-->

29 Jan 2017

Sinopsis Telemovie Kung Fu Kaw

Sinopsis Telemovie Kung Fu Kaw Cerekarama TV3

Assalammualaikum..
Sempena Tahun Baru Cina ini, Tv3 akan menyiarkan sebuah Telemovie yang bertajuk Kung Fu Kaw yang akan disiarkan di Slot Cerekarama 28 Januari ini. Telemovie Kung Fu Kaw ini dilakonkan oleh Elvina Mohamad, Syazwan Zulkefly, Jaja Iliyes, Syafie Naswip, Wong Sip Nen dan ramai lagi. Telemovie ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif, kalau tengok dari iklan cite ni memang nampak menarik jer drama ni sebab unik dan lain dari yang lain gitu. Apapun jom baca sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telefilem Kung Fu Kaw ( Cerekarama TV3 )

Saleha, mangsa jenayah yang tekad untuk menguasai ilmu kungfu akibat mengalami trauma yang menimpa dirinya. Saleha mendekati Uncle Lee untuk mempelajari ilmu kungfu namun Uncle Lee enggan mengajarnya. Namun Saleha tidak putus asa dan terus menerus merayu Uncle Lee agar mengajarnya Kungfu. Ketika Saleha hampir berputus asa barula uncle Lee bersetuju mengajarnya. Sejak dari itu, Saleha tekun belajar ilmu asas kung fu. Walaubagaimanapun Saleha mula syak yang Bakar adalah orang yang cuba merogolnya suatu ketika dulu. Kemudian Saleha cuba memberanikan diri untuk mencari bukti dan menuntut keadilan.

2 ulasan:

  1. Sebaik cepat2 baca, bolehlah siap2 duduk depan tv sat lagi.. ;)

    BalasPadam
  2. Tgk ulangan sempena thn baru raya cina...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017