-->

15 Jan 2017

Woman With A Suitcase - Korean Drama Review

Review Drama Korea - Woman With A Suitcase

Assalammualaikum..
Hari ni  nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Woman With a Suitcase lakonan Choi Ji Woo, Joo Jin Mo, Jeon Hye Bin, Lee Joon, Jin Kyung, Park Byung Eun, Jang Hyun Sung serta ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan release pada 26 September hingga 15 November 2016 yang lalu. Drama Woman With A Suitcase ni disiarkan bagi menggantikan Drama Monster dan kemudiannya akan digantikan dengan drama Night Light. Pengarah drama ini pernah mengarah Drama2 popular yang lain seperti Pasta, My Princess, Golden Time, Miss Korea, Ex Girlfriend Club dan banyak lagi manakala penulis skrip drama ni pernah menulis skrip untuk Drama Royal Family, Gap Dong dan lain - lain lagi. Nampaknya drama ini berjaya menggandingkan pelakon berpengalaman seperti Choi Ji Woo dan Joo Jin Mo untuk watak utama. Apapun jalan cerita drama ni memang menarik untuk ditonton kerana memaparkan kes2 jenayah dan juga perbicaraan di mahkamah. Tambah menarik bila salah satu scene dalam drama ni ada memaparkan watak hero menyebut nama Malaysia hehe, kalau korang nak tahu kenapa die mention pasal Malaysia, bolehla tengok drama ni nanti muahahaha. Jom layann sinopsis cite ni kat bawah k.
Sinopsis Drama Korea Woman With A Suitcase

Mengisahkan tentang Cha Geum Joo yang bercita - cita untuk menjadi seorang peguam hebat namun dirinya mengalami exam trauma dan menyebabkan dirinya gagal dalam peperiksaan walaupun dah mencuba beberapa kali. Lalu dirinya memutuskan untuk menjadi paralegal, dimana die akan mencari pelanggan dan memberi khidmat nasihat guaman manakala adik tirinya iaitu Park Hye Joo akan menjadi peguam rasmi. Mereka berdua bekerjasama dan berjaya menang banyak kes di mahkamah, walaubagaimanapun kelihatan Cha Geum Joo lebih berbakat dan menyerlah dari Park Hye Joo dan membuatkan adik tirinya itu sedikit rendah diri. Sekelip mata Cha Geum Joo hilang segala - galanya, apabila dirinya dipenjarakan selama setahun dan terpaksa memulakan kerjayanyer dari bawah. Manakala Park Hye Joo pula sambung belajar ke luar negara dan akhirnya pulang ke Korea dengan lebih yakin dan angkuh. Die langsung tidak mempedulikan kakak tirinya yang berada dalam kesusahan. CEO K-FACT yang juga bekas peguam iaitu Ham Bok Geo atau nickname popularnyer Hamburger menjadi penyelamat kepada Cha Geum Joo dan mengambil Cha Geum Joo untuk bekerja dengannyer. Ham Bok Geo menginginkan Cha Geum Joo menjadi seorang peguam dan memaksa C.Geum Joo untuk mengambil peperiksaan sekali lagi.
Hubungan Cha Geum Joo dan Park Hye Joo makin dingin manakala Ham Bok Geo pula dah jatuh hati pada Cha Geum Joo namun terpaksa bersaing dengan seorang peguam muda yang cute bernama Ma Suk Woo yang turut suka pada Cha Geum Joo. Park Hye Joo pula dah terlibat dengan orang2 jahat manakala Ham Bok Geo pula telah difitnah dan diperangkap untuk satu kes bunuh dan menyebabkan Cha Geum Joo berhempas pulas untuk membela Ham Bok Geo di mahkamah. Keadaan makin buruk dengan campurtangan Pro Kang dan Park Hye Joo juga turut bersama dalam kerja jahat tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Aku suka tengok perkembangan watak Park Hye Joo yang awalnya sangat lembut dan pasif kemudiannya bertukar menjadi ego dan agresif sebelum berubah kembali menjadi lebih baik. Selain itu salah satu keunikkan Cha Geum Joo ni, bila die sering membawa suitcase / beg besar yang beroda tu kemana - mana saja. Dalam beg tu ada semua fail2 client yang perlu die teliti. Aku juga suka tengok sikap dan gelagat Ham Bok Geo yang gemar bergurau, suka main2 dan sering cemburu bila lihat Cha Geum Joo rapat dengan Ma Suk Woo. Die ni kadang2 over confident, berperangai macam budak2 bila die cemburu dan suka memerhati gelagat Ma Suk Woo yang rajin, berbakat besar, bijak serta cute tu.
Selain tu hubungan persahabatan dan kerjasama antara Ham Bok Geo dan juga Ma Suk Woo juga kelakar habis, sampai pasword komputer Ham Bok Geo tu pun pasal Ma Suk Woo jugak. Dalam cinta tiga segi antara Ham Bok Geo, Ma Suk Woo dan Cha Geum Joo tu nampak Cha Geum Joo lebih sukakan Ham Bok Geo berbanding Ma Suk Woo tapi Cha Geum Joo nampaknya selesa bekerjasama dengan Ma Suk Woo dalam menyelesaikan kes2 client mereka. Tambahan lagi Ma Suk Woo ni mempunyai disiplin dan pendiriannya yang tersendiri. Aku dah tak berapa ingat lagu2 OST Drama ni hehehe sebab dah lama tengok cite ni so tu yang tak ingat tu. Ending drama ini agak tergantung tentang siapa yang dipilih oleh Cha Geum Jo untuk menjadi kekasihnyer. Manakala Ma Suk Woo pula dah tak kerja dengan Ham Bok Geo dan juga Cha Geum Joo tapi bertukar kerjanyer dari seorang peguambela kepada pendakwaraya gitu dan last part akan ada perbicaraan di mahkamah yang menyaksikan Cha Geum Joo menentang Ma Suk Woo gitu, masing2 x nak mengalah gitu. Apapun memang seronok n enjoy layannn drama ni. Aku bagi 8.3 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Korea Woman With A Suitcase.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017