-->

28 Jan 2017

Novel Urusan Hati Cik Drama Queen

Novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya areila sahimi
Sinopsis Novel Urusan Hati Cik Drama Queen

Assalammualaikum..
Aku memang familiar dengan Novelis Areila Suhaimi ni dan aku pernah baca Novel -novel karya beliau masa aku aktif membeli novel2 ni semua jmasa zaman belajar dulu hehe. Tak sangka pula Novel Urusan Hati Cik Drama Queen akan diadaptasikan menjadi Drama Bersiri gitu dan akan disiarkan di Astro pada Februari ini. Bila Novel diadaptasikan menjadi drama Romantik Komedi, mesti best kan. Apapun layannn dulu sinopsis novel ni kat bawah k..
Sinopsis Novel Urusan Hati Cik Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi… rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang? Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”
Pelakon Drama Urusan Hati Cik Drama Queen
➤Scha Al Yahya sebagai Shazlin
➤Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
➤Randy Pangalila sebagai Faris
➤Ozlynn Sebagai Husna
➤Ungku Hariz sebagai Yeop

Baca Online Novel Urusan Hati Cik Drama Queen
➔ Maaf masih belum jumpa linknye lagi.

2 ulasan:

  1. Oo.. certa ni ke.. baca sinopsis baru ingat jalan certanya hehe

    BalasPadam
  2. haaa. nanti mesti letop letop jugak cerita ni haaaa

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017