-->

16 Jan 2017

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara

Salma Menang Pentas Epik 3 Juara Menewaskan Kudien & Azizul

Bekas Juara Mentor musim kelima, Salma dinobatkan pemenang Pentas Epik 3 Juara yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini. Salma atau nama sebenarnya Salmah A Asis, 26, mewakili kategori Balada mengetepikan dua pencabarnya, Muhammad Ariffuden Mohd Rafee (Kudien) dan Azizzul Haqim Md Anuwar (Azizul) dengan masing-masing mewakili kategori Rock dan Irama Malaysia. Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu menawan hati juri dengan membawa lagu solo berjudul I Surrender (dendangan asal Celine Dion) dan lagu duet bersama Azlan Typewriter menerusi Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) dan Hukum Karma (Wings). 
Dengan kejayaannya itu, beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi. Peserta diadili juri profesional terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Rossa dan Noraniza Idris. Program 3 Juara yang disiarkan selama 13 minggu dengan mempertaruhkan tiga genre muzik itu menyaksikan peserta mendapat bimbingan penerbit, Ajai (Balada), Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia). Minggu lalu, tiga peserta terbabit menjuarai kategori masing-masing selepas menewaskan pesaing pada peringkat akhir rancangan realiti itu. Pada pertandingan malam ini, ketiga-tiga juara berkenaan sekali lagi berentap untuk merebut gelaran 'Juara Antara Juara'. Program itu dikendalikan Ammar, Mira Filzah dan Issey.- Sumber..


P/s- Memang woww suara Salma, memang layak menang, Kudien dan Azizul juga best.

6 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017