15 Okt 2016

Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Assalammualaikum..
Filem Aliff Dalam 7 Dimensi sudah ditayangkan di pawagam bermula 8 September yang lalu dan sememangnya filem ini mendapat sambutan daripada penonton. Filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini dilakonkan oleh Izzue Islam, Juliana Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan dan ramai lagi. Filem bergenre seram, aksi dan mistik ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd. Memang best tonton filem ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Farah Amira berkata...

Sipnosis ni untuk komik dia . Sipnosis movie dia lain.

Related Posts with Thumbnails