song Yoon Ah, Cho Seong Ha, Lee Jung Jin, Kim Kap Soo, Lee Yea Eun dan ramai lagi. Drama 16 episod ini dikatakan berbajet besar, jadi patutlah adegan bergaduh pun nampak macam real gitu, kualiti gambar pun bukan main cantik lagi disamping dibarisi pelakon - pelakon hebat. The K2 adalah drama terbaru Ji Chang Wook selepas sukses dengan drama Healer sebelum ini. Pengarah drama The K2 ini pernah mengarah drama2 popular yang lain seperti The Slave Hunters, The Fugitive: Plan B, Neighborhood's Hero dan lain lain manakala penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip untuk Drama popular Yong Pal. Drama ini dikatakan berbajet besar gitu tapi kadang2 aku konfius sape sebenarnya heroin drama ni? sama ada Yoona atau pun Song Yoon Ah sebab karakter watak sebagai Choi Yoo Jin yang dilakonkan oleh Song Yoon Ah lebih menyerlah dan mempunyai impak yang kuat berbanding watak Go Anna yang dilakonkan Yoona tu. Tak silap aku, awalnya Yoona menolak tawaran untuk berlakon drama ni tapi lepas tu die terima. Ji Chang Wook nampaknya memang selesa berlakon dalam drama aksi seperti ini.
Drama The K2 ni disiarkan untuk menggantikan Drama The Good Wife dan akan digantikan dengan Drama yang tengah hot sekarang ini iaitu Goblin. Di episod pertama drama The K2 ni memang agak geram juga dengan watak Choi Yoo Jin sebab ingatkan die ni kejam giler, tapi die takdela sejahat yang disangka. Bila tengok episod2 seterusnya, rasa kesian pula dengan Choi Yoo Jin ni sebab die dikelilingi dengan musuh dan membuatkan dirinya terpaksa jadi kuat dan tak boleh menampakkan dirinyer lemah. Pastu dengan suaminya Jang Se Joon yang tidak sayang kat die, anak tirinya Go Anna yang sangat bencikan die. Walaubagaimanapun nampak Choi Yoo Jin sangat mengambil berat pada Kim Je Ha yang pernah menyelamatkan die dulu. Ramai penonton jadi salah sangka dengan sikap Choi Yoo Jin pada Kim Je Ha sebab penonton ingatkan Choi Yoo Jin ni mungkin ada hati pada Kim Je Ha tu tapi diorang takde hubungan apa2 pun. Lagi pun Kim Je Ha dah sukakan Go Anna ketika ini, walaubagaimanapun ada juga penonton yang sukakan kalau Kim Je Ha dan Choi Yoo Jin tu couple hahahaha. Apapun lakonan Song Yoon Ah tu sebagai Choi Yoo Jin tu memang terbaik giler, sesuai dan berkesan lakonan die tu.
Bagi aku memang stress juga tengok watak Go Anna ni, die ni nampak lemah pastu naif n senang pula ditipu oleh pakcik die yang jahat tu iaitu Choi Sung Won, semua orang kena protect die jer hahaha. Kan bagus kalau Go Anna ni jadi lebih bijak sikit macam Choi Yoo Jin  tu dan tak ikut emosi semata -mata. Apapun memang geram betul dekat pakcik Go Anna tu iaitu Choi Sung Won tu terutamanya masa ending drama ni. Walaupun happy ending tapi happy ending tu untuk watak Kim Je Ha dan Go Anna jer dan sad ending untuk watak Choi Yoo Jin dan Jang Se Joon sebab dua2 akan mati, tapi sekurang - kurangnya Choi Yoo Jin dapat gak la rasa yang Jang Se Joon tu sayang kat die juga. Agak tak puas hati jugak lah bila watak2 jahat dalam drama ni tak dapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan diorang tu. Lagu Tema / OST The K2 ni boleh tahan gak la tapi aku dah tak berapa ingat mana satu lagu yang best hahaha sebab dah lama tonton drama ni dan baru sekarang nak buat review hehe. Apapun jalan cerita Drama The K2 ni memang penuh suspen dan ada banyak adegan lawan2, maklumlah drama aksi gitu kan.
Sikap Kim Je Ha ni agar kasar juga dengan kawan2 sekerja die, tapi bila dengan orang tua jer nampakla Kim Je Ha ni hormat pada orang tua. Aku suka gak tengok gelagat rakan sekerja Kim Je Ha yang awalnya memang semua tak suka dengan sikap dan personaliti Kim Je Ha ni tapi lama kelamaan diorang saling ambil berat dan bantu - membantu antara satu sama lain. Bukan main happy diorang bila dapat tahu yang Kim Je Ha masih hidup masa kat ending drama ni. Apapun boleh tahan best gak cite ni n aku bagi 8.8 Bintang dari 10 bintang untuk Drama The K2 ni.
Read More »

2 Jan 2017

Sinopsis Filem Desolasi

Sinopsis Filem Desolasi Lakonan Syamsul Yusof & Bella Dally

Assalammualaikum..
Filem Desolasi telah ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalalludin Hassan, Aida Khalidah serta ramai lagi. Filem Desolasi ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd. Kalau tengok dari trailer dan sinopsis filem ini memang nampak menarik gitu. Apapupun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Desolasi

Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.
Lagu Tema / OST Desolasi
➔ Bukan Propaganda Nyanyian Mawi & Syamsul Yusof
Read More »

1 Jan 2017

Ostania Mangosteen Amrita Minuman Berkhasiat Untuk Anda

Amrita Manggis / Jus Manggis, Ostania Manggis Amrita, Minuman Kesihatan, Kebaikan Ostania Mangosteen Amrita,
Ostania Mangosteen Amrita Minuman Berkhasiat Untuk Anda Sekeluarga

Assalammualaikum..
Aku yakin korang semua mesti pernah makan buah Manggis kan, tak kurang juga yang suka giler makan buah manggis kan. Sekarang ni lebih mudah dengan adanya Jus Manggis yang dinamakan Ostania Mangosteen Amrita keluaran Furlet Bioextract, dengan ada jus manggis ni korang just minum jer pada bila - bila masa, tak payah susah2 nak potong kopek, buah manggis semua dah hehe. Ostania Manggis Amrita ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. 
Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai "ratu buah", minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima. Manggis (Garcinia mangostana L.) mempunyai kandungan kelas semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit buah manggis. 
Apa itu Xanthones?

Xanthones adalah sejenis antioksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada vitamin C dan vitamin E. Ramai dikalangan doktor menggelar Xanthones sebagai " Super Antioxidants". Xanthones mempunyai aktiviti biologi yang tinggi dan lebih mengejutkan ialah ia masih belum digunakan dalam perubatan moden. Menurut kajian saintifik yang dilakukan di Jepun, Xanthones mampu melawan kanser dan mampu mempengaruhi pertumbuhan awal tumor. 
Kebaikan Ostania Mangosteen Amrita
  1. Satu cawan kecil Ostania mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga
  2. Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan
  3. Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
  4. Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun badan.
  5. Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.
  6. Nilai ORAC antioksidan 14186.98
  7. Tiada tambahan gula dan pewarna tambahan dan banyak lagi
  8. Anti-penuaan
  9. Anti Kanser
  10. Anti inflamasi
Bagaimana cara minum?
Senang je, boleh terus diminum atau kalau nak lagi sedap boleh di tambah dengan ais batu. Lagi enak di minum ketika sejuk. Rasanya masam-masam manis buah manggis. Wanita mengandung tidak digalakkan untuk minum, lebih baik dapat nasihat doktor terlebih dahulu yer.

Cara penyimpanan 
Sekiranya penutup botol telah dibuka, pastikan simpan di peti sejuk.
Sekarang ni korang dah tahu kan yang Ostania Mangosteen Amrita ni memang sangat berkhasiat. Lepas aku makan Jus Manggis ni memang hilang letih dan bertenaga gitu. 
➤➤ Khas untuk semua pembaca Blog Miss Banu Story ni, Korang akan mendapat diskaun sebanyak RM10 dengan syarat korang kena membuat pembelian di laman web Furley Bioextract dan masukkan coupon code yang aku berikan dibawah ini. Coupon Code ini khas untuk pembaca blog aku je tau, so cepat - cepat pergi beli dan dapatkan diskaun okey.
➥Coupon Code : FBIO-7RT
➧Untuk Pembelian Ostania Mangosteen Amrita ini, boleh ke sini ➔ Furley Bioextract..
Untuk Maklumat Lanjut, korang boleh ke Media Sosial Furley Bioextract:-
                                                     

Selain Ostania Mangosteen Amrita ini, Furley Bioextract turut mengeluarkan produk lain seperti Spray 8, Feminine Mist yang telah aku review di entry sebelum ini, klik link kat bawah ni untuk membaca review tersebut k..

Read More »

Happy New Year 2017

Read More »

Top 15 Drama Korea 2016 Pilihan Aku

Top 15 Drama Korea 2016 Pilihan Miss BaNu
Top 15 Drama Korea 2016 Pilihan Aku

Assalammualaikum..
Di penghujung 2016 ni, aku nak senaraikan Drama - Drama Korea yang menjadi kesukaan dan pilihan aku. Ikutkan aku nak senaraikan dalam Top 10 jer tapi rasa macam sikit sangat so aku buat jadi Top 15 hehehe. Dalam tahun 2016 ni ada banyak Korean Drama yang release yang aku dah tonton, ada yang best giler, ada yang boleh tahan dan ada juga yang biasa - biasa je. Pening juga nak buat pemilihan tu hehe, jadi senarai kat bawah ni adalah drama - drama Korea yang aku rasa sangat best dan excited bila menontonnyer. Lets Check It Out :-

Top 15 Drama Korea 2016 Pilihan Miss BaNu

 15.➽ Age Of Youth ➔ Baca Review Drama Ini..
Drama ini menarik apabila menceritakan tentang 5 orang Housemate yang macam2 perangai dan masing2 mempunyai rahsia yang tersendiri.
14.➽Mirror Of The Witch ➔ Klik Untuk Baca Review Drama Ini..
Jalan cerita yang unik dan penuh misteri buatkan drama ini seronok untuk ditonton
13.➽The K2 ➔Baca Review Drama Ini..
Drama The K2 ini penuh aksi dan suspen, gandingan Ji Chang Wook dan Yoona membuatkan drama ini lebih menarik.
12.➽ Pied Piper ➔ Baca Review Drama Ini..
Walaupun drama ini tidak begitu popular, tapi jalan ceritanya memang mantap, best dan penuh suspen, rugi tak layann cite ni..
11.➽ Reply 1988 ➔ Baca Review Drama Ini..
Walaupun berlatarbelakangkan tahun 1988, drama ini masih seronok untuk ditonton.
10.➽ Descendents Of The Sun ➔ Baca Review Drama Ini..
Jalan cerita yang best serta gandingan Song Jong Ki & Song Hye Kyo dah cukup untuk buat Drama ni blockbuster gitu.
9.➽ Jealousy Incarnate
Drama Romantik Komedi yang best, jalan cerita yang unik dan berjaya buat aku makin suka dengan lakonan Jo Jong Suk.
8.➽ Goblin
Drama yang memang tengah hot sekarang ni, Gong Yoo & Lee Dong Wook dalam drama yang sama memang harus tonton hehe
7.➽ 38 Task Force / Police Unit 38 ➔ Baca Review Drama Ini..
Antara drama yang mendapat rating tertinggi di channel ocn, jalan cerita yang unik dan merupakan drama lakonan Seo In Guk yang best giler hehe.
6.➽ Signal ➔ Baca Review Drama Ini..
Antara drama yang memang Woww, jalan ceritanyer memang terbaik, hope ada season ke- 2 nanti.
5.➽ Cheese In the Trap ➔ Baca Review Drama Ini..
Walaupun ending drama ni agak kurang memuaskan tapi secara keseluruhannya drama ni memang best untuk ditonton, sweet gitu.
4.➽ Legend Of The Blue Sea
Antara drama yang sweet, menarik, kelakar dan seronok untuk ditonton. Ditambah dengan gandingan Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun, memang drama harus tonton ;)
Menggabungkan dunia komik dan juga dunia realiti membuatkan drama W ni unik dan lain dari yang lain. Ditambah lagi dengan gandingan Lee Jong Suk dan Han Hyo Joo membuatkan drama ini jadi lebih menarik.
2.➽ Jackpot ➔ Baca Review Drama Ini..
Antara Historical Drama yang paling menarik selepas Moon Lovers tu, jalan cerita penuh suspen dan lakonan yang memang wow membuatkan aku tak sabar menonton setiap episod.
1.➽ Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo ➔ Baca Review Drama Ini..
Walaupun Ending drama ini agak tragis tapi drama ini, antara Historical Drama yang paling best setakat ini, menghimpunkan ramai pelakon popular, jalan cerita yang memang suspen dan best giler. drama ini menjadi kesukaan ramai penonton di negara luar dari Korea. Setakat inilah yang dapat aku senaraikan so drama mana yang menjadi pilihan korang pula??.

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017