-->

4 Okt 2016

Sinopsis Filem Juvana 3 Perhitungan Terakhir

Sinopsis Juvana 3 : Perhitungan Terakhir

Assalammualaikum..
Filem Juvana 3 Perhitungan Terakhir telah pun ditayangkan di pawagam bermula 29 September 2016 yang lalu. Filem ini menjadi siri terakhir untuk Juvana dan dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyub, Nad Zainal, Hafreez Adam, Eyka Farhana serta ramai lagi. Pasni mesti rindu ngan cite Juvana ni, yela dari drama bersiri lagi aku dok layannn kan pastu ke filem pula. Apapun masa Juvana 2, ramai yang cakap jalan cerita macam tergantung kan so semua persoalan akan terjawab di filem Juvana 3 ini. Aku terfikir gak, kan best kalau watak dalam drama bersiri dulu macam Izreen Azminda sebagai Cikgu Zakiah, Beto Kusyairi semua buat penampilan khas dalam Juvana 3 ni, barulaa lagi best kan. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Juvana 3 Perhitungan Terakhir

Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diriSebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki. Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek. Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017