-->

21 Okt 2016

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning Lakonan Pekin Ibrahim & Atikah Suhaime

Assalammualaikum..
Filem Volkswagen Kuning telah pun ditayangkan di Pawagam bermula 22 September 2016 yang lalu. Filem seram ni diarahkan oleh Shadan Hashim dan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim, Atikah Suhaime, Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman, Fatin Afeefa serta ramai lagi. Filem Volkswagen Kuning ini diterbitkan oleh MIG dan merupakan filem ke 115 terbitan MIG. Wahh banyak giler filem2 keluaran MIG ni. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

Mengisahkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan tunangnya Sarah (Atikah Suhaime) dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Sebelum sampai ke kampung, Fuad bercadang untuk berhenti makan di sebuah kedai ikan patin yang dikatakan sedap. Mereka menggunakan Waze untuk sampai ke sana tetapi tersesat disebabkan capaian internet tiada. Mereka sampai juga ke kedai tersebut tetapi sudah malam dan tempat yang dikatakan tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Mereka berdua mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Mungkin disebabkan lapar dan ada perasaan yang dipendam oleh Sarah, mereka berdua bergaduh dalam perjalanan. 
Ketika sedang bergaduh itu mereka diganggu oleh Volkswagen Kuning dan menyebabkan mereka terlibat dengan kemalangan. Fuad kemudiannya ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya. Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017