22 Jan 2017
Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-31
Sinopsis Telemovie Di Pintu Syurga TV3
Sinopsis Telemovie Di Pintu Syurga Cerekarama TV3
Assalammualaikum..
Telemovie Di Pintu Syurga akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 21 Januari ini, ianya disiarkan sempena AJL31. Ramai pelakon best yang berlakon dalam Telemovie / Telefilem Di Pintu Syurga ini antaranya adalah Janna Nick, Redza Rosli, Aleza Shadan, Arash Mohd, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak macam menarik telemovie ni kan, apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Telemovie Di Pintu Syurga TV3
Jannah disuruh untuk bernikah dengan Faris oleh ibu bapanya. Namun, Jannah mula jatuh cinta terhadap Faris setelah terlibat dalam kemalangan. Namun, kebahagiaan yang dimiliki mereka tidak kekal lama kerana Jannah diuji dengan penyakit Barah Otak yang membuatkan Jannah hilang penglihatan. Walaubagaimanapun Faris tetap setia dan sabar menjaga Jannah. Ketika Jannah mulai sembuh dari penyakitnya, sekali lagi Jannah diuji dengan kehilangan Faris. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

21 Jan 2017
Do You Like Messi?
Do You Like Messi?
Assalammualaikum..
Sape layannn Drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pasti tahu makna tersirat ayat kat atas ni kan hahahaha.

20 Jan 2017
19 Jan 2017
Sinopsis The Shannara Chronicles TV3
Sinopsis The Shannara Chronicles TV3 (English Drama Series)
Assalammualaikum..
Lepas Cite Merlin tamat, aku dah jarang tengok drama bersiri english ni semua hehe, tapi bila cite The Shannara Chronicles ni disiarkan di TV3 ni, aku tengok gak laa sebab jalan cerita die unik gak. Drama The Shannara Chronicles ini bergenre Fantasi dan merupakan adaptasi Novel bersiri Shannara karya Terry Brooks. Drama ini sudah disiarkan di Amerika pada Januari 2016 dan pada 10 Januari yang lalu ianya baru disiarkan di TV3. Antara pelakon yang membintangi Drama The Shannara Chronicles ini terdiri daripada Austin Butler, Poppy Drayton, Ivana Baquero, Manu Bennett, Aaron Jakubenko, James Remar, Daniel MacPherson dan ramai lagi. Ikutkan drama ini mempunyai 10 episod jer, tapi bila disiarkan kat TV3 maybe drama ini jadi lebih dari 10 episod sebab setiap episod dipendekkan untuk dimasukkan iklan dan sebagainya. Tak silap aku drama ni ada season kedua gitu. Apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis The Shannara Chronicles
The Four Lands are protected from the hordes of demons through the magic of the mystical tree known as the Ellcrys behind the Forbidding, the barrier keeping the demons locked away. But when the magic begins to fail and the demons threaten to overtake the Four Lands, it is up to Wil Ohmsford, grandson of legendary Shea Ohmsford, with the help of the druid Allanon to repel the impending hordes from the prison sealed shut by the Ellcrys. To do this, he must open himself to a magic closed inside him and use the Elfstones to protect the Ellcrys' Chosen on a perilous journey. Together, they must race against the demons' march toward the Elven capitol Arborlon to a place called Safehold to figure out the riddle of restoring the magic held by the dying Ellcrys, but an unknown terror tracks them relentlessly...
Kalau korang nak baca Sinopsis The Shannara Chronicles setiap episod, korang boleh Klik ➔ Sini..
.
Pelakon The Shannara Chronicles
Austin Butler as Wil Ohmsford
Poppy Drayton as Amberle Elessedil, the Elven Princess
Ivana Baquero as Eretria
Manu Bennett as Allanon

17 Jan 2017
Sinopsis Drama Papa Ricky
Sinopsis Drama Papa Ricky (Astro Prima & Maya HD)
Assalammualaikum..
Drama Papa Ricky akan mula bersiaran pada 16 Januari ini menggantikan Drama Lara Aishah yang telah tamat episodnya. Antara pelakon yang membintangi Drama Papa Ricky ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Siti Elizad, Adik Nur Qistina Raisah, Hafizul Kamal, Farah Nabilah, Nazmi Nordin, Shakila Khoriri, Tunku Hanis, Riz Amin dan ramai lagi. Drama 80 episod ini merupakan adaptasi dari Telenovela Chile dan diarahkan oleh Harris Fadzillah serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Macam menarik jugak drama ni kan, apapun jom layannn sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Papa Ricky
Papa Ricky mengisahkan tentang seorang duda yang bernama Riqmal / Ricky yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Drama ini berkisar tentang bagaimana seorang bapa menjaga anaknya setelah ditinggalkan isteri. Ricky menaruh hati dengan seorang wanita bernama Kathy. Namun anaknya Alisha merasakan bahawa Kathy tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik kepadanya. Hubungan antara Ricky dan anak perempuannya mula bermasalah apabila bekas isterinya iaitu Zara kembali dan mahukan Ricky semula. Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini.
Lagu Tema / OST Papa Ricky
--> Rapuh Nyanyian Nastia

Labels:
2017,
AstRo,
ciNta-CiNtun,
DraMa BaRu,
OST,
Pelakon,
SiNopSis,
Sweet
16 Jan 2017
Rombakan Bloglist Blog
Rombakan Bloglist Blog Miss BaNu StoRy
Assalammualaikum..
Semalam aku ada merombak sikit bloglist blog aku ni, sebelum ni aku ada 2 bloglist, tapi aku rombak jadi satu jer (VVIP 2017) dan masukkan link2 blog yang aku suka baca dan juga blog2 yang masukkan link blog aku dalam bloglist diorang. So pada yang nak exchange bloglist boleh la komen kat entri ini k dan pastikan masukkan link blog aku ni dalam bloglist korang k dan aku juga akan buat benda yang sama. Pada yang dah lama masukkan link blog aku dalam bloglist korang, tapi link blog korang takde dalam bloglist aku so korang boleh inform aku kat entry ni k..

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara
Salma Menang Pentas Epik 3 Juara Menewaskan Kudien & Azizul
Bekas Juara Mentor musim kelima, Salma dinobatkan pemenang Pentas Epik 3 Juara yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini. Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 26, mewakili kategori Balada mengetepikan dua pencabarnya, Muhammad Ariffuden Mohd Rafee (Kudien) dan Azizzul Haqim Md Anuwar (Azizul) dengan masing-masing mewakili kategori Rock dan Irama Malaysia. Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu menawan hati juri dengan membawa lagu solo berjudul I Surrender (dendangan asal Celine Dion) dan lagu duet bersama Azlan Typewriter menerusi Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) dan Hukum Karma (Wings).
Dengan kejayaannya itu, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi. Peserta diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Rossa dan Noraniza Idris. Program 3 Juara yang disiarkan selama 13 minggu dengan mempertaruhkan tiga genre muzik itu menyaksikan peserta mendapat bimbingan penerbit, Ajai (Balada), Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Minggu lalu, tiga peserta terbabit menjuarai kategori masing-masing selepas menewaskan pesaing pada peringkat akhir rancangan realiti itu. Pada pertandingan malam ini, ketiga-tiga juara berkenaan sekali lagi berentap untuk merebut gelaran 'Juara Antara Juara'. Program itu dikendalikan Ammar, Mira Filzah dan Issey.- Sumber..
P/s- Memang woww suara Salma, memang layak menang, Kudien dan Azizul juga best.


























