-->

26 Jan 2017

Episod Akhir Razia Sultan

Episod Akhir Razia Sultan
Episod Akhir Drama Hindi Razia Sultan TV3

Assalammualaikum..
Tak sangka hari ni dah last episode Drama Bersiri Hindi Razia Sultan ni, ikutkan aku memang enjoy je layannn cite ni, sekejap jer masa berlalu, tup tup dah nak habis dah Razia Sultan ni. Karakter yang paling dibenci sekali mestilah Shah Turkan, Ruknuddin dan Yakut. Apapun aku suka gak twist dalam drama ni, apabila Mirza berubah sekejap jadi kejam sikit kat Razia sebelum berubah jadi baik balik. Tak sangka juga si lembut Muizzuddin tu ada hati nak jadi raja dan nak kan takhta tu. Shah Turkan dan Rukhnuddin tu plak masih tak insaf walaupun dah episod akhir hahaha. Si Yakut tu plak bukan main berlakon baik depan Razia dan si Razia ni plak naif betul percaya jer si Yakut tu bulat2, nasiblah masa episod akhir Razia Sultan ni Razia dah nampak dan sedar perangai buruk si Yakut ni. Ending Drama Razia Sultan ni mestilah happy ending kan bila takhta pun dapat cinta pun dapat hehehe. Tapi tulaa nanti Razia dan Mirza ni akan mati juga kena bunuh kalau ikut kisah benar lah kan huhu sedih kan.
Razia dan Mirza
Apapun tak sangka juga pelakon drama ni especially hero and heroin cite ni pun tahu yang drama lakonan diorang ni tengah disiarkan di Malaysia gitu. Mana taknya bila ramai peminat Razia Sultan ni rajin tweet kat diorang kat Twitter hehe n hero cite ni iaitu Rohit Puroro / Mirza siap tweet kt Twitter die cakap thank you lagi tu dan rajin jugak retweet tweet2 dari fans kat Malaysia ni. Ingatkan bila dah habis cite ni, Tv3 akan siar drama hindi yang baru, tapi boleh plak diorang nak kembali macam dulu dengan siarkan sinetron indonesia, tak best lah kan, sebab sinetron yang diorang siarkan pun cerita lama plak tu dalam tahun 2010 punya cite. Patutnya teruskan jerla siar Drama Hindi kan huhuhuh. Pasni akan rindu dengan Mirza dan Razia :)

10 ulasan:

  1. Itu la.. Kenapa tak continue je drama Hindi..
    Sinetron Indon dah boring giler tengok.. :(

    BalasPadam
  2. Hai..
    Saya pun minat razia sultan ni..
    Cerita yang sangat menarik dan dramatik..
    Ya..i'll miss razia and mirza..

    BalasPadam
  3. Murni blom pernah lg tengok cerita ni..nanti dah tengok takleh stop pulak nanti..hehehe

    BalasPadam
  4. kita pun peminat razia sultan ..... jalan citer pun menarik .... tapi klu sinetron indon .. mmg tukar chanel lain

    BalasPadam
  5. Sy memang minat cerita razia sultan tapi mula 2 cerita razia sultan ditayang di tv3 saya x suka tiba 2 saya dah suka tapi sedih cerita ini dah habis

    BalasPadam
  6. Ramai juga peminat Razia & Mirza rupanya..

    BalasPadam
  7. Sy sampai download cerita ni Dari 1st episod hingga akhir..sedih plak ending nii..kiranya razia & Mirza xda anak yerr..

    BalasPadam
  8. sy minat crita ni berdasarkan kisah benar walaupun diolah sikit masih okeylah untk ditonton...hepi dan emo sikit hihihi..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017