-->

20 Jul 2018

Review Drama Korea - Return

Return, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Artis Korea, Korean Drama Return, Korean Drama Review, Drama Korea Return, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Drama Korea Return 34 Episod, Return Cast, Sinopsis Drama Korea Return, Senarai Pelakon Drama Korea Return, Park Jin Hee, Go Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Bong Tae Gyu, Park Ki Woong, Yoon Jong Hoon, Jung Eun Chae, Oh Dae Hwan, Kim Dong Young, Han Eun Jung, Suspen, Dendam, Jenayah, Ending Korean Drama Return, Poster Return,
Return - Korean Drama Review

Hari ini seperti biasa aku nak buat revew drama Korea yang bertajuk Return yang disiarkan pada 17 Januari 2018 dan tamat pada 23 Mac yang lalu. Korean Drama Return ini disiarkan bagi menggantikan drama Judge Vs Judge dan kemudian akan digantikan dengan drama Korea Switch : Change The World lakonan Jang Geun Seuk. Antara pelakon drama Korea Return ini adalah Park Jin Hee, Go Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Bong Tae Gyu, Park Ki Woong, Yoon Jong Hoon, Jung Eun Chae, Oh Dae Hwan, Kim Dong Young, Han Eun Jung dan ramai lagi. Aku suka dengan poster drama Return ini sebab unik dan macam komik gitu, selain itu drama ini mempunyai 34 episod dan setiap episod hanya setengah jam saja. Walaubagaimanapun drama Korea Return ini turut berdepan dengan kontroversi sebab pelakon utama drama ini iaitu Go Hyun Jung dikatakan bergaduh dengan pengarah drama ini sebab tidak berpuas hati dengan wataknya lalu menarik diri. Go Hyun Jung hanya sempat berlakon dalam 14 episod saja. Kemudian Go Hyun Jung digantikan dengan pelakon Park Jin Hee untuk watak Choi Ja Hye itu bermula episod 15 hingga episod akhir iaitu episod 34. Manakala pelakon lain semua kekal dengan watak masing - masing.
Return, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Artis Korea, Korean Drama Return, Korean Drama Review, Drama Korea Return, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Drama Korea Return 34 Episod, Return Cast, Sinopsis Drama Korea Return, Senarai Pelakon Drama Korea Return, Park Jin Hee, Go Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Bong Tae Gyu, Park Ki Woong, Yoon Jong Hoon, Jung Eun Chae, Oh Dae Hwan, Kim Dong Young, Han Eun Jung, Suspen, Dendam, Jenayah, Ending Korean Drama Return,
Tarikan utama drama ini mestilah sebab pelakonnya yang best - best serta jalan cerita drama ini yang menarik, suspen dan terdapat plot twist gitu. Lee Jin Wook melakonkan watak Dokgo Young yang merupakan seorang polis dan aku rasa dia memang sesuai berlakon jadi polis. Tak lama lagi bolehlah tengok dia berlakon dalam Voice 2 pula yang kemungkinan besar menggantikan Jang Hyuk dalam drama tersebut, mahu pun melakonkan watak baru. Selain itu ada ramai watak jahat dalam drama ini yang semuanya merupakan anak - anak orang kaya yang sentiasa terlepas dari hukuman walaupun telah melakukan kesalahan jenayah disebabkan diorang berasal dari keluarga yang kaya - raya dan berpengaruh. Mereka ini terdiri dari 4 sekawan yang sudah berkawan baik sejak zaman sekolah lagi iaitu Oh Tae Suk lakonan Shin Sung Rok, Kim Hak Beom lakonan Bong Tae Gyu, Kang In Ho lakonan Park Ki Woong dan Seo Joon Hee lakonan Yoon Jong Hoon. Dari keempat - empat mereka ini, Kim Hak Beom yang paling ganas dan panas baran sekali. Manakala Oh Tae Suk pula adalah yang paling bijak dan paling kejam sekali. Ketika mereka remaja mereka telah melakukan satu kesalahan jenayah iaitu melanggar seorang kanak - kanak perempuan tanpa sengaja.
Return, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Artis Korea, Korean Drama Return, Korean Drama Review, Drama Korea Return, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Drama Korea Return 34 Episod, Return Cast, Sinopsis Drama Korea Return, Senarai Pelakon Drama Korea Return, Park Jin Hee, Go Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Bong Tae Gyu, Park Ki Woong, Yoon Jong Hoon, Jung Eun Chae, Oh Dae Hwan, Kim Dong Young, Han Eun Jung, Suspen, Dendam, Jenayah, Ending Korean Drama Return, Dialog,
Walaubagaimanapun kanak - kanak tersebut masih hidup ketika dilanggar namun mereka berempat membuang kanak - kanak tersebut ke dalam laut, walaupun sedar yang kanak - kanak tersebut masih lagi hidup. Namun mereka terlepas dari hukuman sebaliknya mereka menuduh budak suruhan mereka yang miskin itu sebagai kambing hitam dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah mereka dewasa, mereka terus melakukan jenayah namun mereka tidak sedar ada ramai sakit hati dan turut berdendam dengan mereka berempat. Konflik dalam drama ini bermula apabila kawan perempuan mereka yang turut ada skandal dengan Kang In Ho iaitu Yeom Mi Jung dibunuh kemudian mayat Yeom Mi Jung diletakkan dalam bonet kereta Kim Hak Beom. Panik dengan situasi tersebut menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk menyembunyikan mayat tersebut berbanding melaporkan pada polis, walaupun mereka tidak membunuh Yeom Mi Jung itu. Kang In Ho dipersalahkan dan ditangkap oleh polis kerana dia dikatakan orang terakhir bertemu dengan Yeom Mi Jung, tambahan lagi mereka juga ada affair. Ikutkan Kang In Ho ini seorang suami yang penyayang serta ayah yang baik tapi biasalah bila dah bercampur dengan orang - orang jahat ni, dia pun jadi jahat sekali, siap curang lagi. 
Return, Korean Drama, Drama Korea, Korean Style, Artis Korea, Korean Drama Return, Korean Drama Review, Drama Korea Return, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, 2018, Drama Korea Return 34 Episod, Return Cast, Sinopsis Drama Korea Return, Senarai Pelakon Drama Korea Return, Park Jin Hee, Go Hyun Jung, Lee Jin Wook, Shin Sung Rok, Bong Tae Gyu, Park Ki Woong, Yoon Jong Hoon, Jung Eun Chae, Oh Dae Hwan, Kim Dong Young, Han Eun Jung, Suspen, Dendam, Jenayah, Ending Korean Drama Return,
Watak Choi Ja Hye ini memang agak misteri sejak dari awal sebab dia suka menjadi peguambela watak - watak jahat dalam drama ini. Selain itu tak ada kisah cinta dalam drama ini terutamanya untuk watak utama, walaupun kelihatan Dokgo Young tu ada hati pada Choi Ja Hye tapi Choi Ja Hye tak pernah layan, ini ditambah lagi dengan sikap Choi Ja Hye yang sukar didekati, suka bersendiri dan misteri. Ending drama Korea Return ini agak sad ending, walaupun semua kebenaran telah terbongkar tapi tetap sedihlah kan, terutamanya untuk watak Choi Ja Hye. Begitu juga dengan Kang In Ho yang hilang segala - galanya. Apa pun drama ini memang best untuk ditonton dan aku bagi 8/10 Bintang untuk Korean Drama Return ini.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

9 ulasan:

  1. eeh boleh plak dia quit half way adeh..

    BalasPadam
  2. suka sangat kalau jalan cerita tentang anak kaya yang terlepas dari muka pengadilan. Salah satu ketidakadilan terbesar di dunia ni

    BalasPadam
  3. I think the villains in this drama is one of yang paling jahat yang saya pernah tonton.

    BalasPadam
  4. Dulu Bro benci filem korea ni, sekarang jadi suka pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah, dulu pun saya x suka, lepas tu jadi suka pula hehe

      Padam
  5. Ak xbernafsu nak tgok citer ni sbb go hyun jung berhenti di ptngahan jalan..ramai yg kate go hyun jung blakon hebat dalam citer ni..makne kate best la..tp sjak tkar plakon lain jd xsyok plak.tah hape2..ramai mndakwa kate citer ni syok dr permulaan sampai pertengahan je..maybe episode 1 smpai 14 gitu.pastu jd bengong..jd ak mals la nk layan..ok tu je

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017