-->

8 Jan 2017

Shopping King Louis - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Shopping King Louis / Shopaholic Louis

Assalammualaikum..
Hari ni aku nak buat review ringkas Drama Korea yang bertajuk Shopping King Louis / Louie. Drama 16 episod ni disiarkan pada 21 September hingga 10 November 2016 yang lalu dan dilakonkan oleh Seo In Guk, Nam Ji Hyun, Yoon Sang Hyun, Im Se Mi, Kim Young Ok, Kim Kyu Cheol, Oh Dae Hwan, Hwang Young Hee, Kim Sun Young, Yun Yoo Sun dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama2 popular yang lain seperti King's Daughter, Soo Baek Hyang, Mr Baek dan lain - lain lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama W dan akan digantikan dengan Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo. Ini adalah kali kedua Seo In Guk dan Oh Dae Hwan bergandingan selepas Drama 38 Task Force / Police Unit 38. Ternyata watak mereka berdua dalam drama ini juga sangat berbeza dari drama mereka yang terdahulu, dalam drama ini masing2 lebih kelakar dan innocent gitu hehehe. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan memang drama ni ringan jer so korang tak perlu berfikir banyak bila menonton drama ni dan cuma perlu enjoy jer tengok drama ni. Watak jahat dalam drama ni pun xdela nampak jahat sangat sebab dalam jahat pun masih ada situasi kelakar yang berlaku.
Contohnya bila pakcik Louis tu cuba menyembunyikan rancangan jahatnyer serta rahsianya namun isterinya sendiri tanpa sengaja selalu mengkantoikannyer tanpa disedari hahaha, memang lawak masa ni. Patutla pakcik Louis iaitu Baek Sun Goo tu sentiasa stress dengan isterinyer. Apapun aku suka gak tengok watak Seo In Guk dalam drama ni, cute dan innocent sangat okey, manakala Ko Bok Sil pula tersangatlah baik hati, memang sepadan betul, penyabar betul Ko Bok Sil ni dengan kerenah Louis yang manja dan suka shopping tu. Selain itu aku suka tengok reaksi Louis yang takutkan serangga / binatang tu memang comel betul hahaha. Disebabkan Louis ni sangat adorable, manja, cute membuatkan orang lain susah nak benci pada die misalnya Cha Joong Won yang juga ada hati pada Bok Sil tapi akhirnya mengalah dan rela biarkan Ko Bok Sil bercinta dengan Louis dan Cha Joong Won juga tak dapat nak benci Louis sebab Louis ni pandai ambil hati semua orang. Hubungan persahabatan antara Louis dengan Cha Joong Won juga kelakar dan sweet gitu hehe. Cuma satu jer persoalan dalam drama ni yang buatkan penonton tertanya - tanya adakah Adik Bo Sil yang mati tapi disangka Louis yang mati, tapi nasiblah ada twist sikit pasal ni so Louis dan Ko Bok Sil dapat meneruskan hubungan mereka tanpa ada apa2 halangan.
Pendek kata drama ni memang sweet n cute habis, tapi drama ni terlampau ringan bagi aku, takde banyak konflik, sebab lebih pada sweet2 gitu. Lagu tema / OST Shopping King Louis ni biase2 je bagi aku. Ending drama ini memang happy endinglah kan cuma ending untuk watak Baek Ma Ri macam tak berapa jelas sikit sebab die macam berusaha nak pikat hati Cha Joong Won tu tapi Cha Joong Won tu pulak dah jumpa klon ala2 Ko Bok Sil tu hehe. Manakala In Sung pula masih menaruh harapan pada Baek Ma Ri tapi entahla kan sebab ending untuk watak diorang macam tergantung sikit. Ending untuk Louis dan Ko Bok Sil mestila lagi sweet kan bila diorang dapat tahu yang rupanya diorang dah pernah berjumpa ketika diorang masih kanak-kanak lagi. Apapun aku suka tengok scene2 kelakar dalam drama ni, ada scene2 kelakar yang buat aku tergelak gak la dan aku bagi 6 Bintang untuk drama Shopping King Louis ni dari 10 Bintang.

Jom Baca ni jugak ➤➤ 3 Langkah Mudah Untuk Pelajar Universiti Memohon Biasiswa Berjumlah RM200,000 Ini!..

2 ulasan:

  1. Sis sempat tgk first episode je. Nnti nk samb lg. Byk nau nak kena tgk nampaknya :p

    BalasPadam
  2. da jarang layan korea hehehe

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017