-->

24 Jan 2017

Perjalanan Sebagai Seorang Blogger


Assalammualaikum..
Aku ni memang jenis suka mengarang so memang dah lama tercari - cari satu medium yang sesuai untuk mengarang something dan meluahkan rasa, kiranya macam diari gitu. Ditambah pula aku ni jenis yang tak suka nak meluahkan apa2 dalam media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram. Tambahan kat Facebook ramai yang kenal so tak berapa best nak luah apa2 pun, takut ada yang terasa semua kan plus aku lagi suka Twitter dari Facebook sebab Twitter jarang digunakan oleh kawan - kawan sebaya aku, sebab diorang lebih suka Facebook. Kalau korang tengok kat Facebook personal aku memang jarang nampak aku komen apa2 atau meluahkan masalah mahupun perasaan tapi aku suka menulis la plak, dalam tercari - cari jumpa lah blog n terus buat blog sendiri. Cuma satu jerla yang tak best, bila aku start berblogging ni masa dah habis belajar so banyak kenangan pahit dan manis ketika jadi pelajar dulu tak dapat dicoretkan di blog ini. Sayang betul kan, kalau la blog ni wujud lebih awal kan best. Blog Miss BaNu StoRy ini dah wujud sejak September 2009, tapi masa tu belum aktif sepenuhnya lagi. Bila masuk 2010 dah start aktif sikit2 tapi bila masuk 2011 dah makin aktif gitu sampaila sekarang ni. Agak banyak juga entry yang dah dihasilkan dalam blog ni dan kalau korang perasan blog aku lebih kepada hiburan sikit sebab aku banyak kongsi sinopsis drama dan filem dan juga Review - Review Drama Korea yang aku tonton. 
Awalnya aku nak buat blog ni ala2 diari harian gitu tapi last - last tak jadi sebab aktiviti harian aku takdela best mana pun, lagipun kalau berkongsi kisah personal ni bahaya juga sebab boleh buat orang lain terasa tambah2 kalau ada yang kenal kite membaca blog ni pula. So aku decide nak berkongsi benda2 yang aku suka buat contohnya macam tengok drama korea hahaha. Nak kongsi resepi masakan memang tak terror masak pun hehe. Ikutkan agak jealous tengok blogger - blogger lain yang pandai design blog sendiri, macam aku ni memang jarang nak tukar design blog sebab tak pandai ank edit sendiri, blog yang berwajah sekarang ni pun dibuat oleh seorang blogger yang pakar design2 ni, die caj pun murah jer, bayar pakai topup jer kot, sangat memudahkan hehe, sayangnya blogger tu pun dah aktif berblogging dah. Blog ini turut jadi pendapatan sampingan aku juga sebab dah banyak juga job review yang aku terima, termasuk iklan2 lagi, 8Share dan sebagainya. Pendek katanya kalau ada blog tu, teruskan berblogging dan jangan mudah putus asa. Kalau dulu aku memang malu kalau ada kawan2 yang kenal aku baca blog ni hahaha, tapi ada gak yang terlepas masuk blog ni dan terbaca mana2 entry yang diorang suka hahaha, tapi sekarang ni aku dah tak kisah sangat dah. Apapun terima kasih pada pembaca setia blog ni terutamanya pada blogger yang rajin meninggalkan komen di blog ini, terima kasih, komen2 korang sangat dihargai. Jadi kalau korang pun nak berkongsi kisah perjalanan sebagai seorang blogger bolehla join segmen kat bawah ni k, ada hadiah lagi tu, untunglah pada yang terpilih untuk menang hadiah tu.
Nak Join boleh Klik Banner k..

Tag
1.., 2.. & 3..

7 ulasan:

  1. best jalan2 sini,lagi2 bab2 citer korea...hihi

    BalasPadam
  2. smoga terus aktif dalam dunia blogging ya sis ! :D

    BalasPadam
  3. smoga terus aktif dalam dunia blogging ya sis ! :D

    BalasPadam
  4. eh sama la kita segan kalau kawan2 yang baca tapi awal2 je la. Hilang terus bila diorang puji entri best. Kadang tu diorang yang bagi idea apa nak update dekat blog.

    p/s : Senarai peserta dah update tau kak :D

    https://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/assalamualaikum-hai-to-all-of-you-guys.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017