-->

7 Okt 2016

Age Of Youth - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Age Of Youth

Assalammualaikum..

Hari ni nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Age Of Youth plak. Drama ini mempunyai 12 episod jer dan disiarkan di Korea pada 22 Julai hingga 27 Ogos 2016 yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ni terdiri daripada Han Ye Ri, Han Seung Yeon, Park Eun Bin, Hwa Young, Park Hye Soo, Yoon Park, Ji Il Joo, Shin Hyun Soo, Son Seung Won dan ramai lagi. Drama Age Of Youth ni disiarkan menggantikan drama Mirror Of The Witch yang telah tamat episodnyer dan kemudian digantikan dengan drama Fantastic. Awalnya aku tak pasti gak, sama ada nak tengok ke tak drama ni, tapi tak sangka yang drama ni memang best walaupun pelakonnya semuanya masih baru dan muda2 semuanya. Pelakon Hwa Young tu memang ada iras2 macam Park Shin Hye gitu, apapun jalan cerita drama ni memang unik dan menarik. Setiap watak ada masalah dan rahsia mereka yang tersendiri. memang rasa enjoy dan berbaloi tengok drama ni, alangkah bagus kalau drama ni lebih panjang menjadi 16 atau 20 episod berbanding hanya 12 episod. Rasa macam agak tergantung sedikit masa ending die, mungkin ada musim ke- 2 kot nanti hahaha. Lagipun kalau tengok preview di hujung episod 11 ada beberapa scene yang tak disiarkan dalam episod akhir tu. Konfius gak apsal diorang tak tunjuk or mungkin ada sambungannya nanti?.

Drama Age Of Youth ni mengisahkan tentang 5 orang yang menjadi housemate dalam sebuah rumah. Dalam kelima - lima mereka Yoo Eun Jae lah yang paling baru dan junior sekali. Di peringkat awal Yoo Eun Jae mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan housematenyer yang lain. Tambahan lagi personaliti mereka berlima sangat berbeza antara satu sama lain menyebabkan Y.Eun Jae berasa sedikit tertekan dengan perangai housematenya yang lain. Walaubagaimanapun Eun Jae akhirnya sedar yang dirinya silap kerana kesemua housematenyer sangat sporting dan baik cuma masing- masing ada masalah mereka yang tersendiri. Lama kelamaan diorang berlima menjadi kawan baik walaupun usia mereka sedikit berbeza tapi mereka sentiasa tolong - menolong antara satu sama lain. Aku tertarik dengan karakter dan personaliti kelima-lima mereka yang berbeza tu contohnya Eun Jae lebih pendiam, innocent, pasif  dan pemalu manakala Yoon Jin Myung adalah yg paling senior di rumah itu namun dirinya lebih busy dengan kerja part time yang banyak, untuk mencari duit bagi menampung kos pengajiannya dan juga kos sara hidupnya. Kang Yi Na juga antara senior di rumah tersebut namun hidupnya lebih mewah berbanding yang lain kerana hidupnya ditaja oleh lelaki2 kaya yang menginginkannya, tambahan lagi dirinya sememangnya popular disebabkan kecantikannya dan juga seksi. 
Song Ji Won pula mempunyai personaliti yang ceria, gila2, suka bercakap dan juga senang menipu. Dielah yang menipu housematenyer kononnya die nampak hantu dalam rak kasut kat rumah mereka tu. Paling kelakar bila semua housematenyer yang lain mempercayai penipuannya bulat - bulat dan mula mengaitkan hantu tersebut dengan rahsia silam masing2. Manakala Jung Ye Eun pula lebih feminin, dan dunianya hanya untuk Boyfriendnyer yang tak guna tu. Susah betul Jung Ye Eun tu nak putus dengan BF nyer tu, walaupun die tahu BF nyer tu mmg x berguna langsung tapi die still sayangkan BF nyer tu, die macam tak boleh hidup tanpa lelaki gitu. Apapun ada satu perkara yang buat aku nak tahu tentang ex-housemate diorang dulu sebelum Eun Jae yang merupakan seorang Ballerina. Bila Eun Jae tanya pasal benda ni, semua housematenyer buat muka semacam, macam ada something gitu, tapi sampai ke episod akhir pun, diorang tak cerita langsung pasal ex-housemate diorang tu, misteri betul plak rasenyer hehehe. Selain personaliti diorang yang berbeza, masing2 ada rahsia tersendiri gitu misalnya Eun Jae risau bila pihak Insurans ingin menyiasat semula tentang punca kematian bapanyer. Eun Jae merasakan dirinya adalah punca bapanya mati dan berasa takut jika dirinya didapati bersalah dan masuk penjara. Kalau korang nak tahu rahsia2 yang lain kenalah tengok drama ni nanti k..
Selain persahabatan, drama ini juga turut memfokuskan tentang kisah percintaan mereka. Antara percintaan yang agak sweet adalah percintaan Y. Jin Myung dengan Park Jae Wan berbanding yang lain. Walaubagaimanapun nampak kawan lelaki pada Kang Yi Na dan Song Ji Won tu macam ada hati dengan diorang, nampak macam diorang ambil berat gitu cuma tulah tergantung sikit hubungan diorang ni tau2 dah habis dah. Paling best di hujung setiap episod ada macam sesi interview dengan watak2 dalam drama ni dan memang unik betul la sesi interview ni hehehe. OST drama ni boleh tahanlah sesuai dengan jalan cerita drama ni, apapun memang best layan drama ni, episod pun tak terlalu banyak, cuma 12 episod jer pun. Bagi yang bosan2 tu bolehla try layan drama Age Of Youth ni. Aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk drama ni. 

2 ulasan:

  1. kak mulan tak nak review age of youth 2 ke? saya tunggu kak mulan review drama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah akan review nanti..Age Of Youth 2 mmg dah ada dalam list untuk direview nanti..tungguuu k..

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017