10 Okt 2016

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Assalammualaikum..
Filem Radhi Rudy Bin Dadu arahan Arjin Uppal ini, sudah pun ditayangkan di Pawagam pada 8 September 2016 yang lalu. Filem ini dilakonkan oleh Soffi Jikan, Taiyuddin Bakar, Usop Wilcha, Puteri Sarah Liyana, Ezzaty Abdullah, Khatijah Tan, Roslan Abdullah, Ramesh, Allahyarham Datuk Aziz Satar dan ramai lagi. Filem Radhi Rudy Bin Dadu ini bergenre Aksi serta Komedi dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang pernah menerbitkan filem2 lain seperti Rasuk, Kerat 14, Darah Panas dll. Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Radhi Rudy Bin Dadu

Mengisahkan tentang duda, Tuan Kassim dan dua orang anak lelakinya yang sering membawa masalah iaitu Radhi dan Rudy. Tuan Kassim sangat mengambil berat dan risau dengan kerenah anak-anaknya yang menunjukkan mereka tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam kehidupan akan datang. Konflik bermula apabila anaknya masing- masing telah berjumpa dengan pasangan mereka sendiri Tasha dan Rita. Namun Zakiah, ibu kepada dua wanita Tasha dan Rita yang ingin dikahwinkan adalah buah hati Tuan Kassim dan setelah berjumpa kembali Tuan Kassim ingin berkahwin dengan Zakiah. Sejak Radhi dan Rudy mengetahui perkara itu mereka cuba menghalang Tuan Kassim dari berkahwin dengan Zakiah sehingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka iatu ugutan dari seorang gangsterUgutan itu berpunca kerana Radhi dan Rudy telah menipu anak ketua gangster itu dengan jumlah duit yang banyak. Radhi dan Rudy terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikannya setelah keluarga mereka diculik oleh gangster itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya??..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails